DISKAUN BIL LETRIK DITERUSKAN
Berita Nasional
DISKAUN BIL LETRIK DITERUSKAN
KUALA LUMPUR: Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung berpeluang menikmati lanjutan diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus.
Lanjutan tersebut berdasarkan penggunaan elektrik bulanan bermula 1 Oktober lalu hingga 31 Disember tahun ini.
Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pemberian diskaun itu sebagai usaha menyokong kerajaan mengurangkan impak wabak COVID-19 selain membantu rakyat menyesuaikan diri dalam keadaan ekonomi negara melalui proses pemulihan ketika ini.
“Inisiatif pelanjutan oleh kerajaan ini akan mengutamakan mereka yang memelukan akibat pandemik COVID-19.
“Tanggungjawab membendung penularan wabak ini adalah usaha semua pihak. Kita seharusnya mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain dalam waktu yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online