DEDAH PIHAK TERBABIT ISU DAGING HARAM
DEDAH PIHAK TERBABIT ISU DAGING HARAM: PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mendedahkan individu yang terlibat dengan sindiket kartel daging haram yang diragui status halalnya ke negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat berhak mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram yang didakwa beroperasi sejak 40 tahun lalu.
Pendedahan kegiatan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan status bekalan daging import halal yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak 40 tahun lalu.
ASYRAF WAJDI (3 DARI KIRI) BERSAMA PEMUDA UMNO TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ISU KARTEL DAGING HARAM/FACEBOOK
Memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri halal di negara ini, maka kami mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas bagi menjalankan siasatan,” katanya dipetik dari KOSMO! ONLINE.
Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Katanya, pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.