Empat agensi bantu bersih SMK Clifford, Lipis
Empat agensi bantu bersih SMK Clifford, Lipis
LIPIS – Gabungan empat agensi bergabung tenaga membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford yang dilanda banjir baru-baru ini bagi persiapan pembukaan sesi persekolahan yang bakal dibuka Januari depan.
Agensi yang terlibat bergotong-royongt itu, Ibupejabat (IPD) Lipis dan Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan warga pendidik SMK Clifford, Lipis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, fenomena angin monsun timur laut, mengakibatkan hujan berterusan menyebabkan banjir berlaku dan melumpuhkan aktiviti harian di bandar Kuala Lipis
“Demi meringankan beban mangsa banjir dan bangunan sekolah yang ditenggelami banjir, warga Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah digerakkan dan dibantu dengan warga IPD Cameron Highlands bagi membersihkan kawasan dan banggunan sekolah yang teruk dilanda banjir,” katanya.
Katanya, selain itu, bantuan kemanusian itu turut disertai pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam IPD Lipis dan Cameron Highlands yang diatur gerak membantu membersihkan bangunan asrama, dewan dan surau SMK Clifford.
“Semua yang terlibat turut memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan virus Covid-19 serta langkah keselamatan daripada benda tajam dan binatang berbisa,” katanya.-SAHIH.