FOTO TULAR DAN SALAH FAHAM
FOTO TULAR DAN SALAH FAHAM
KUALA LUMPUR: “Sekeping foto yang sedang tular telah disalahfahamkan oleh netizen menyatakan saya sedang dining atau menghadiri majlis makan-makan di kebun itu ketika melawat sebuah kebun komuniti di ibu negara,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa melalui hantarannya di Facebook.
Annuar telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis selama tiga jam ekoran foto tersebut yang telah tular.
Katanya, biar polis mengumpul maklumat daripada semua pihak secara telus, pihaknya hanya memberikan segala kerjasama yang diperlukan kerana itu tanggungjawab beliau, lagi pun ini antara walkabout harian beliau yang kebetulan mendapat perhatian umum.
“Insya Allah, kita wajib terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), di samping terus turun padang bersama rakyat.
“Semasa lawatan itu, di situlah (pondok), pengerusi Jawatankuasa (JK) Kebun Komuniti membawa saya berteduh beberapa minit selepas berpanas terik sambil menunjuk ulam raja, kacang bendi dan bayam peraksi,” katanya melalui hantaran tersebut.
.
Katanya, di pondok itu beliau menegur dan mengingatkan penganjur kemungkinan akan berlaku disalahfahamkan, lalu mereka sambung berjalan kaki keliling pinggir tasik yang kini menjadi kebun pelbagai sayuran.
Berdasarkan foto tersebut, di penjuru kanan sebelah atas tanaman jagung, kelihatan sebuah bangsal, di situlah pengerusi Jawatankuasa Kebun Komuniti membawa beliau untuk berteduh.