Diberikan sama rata agar tiada yang terguris hati – EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG
Diberikan sama rata agar tiada yang terguris hati – EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG
KUANTAN – Kerajaan diminta mengkaji semula penambahan membabitkan pemberian bantuan khas bersasar 300 ringgit kepada peneroka Felda berpendapatan 1 ribu ringgit ke bawah.
Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, tindakan itu supaya semua peneroka yang bersama Felda dapat menikmati bantuan khas terbabit.
Jelasnya, meskipun kebanyakan peneroka memperoleh pendapatan 1 ribu ringgit ke atas, namun pendapatan tersebut tidak tetap dan adakalanya menerima pendapatan di bawah 1 ribu ringgit mengikut hasil tuaian.
Kita mengharapkan inisiatif ini dirasai semua peneroka tidak kira dia income ada ke tidak ada sebab peneroka ini dia pasang surutnya musim ni musim perayaan ni musim puasa ni buah lawas pendapatan kurang ..apabila pendapatan kurang akan mengakibatkan hati peneroka ni terasa ni terusik ..kita mengharapkan agar timbalan perdana menteri memikirkan kajian semula ada masa lagi untuk memberi inisiatif kepada duit raya kepada seluruh peneroka.
Beliau ditemui pemberita pada program Iftar dan Malam Apresiasi Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Mempaga di Temerloh ,Pahang .
Tambahnya, terdapat 43 ribu 164 peneroka di Pahang melibatkan 115 rancangan felda.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian bantuan khas bersasar itu diberikan khusus kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
Bantuan kepada setiap peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara itu akan disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri.
Selain itu, peneroka yang berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula akan mendapat penangguhan potongan hutang tidak termasuk kos operasi ladang untuk hasil bulan Mac,” katanya ketika berucap ketika Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Sungkai di sini pada Selasa lalu -SAHIH