TIGA KANAK-KANAK LEMAS
TIGA KANAK-KANAK LEMAS
KUANTAN: Dua orang adik-beradik daripada tiga yang maut dan satu selamat dalam kejadian lemas ketika dipercayai mandi di Pantai Sungai Ular, di sini, semalam.
Dua mangsa yang lemas, Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi ( 9 tahun) dan Nur Najwa Mohd Ariffin ( 13 tahun), mayat masing-masing ditemui pada jam 5.30 petang dan jam 6.55, petang semalam.
Manakala, mayat adik kepada Nur Najwa Mohd Ariffin, Mohd Fazrul Hakimi Ariffin (11 tahun ) telah dijumpai pada jam 12.47 tengah hari, hari ini.
Seorang kanak-kanak, kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi , Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi (13 tahun) dijumpai selamat pada jam 5.45 petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapt ( PA) Zaubidah Said berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan pada jam 6.05 petang semalam berkaitan kejadian lemas di pantai itu.
“Kejadian dipercayai berpunca semasa mereka mandi di sekitar pantai tersebut, operasi ditamatkan hari ini setelah mangsa terakhir ditemui tengah hari tadi, seramai 12 anggota APM terlibat dalam operasi tersebut,” katanya.