4 KENDERAAN HAMPIR RENTUNG
EMPAT KENDERAAN HAMPIR RENTUNG
TEMERLOH : Empat buah kenderaan hampir rentung dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batu 5, Jalan Maran, Temerloh, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba Bukit Angin, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.38 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati telah berlaku kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang diletakkan di garaj bersebelahan sebuah rumah kediaman.
“Api sempat dipadamkan oleh penghuni rumah itu dengan menggunakan 2 aliran paip getah dan baldi berisi air bagi mengawal kebakaran dari terus marak.
“ Anggota bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di sekitar kawasan dan kenderaan terbakar bagi memastikan tiada lagi punca atau unsur yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya.
Katanya, mujur kebakaran hanya melibatkan kenderaan dan tidak merebak pada bahagian dinding rumah terdekat serta tiada berlaku kemalangan jiwa. Punca kejadian masih dalam siasatan