Dua gajah denak berjaya jinakkan gajah liar dan dipindahkan.
Dua gajah denak berjaya jinakkan gajah liar dan dipindahkan.
JERANTUT : Dua ekor gajah denak, Abot dan Senum berjaya menjinakkan seekor gajah liar yang tersesat di kawasan Bukit Kuantan berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Jerantut dan dipindahkan ke habitat asal selepas operasi khas menggunakan dua gajah denak, Abot dan Senum, kira-kira jam 3.30 petang, hari ini.
Gajah Jantan liar itu dianggarkan berusia antara 22 hingga 25 tahun itu dikesan berkeliaran di hutan kecil dalam bandar ini awal pagi Jumaat lalu sehingga mengemparkan orang ramai.
Ketua Operasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Ainsha Ahmad berkata, operasi membabitkan 25 anggota berpengalaman itu dilaksanakan dalam cuaca panas dan penuh cabaran kerana gajah terbabit masih agresif.
“Mengambil langkah keselamatan terutama kepada orang ramai dan keselamatan penduduk, haiwan berkenaan akhirnya berjaya dikawal sebelum dipindahkan ke Hutan Simpan Negeri Belum, Perak,.
“Dengan bantuan dua ekor gajah denak berkesan kerana mampu mendekati serta menenangkan gajah liar itu,” katanya.-SAHIH.