DUA KHEMAH SJR TUMBANG DIPUKUL RIBUT
DUA KHEMAH SJR TUMBANG DIPUKUL RIBUT
KUALA LUMPUR : Beberapa petugas barisan hadapan membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dekat Jalan Klang Lama, di sini, berdepan detik mencemaskan apabila dua khemah tumbang akibat hujan lebat dan ribut, hari ini.
Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 5.18 petang itu, mereka terpaksa menyelamatkan diri ke bawah jambatan berhampiran selepas angin terlalu kuat ketika itu.
Menurut sumber, pada mulanya anggota polis dan tentera cuba menahan khemah itu daripada tumbang, namun gagal apabila hujan lebat disusuli ribut menyebabkan khemah milik tentera patah.
“Mereka kemudian terpaksa berteduh di bawah jambatan berhampiran lokasi itu.
“Mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku dan sebaik hujan reda, anggota terbabit membaiki semula khemah yang tumbang itu sebelum meneruskan penugasan mereka,” katanya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sementara itu, ribut turut menyebabkan kejadian pokok tumbang di Kampung Haji Salleh, Jalan Pantai Dalam.
Skuad Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengambil tindakan menebang pokok dan mengalihkannya.