DAUN KETUM BERNILAI RM15,000 DIRAMPAS
DAUN KETUM BERNILAI RM15,000 DIRAMPAS
PADANG BESAR: Satu rampasan daun ketum telah dilaksanakan oleh anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, petang tadi.
Kejadian berlaku pada jam hampir 5 petang tadi, dimana anggota terbabit sedang menjalankan tugas rondaaan dikawasan Kaki Bukit telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera dalam keadaan mencurigakan.
GAMBAR IHSAN PDRM
Mereka bertindak mengejar kenderaan tersebut namun pemandu kereta tersebut bertindak lebih awal dengan melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan kawasan Tasoh, Kaki Bukit, Perlis.
Hasil pemeriksaan polis didalam kereta tersebut telah menjumpai (50) plastik hitam didalamnya mengandungi daun-daun disyaki ketum dengan anggaran berat 500kg bernilai RM15,000.
GAMBAR IHSAN PDRM
Polis bertindak merampas kesemua barang kes untuk tindakan siasatan dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM10 ribu dan penjara maksimum empat tahun.
Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah ataupun penyeludupan daun ketum dengan menghubungi talian hotline IPD Padang Besar 04-9491481 berserta dengan maklumat lengkap dan identiti dirahsiakan.