Dua helikopeter bertembung – Timbalan Menteri ucap takziah
Dua helikopeter bertembung.
LIPIS : Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan anggota tentera yang terkorban dalam nahas kejadian pertembungan dua buah helikopter di udara di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada jam 9.50 pagi, hari ini.
Timbalan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.
“Salam takziah buat keluarga mangsa,” katanya.
Kejadian tersebut melibatkan dua helikopter jenis HOM (M503-3 dengan tujuh krew dan empat mangsa sedang dikeluarkan.
Helikopter HOM dinaiki oleh Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM – PM Skuadron 503, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan tiga lagi belum dipastikan..
Manakala, sebuah lagi helikopter jenis Fennec (M502-6) dengan tiga 3 orang krew, Kdr Muhamad Amir Mohamad TLDM – PM Skuadron 502, Lt Sivasutan Thanjappan TLDM dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.-SAHIH.