CUBAAN SELUDUP MURAI BATU GAGAL
CUBAAN SELUDUP MURAI BATU GAGAL
PENGERANG: Cubaan kumpulan penyeludup membawa keluar burung Murai Batu melalui Pantai Sungai Rengit, dekat sini, berjaya digagalkan PERHILITAN dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pagi tadi.
Kejayaan itu hasil rondaan ATM yang ditempatkan di Pos Tanjung Sepang, di sini.
Sejumlah 49 bakul plastik mengandungi 548 ekor burung Murai Batu ditemui di pesisir pantai berkenaan, dipercayai ditinggalkan kumpulan penyeludup terbabit.
Semua barang kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak PERHILITAN Daerah Bandar Penawar bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bagaimana pun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat bagi membantu siasatan berkaitan penemuan burung itu.