DOS CANSINO DI PANTAU
DOS CANSINO DI PANTAU
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk memberikan dos penggalak kepada penerima vaksin tunggal Cansino.
Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu juga ada dinyatakan dalam permohonan oleh Cansino kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkemungkinan, penerima Cansino juga akan menerima dos penggalak selepas enam bulan diberikan pelalian berkenaan
Jelasnya ,lagi akan memantau data dari negara lain yang menggunakan Cansino, jika didapati bahawa mereka memberikan dos kedua selepas pemberian dos tunggal itu, kita akan mempertimbangkan. Salah satu pekara yang positif mengenai vaksin itu ialah, kita mempunya kilang di Malaysia dan kerajaan tidak mempunyai masalah dari segi perolehan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) di Putrajaya pada Isnin.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan dengan langkah itu akan dilaksana selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus.
Sebelum ini, Khairy berkata pihaknya sedia memulakan pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 kepada orang awam, mulai awal bulan depan.
Beliau berkata, kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada negara ini mempunyai bekalan vaksin yang cukup atau memerlukan perolehan baharu sebelum dapat melaksanakan suntikan dos penggalak, Khairy berkata buat masa ini jumlah yang ada masih mencukupi
Buat KKM mempunyai bekalan yang cukup untuk melaksanakan PICK Remaja serta permulaan dos penggalak.
Bagaimanapun, mengenai dos penggalak ini akan diumumkan periciannya seminggu dua lagi.-SAHIH