DATUK KENA PENJARA 20 TAHUN, 5 SEBATAN
MELAKUKAN KELUCAHAN MELAMPAU TERHADAP KANAK-KANAK PEREMPUAN BERUSIA 3 TAHUN
TEMERLOH: Seorang warga emas bergelar Datuk dicekup selepas melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di bawah jagaannya di Kampung Benom, dekat Kuala Krau, di sini.
Suspek ditahan Rabu lalu selepas laporan polis mengenai perbuatan jijik itu dibuat ibu mangsa pada 22 November, di Balai Polis Kuala Krau.
Menurut sumber, suspek berusia 48 tahun yang bekerja sendiri dipercayai melakukan perbuatan keji itu antara 11 November hingga 21 November lalu di kediaman tidak bernombor di Kampung Benom, di sini.
“Ibu mangsa adalah seorang peniaga dan menetap di Kuala Lumpur, manakala mangsa dijaga oleh kakaknya, selepas dia dan bekas suami berpisah sekitar bulan Mei lalu.
GAMBAR HIASAN
“Kejadian itu dimaklumkan nenek kepada mangsa kepada pengadu (ibu mangsa) kira-kira jam 9 malam dan mangsa memaklumkan bahawa suspek mencucuk kemaluan mangsa menggunakan kayu,” katanya.
Pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mendapati terdapat kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan mangsa.
Difahamkan, suspek yang juga bapa saudara bekas suami pengadu melakukan perbuatan keji itu dengan memasukkan jari dan berus gigi pada kemaluan mangsa hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan serta trauma.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek sudah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh pagi tadi.
KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH, ASISTEN KOMISIONER MOHD YUSRI OTHMAN
“Suspek sudah didakwa mengikut Seksyen 377 CA kerana melakukan jenayah atau kesalahan seks dengan atau menggunakan objek.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa tarikh suspek ditangkap pada 25 November lalu, selain turut dihukum lima kali sebatan,” katanya.