Durian kura-kura Kampung Sengkela dipercayai membantu kekuatan tenaga batin
Durian kura-kura Kampung Sengkela dipercayai membantu kekuatan tenaga batin
RAUB: Durian kura-kura ini dikatakan mampu membantu memberi kekuatan badan dan tenaga batin.
Seorang peraih durian, Mahmud Che Mamat, 57, berkata, rakannya seorang penduduk Orang Asli pernah memberitahu durian kura-kura boleh dimakan untuk tujuan kekuatan badan dan tenaga batin.
“Rakan saya memberitahu sekiranya isi buah ini dimakan berlaku perubahan suhu badan dan tubuh beroleh kesegaran termasuk alat kelamin,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, dia tidak tahu sejauh mana ‘khasiat’ durian kura-kura sekiranya dilihat tekstur dalam buahnya termasuk isinya tidak sesuai dimakan kerana berbeza dengan durian komersial lain.
Sementara itu, konsultan perladangan durian juga pakar raja buah itu, Dr. Abdul Aziz Zakaria pula berkata, durian kura-kura bukanlah spesies buah-buahan komersial seperti durian Musang King, IOI, Damak King, Duri Hitam, Durian Premium Kampung dan sebagainya kerana tekstur buah tersebut termasuk ulas dan isinya berbeza.
Katanya, buah tersebut boleh disemai bijinya, tetapi rumit bagi pokok itu untuk membesar dan mengeluarkan buah memandang kesesuaian tempat cuaca dan cuma ‘serasi’ di kawasan hutan tebal.
“Saya diberitahu oleh penduduk di sini pokok durian kura-kura ini berusia lebih 60 tahun barulah ditemukan, buahnya di pangkal dan saya percaya jarak musim buah ini agak jauh iaitu antara 10 tahun ke atas.
“Spesies baharu durian kura-kura patut dijaga dan kawasan tersebut perlu dipagar memandangkan ada dua batang pokok lagi spesies yang sama sedang tumbuh berdekatan,” katanya.
Sumber – UTUSAN