DITAHAN CUBA CABUL REMAJA LELAKI
INDONESIA: Dua remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba mencabul kehormatan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
Menurut laporan menado.com, difahamkan remaja lekaki tersebut merupakan pelajar yang pandai dan kacak di sekolah mereka.
Menado.com turut melaporkan kejadian kelmarin itu berlaku ketika dua remaja perempuan mengajak remaja lelaki itu bersiar-siar.
Mereka kemudian mengajak mangsa ke rumah salah seorang remaja perempuan itu ketika ibu dan bapanya tiada.
Mereka kemudian berbual tanpa mengetahui niat sebenar remaja perempuan itu.
Ketika berbual dua remaja tersebut meraba-raba mangsa namun mangsa cuba melawan supaya mereka menghentikan perbuatan itu.
Namun dua remaja tersebut semakin agresif dengan cuba membuka seluar mangsa sehingga kemaluan remaja lelaki itu terluka.
Remaja lelaki itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.