Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan KM4.9 Jalan Genting Highlands
Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan KM4.9 Jalan Genting Highlands
BENTONG – Dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM4.9 , Jalan Genting Highlands kira-kira jam 1.10 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 39 tahun dari arah Goh Ttong Jaya melalui jalan naik ke Genting Highlands.
“Apabila kereta tersebut sampai lokasi kejadian yang berselekoh sebelah kiri, kenderaan itu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan sebuah kereta jenis Perodua.
“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.-SAHIH.