CUCUK MATA BUAYA UNTUK SELAMATKAN DIRI
CUCUK MATA BUAYA UNTUK SELAMATKAN DIRI
KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki cedera di paha kiri dan tangan kanannya akibat diserang seekor buaya di sungai Kampung Naie, di sini hari ini.
Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar 5 petang hari ini apabila mangsa sedang menangkap udang.Mangsa yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun berjaya melawan reptilia tersebut dan terus menyelamatkan dirinya.”
Mangsa dikatakan mencucuk mata buaya tersebut sehingga ia melepaskannya dan menyebabkan kecederaan di tangan dan kaki.”
Dia kemudian segera menyelamatkan diri dan kemudian terus mendapatkan bantuan dari penduduk kampung,” katanya.
Seterusnya mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan,lapor Jeremy LansonKategory Sarawak