Dua kereta langgar belakang lori muatan pasir
Dua kereta langgar belakang lori muatan pasir
JERANTUT – Dua buah kereta melanggar belakang lori yang sedang mendaki Bukit Atap menghala ke Kuala Tembeling mengakibatkan puluhan kenderaan lain tersekat tidak dapat meneruskan perjalanan dari arah Jerantut ke Kuala Lipis dan sebaliknya, di Kilometer 12, Jalan Jerantut- Kuala Tembeling, kira-kira jam 3.15 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan berkata, apabila sampai di tempat kejadian, ketika lori mendaki bukit itu, pemandu lori dipercayai cuba menukar ke gear lebih rendah, namun kegagalan gear berfungsi menyebabkan kenderaan itu telah terundur ke belakang.
“Akibat lori itu terundur, menyebabkan melanggar dua buah kereta yang mengekori di belakangnya, kejadian itu hanya melibatkan kerosakan di bahagian hadapan dan sisi kiri kenderaan dan tiada melibatkan kecederaan.
“Pengguna laluan itu terutama kenderaan berat dinasihatkan menggunakan gear rendah dan sesuai untuk mendaki bukit kerana faktor jalan berbukit di lokasi kejadian yang agak curam serta pemandu harus berhati-hati terutama pemandu yang tidak pernah melalui jalan itu,” katanya kepada media.
Seorang saksi yang sering menggunakan jalan itu, mahukan pihak berwajib memikirkan untuk membaiki jalan pendakian berbukit tinggi itu.
“Kejadian seperti itu kerap berlaku khususnya mengakibatkan kenderaan berat yang gagal mendaki bukit tersebut yang agak curam.
“Sudah namyak kes seperti ini berlaku dan masih tiada usaha untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan ini, selain itu jalan di kawasan rendah kerap terputus hubungan ketika banjir berlaku,” katanya.-SAHIH.