DR ZULKIFLI AL-BAKRI POSITIF COVID-19
Berita Nasional/Viral
DR ZULKIFLI AL-BAKRI POSITIF COVID-19
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan dirinya positif COVID-19 selepas disahkan Kementerian Kesihatan.
Beliau melalui laman Facebok memaklumkan sedang menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya kini baik.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis membabitkan kehadiran saya antara 24 September hingga 4 Oktober menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya Allah,” katanya.