Dua maut van langgar belakang treler
Dua maut van langgar belakang treler
TAPAH – Dua lelaki termasuk seorang warga Filipina maut setelah van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di kilometer 331.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.
Nahas pukul 12.54 tengah hari itu mengorbankan Collins Prestly Primus, 29, dan lelaki warga asing, Relano Gemar, 35, akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika van itu dalam perjalanan dari Klang ke Bukit Kayu Hitam manakala treler tersebut pula dari arah Setia Alam ke Ipoh.
Katanya, setibanya di tempat kejadian, van dipandu lelaki berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan treler berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika treler tersebut berada di laluan kiri dan hendak berhenti di lorong kecemasan sebelum sebuah van hilang kawalan lalu melanggar kenderaan tanpa muatan itu,lapor kosmo online
“Relano yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala rakannya meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tapah,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pemandu van tersebut tidak cedera manakala seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang van cedera ringan.