DUA WANITA CEDERA KERETA JATUH KE DALAM RUNTUHAN JALAN RAYA
DUA WANITA CEDERA KERETA JATUH KE DALAM RUNTUHAN JALAN RAYA
KAPIT : Dua wanita cedera selepas kereta dinaiki terjatuh ke dalam runtuhan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Bukit Goram, di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.23 pagi berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku runtuhan dan terdapat sebuah Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan.
“Dilaporkan terdapat dua wanita di dalam kereta itu ketika kejadian, namun mereka berjaya keluar sebelum kehadiran anggota bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini
Khirudin berkata, mangsa, Pui Sing Dong, 46, dan Debit Sullah, 32, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pihak bomba kemudian memasang sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya.