DOA UNTUK MALAYSIA
DOA UNTUK MALAYSIA
LIPIS: “Malam ini dengan rendah hati saya merayu kepada semua rakyat Malaysia agar dapat patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kerana 14 hari pertama total lockdown ini adalah sangat kritikal”, kata Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Katanya, varian-varian baharu ini sebabkan kadar kebolehjangkitan lebih pantas dan lebih senang tersebar, lagi-lagi kepada warga emas dan kanak-kanak.
“Walaupun kita telah divaksin, namun kita masih berupaya menyebarkan virus ini sebagai pembawa dan akan menjangkiti anak atau ibu bapa kita tanpa kita sedar. Sebab itulah jika terpaksa keluar atas urusan penting, wajib patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang Majlis Keselamatan negara (MKN) gariskan.
“Orang Lepeh ( Lipis) , saya berharap kita semua #dudukderumoh (duduk di rumah) dan pastikan kita semua bersedia daripada segi fizikal dan mental serta keperluan makan dan minum selama 14 hari di rumah,”katanya.
Katanya,semoga kita berjaya landaikan graf kes positif Covid-19 hingga boleh menang melawan gelombang ketiga ini. Kita pernah menang dan mesti akan menang!.-SAHIH.