REY UTAMI BEBAS
KRONOLOGI KES MEMBABITKAN TRIO IKAN MASIN
Youtuber Indonesia yang terpalit dengan kes hina kemaluan berbau ikan masin, Rey Utami kini dibebaskan.
Menurut laporan Kompas.com, Rey yang menjalani humuman penjara selama satu tahun empat bulan itu dibebaskan pada 8 November lalu.
Berikut merupakan fakta-fakta kes yang digelar Trio Ikan Masin:
1. Pada awal tahun 2020, dunia hiburan nusantara menjadi bualan hangat dengan kes fitnah sebagai Trio Ikan Masin yang melibatkan Rey Utami, Benua Pablo, dan Galih Ginanjar. Mereka bertiga dihukum kerana mencemarkan nama baik pelakon Fairuz A Rafiq menerusi saluran YouTube.
2. Fairuz merupakan bekas isteri kepada aktor Galih Ginanjar. Kes bermula selepas Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube.
3. Lebih memburukkan keadaan, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!
4. Bukan hanya Galih, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan kepada dua YouTuber, Rey Utami dan Pablo Benua kerana menghina, mencalar maruah Fairuz hingga mengalami tekanan emosi.
5. Sewaktu perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin awal Februari lalu, Fairuz mengalami tekanan emosi dan ketika prosiding perbicaraan berlangsung sekitar sejam, pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya.
6. Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.
7. Walaupun Rey dibebaskan namun Benua dan Galih masih dipenjarakan kerana hukuman mereka lebih lama berbanding Rey.
Sekadar info, Rey merupakan vokalis kedua dalam single band Dadali yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu.