DAKWA CAJ MAHAL, PENGUSAHA BENGKEL DITETAK ANAK SAUDARA
DAKWA CAJ MAHAL, PENGUSAHA BENGKEL DITETAK ANAK SAUDARA
MERSING, JOHOR – Seorang lelaki sanggup menetak bapa saudaranya menggunakan pisau pemotong daging gara-gara tidak berpuas hati dengan caj membaiki motosikal yang didakwa dikena terlalu mahal.
Dalam kejadian pada jam 6 petang Sabtu lalu, tindakan ganas tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.
Difahamkan, kejadian berpunca akibat suspek tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.
“Suspek adalah anak saudara kepada mangsa dan dia telah melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.
“Mangsa telah dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini, lapor kosmo online
Walau bagaimanapun, Cyril berkata, polis yang menerima maklumat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama.