Empat atau lima MP dari Bersatu lagi dilapor bakal sokong Anwar – Sumber
Empat atau lima MP dari Bersatu lagi dilapor bakal sokong Anwar – Sumber
Seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Sinchew Daily melaporkan, wakil rakyat tersebut adalah dari Kedah, Perak dan Terengganu.
Keadaan itu juga bermakna sejumlah sembilan hingga 10 orang wakil rakyat Bersatu akhirnya mungkin menyuarakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dan Ahli Parlimen Bersatu yang kelima yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Empat wakil rakyat Bersatu lain yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sumber berkata, “satu pengaruh” telah memujuk wakil rakyat pembangkang untuk menyokong Anwar.
“Pengaruh ini telah berjaya dan lebih ramai wakil rakyat Bersatu akan bertukar hala selepas ini.
“Apabila tiba masanya, mereka akan keluar. Mereka berbuat demikian besar kemungkinan mahu menyelamatkan diri dan tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa tuduhan kesalahan,” kata sumber itu.
Sumber : Sarangburung.net