Fenomena air pasang besar melanda Pontian
Fenomena air pasang besar melanda Pontian
PONTIAN – Beberapa lokasi di daerah Pontian dilanda fenomena air pasang pada pagi ini seperti di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak, Bandar Pontian Kecil, Perhentian Bas Benut dan Kampung Tampok Laut.
Ketua Balai Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, PPgB, Azhar Abd.Manap berkata, fenomena air pasang bermula pada pukul 8 pagi dengan kemuncaknya pada pukul 11 pagi.
Katanya, air pasang dengan setinggi 3.15 meter menyebabkan berlakunya limpahan air ke kawasan tumpuan ramai seperti di Terminal Pengangkutan Awam di Pusat Perdagangan Pontian dan sekitarnya.
Manakala limpahan air yang sama turut berlaku di Jalan Taib di Bandar Pontian Kecil dari sungan Pontian kecil menyebabkan kenderaan terpaksa mengharungi jalan dipenuhi air beberapa seketika.
“Turut berlaku di Kawasan Perhentian Bas di Bandar Pontian serta Kampung Nelayan Benut yang merupakan pandangan biasa jika berlaku fenomena air pasang besar pada setiap tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Azhar turut belaku di Kampung Tampok Laut yang menyebabkan kebun-kebun pisang penduduk digenangi air manakala beberapa rumah turut menerima kesan fenomena tersebut, lapor kosmo online
“Kami akan sentiasa melakukan pemantauan ke kawasan yang berisiko terutama yang berhampiran dengan pantai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.