DARURAT AKIBAT BANJIR BESAR
DARURAT AKIBAT BANJIR BESAR
JAKARTA: Wilayah Kalimantan Selatan di Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat ekoran banjir yang memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka untuk berteduh di tempat yang lebih selamat.
Penduduk mula berpindah keluar selepas rumah mereka dimasuki air
Jakarta Post melaporkan, hujan lebat sejak 3 Januari lalu menyebabkan air sungai melimpah ke tebing.
Menurut pihak berkuasa, lima orang terkorban sementara lebih 27,000 rumah ditenggelami air.
Lebih 110,000 penduduk sudah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat, namun masih ramai penduduk yang terkandas di atas bumbung rumah mereka, menunggu untuk diselamatkan.
Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan bantuan dihulurkan kepada penduduk yang terjejas.
Kota Kalimantan Selatan yang genangi air
banjir
Pegawai bantuan bencana menyatakan pihak berkuasa memperuntukkan bantuan bernilai lebih AS$70,000 (RM283,225).
Pakar alam sekitar berkata, kegiatan pertanian ladang kelapa sawit dan perlombongan menyebabkan kerosakan tanah sehingga menyebabkan peningkatan masalah banjir.