DATUK JAMALI SHADAT SEMAKIN PULIH
DATUK JAMALI SHADAT SEMAKIN PULIH
KLANG: Kesihatan pelawak veteran, Datuk Jamalai Shadat atau lebih dikenali sebagai Jamali Shadat, 78, yang dilaporkan merosot beberapa hari lalu, kini semakin pulih.
Menurut anaknya, Fauzi Jamalai, 48, sejak tiga hari lalu, ayahnya tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya terbaring terlantar di atas katil.
Malah, Fauzi berkata, dia juga terpaksa memanggil doktor ke rumahnya di Pulau Indah di sini bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ayahnya itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih kini dan dia juga sudah ada sedikit selera makan semalam (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di rumahnya pada Isnin.
Sementara itu, Fauzi berkata, sejak pemergian ibunya, Lela Yacob yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, keadaan kesihatan ayahnya itu mula merosot, malah dia juga tidak lagi seceria dahulu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sama-sama kita doakan semoga Datuk Jamali Shadat dilindungi Allah swt.
Sangat kesal dengan sesetengah orang yang mengatakan Datuk Jamali Shadat sudah meninggal dunia, dan keadaan datuk Jamali Shadat sekarang semakin pulih…
Hentikan berita palsu….