Cupana Tawar Peluang Pelaburan Menerusi Vending Machine Guarana
Cupana Tawar Peluang Pelaburan Menerusi Vending Machine Guarana
Inisiatif memperkenalkan minuman berasaskan guarana menerusi mesin layan diri Smart Vending Machine oleh Cupana Group bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada rakyat Malaysia, malah membuka peluang pelaburan dan keusahawanan baharu dalam ekonomi digital.
Produk minuman kesihatan itu diformulasi dengan kandungan antioksidan semula jadi yang tinggi dan memberi pelbagai manfaat kepada tubuh seperti meningkatkan tenaga, menjadikan minda lebih fokus, mengurangkan risiko diabetes serta membantu menjaga kesihatan jantung.
Menurut Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi, Ketua Pegawai Operasi Cupana Holdings Sdn. Bhd., produk guarana tersebut sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diminum pada bila-bila masa setiap hari, menjadikannya pilihan ideal dalam gaya hidup moden.
“Guarana telah digunakan sejak berabad-abad lamanya oleh masyarakat Amazon. Amalan ini dikaitkan dengan tahap kesihatan dan umur panjang mereka, yang mampu mencecah lebih 100 tahun secara purata,” katanya.
Cupana Group juga menyasarkan pemasangan 3,000 unit mesin layan diri guarana di seluruh negara menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi memperluaskan pasaran serta memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta sebagai pelabur atau rakan niaga.
Pelancaran rasmi Smart Vending Machine itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan dalam satu majlis khas yang diadakan baru-baru ini.
Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif tersebut yang selari dengan perkembangan teknologi dan permintaan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Saya menyokong usaha ini kerana ia menyumbang kepada kesihatan rakyat. Apabila rakyat sihat, produktiviti meningkat. Pendekatan ini juga mampu membuka peluang baharu dalam dunia automasi perniagaan,” katanya.
“Saya dimaklumkan bahawa minuman ini bukan sahaja menyegarkan, malah membantu mengurangkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis,” tambah beliau.
Langkah agresif Cupana ini diyakini akan merancakkan pertumbuhan industri vending machine tempatan dan mempopularkan produk tempatan berasaskan guarana yang diiktiraf secara global dari segi khasiat dan nilainya.
Untuk maklumat lanjut dan peluang pelaburan, sila layari www.cupana.com.my. – SAHIH