DATUK MOHD HAYANI BEKAS ADUN MENINGGAL DUNIA
DATUK MOHD HAYANI BEKAS ADUN MENINGGAL DUNIA
TEMERLOH: Datuk Mohd Hayani Abd Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Bera dan Guai meninggal dunia di usia 79 tahun, semalam.
Allahyarham bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 dan memenangi kerusi Dewan Negeri (DN) Guai, sebelum menang di DUN Bera dan DUN Kemayan, pada dua PRU berikutnya.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik.
Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.-SAHIH