COVID-19 TAMAT PADA NOVEMBER 2021?
COVID-19 TAMAT PADA NOVEMBER 2021?
INDIA: Abighya Anand, berusia 14 tahun, telah meramalkan pada 22 Ogos 2019, seluruh manusia akan mengalami fasa kesukaran bermula November 2019 sehingga April 2020.
Ramalannya menyatakan sepanjang enam bulan akan berlaku serangan wabak di seluruh dunia dan bakal menjadi kemuncak tekanan kepada seluruh manusia.
Katanya, 29 Mei 2020 apabila berlaku putaran dunia di orbit bakal menurunkan graf penularan wabak dan boleh ditangani dengan baik.
Anand,yang terkenal di India kerap muncul di majalah di negara itu dan pernah ditemubual oleh India Times dan menunjukan kemahiran ilmu astrologinya sangat menakjubkan dan pengetahuannya tinggi.
Dia juga pernah meramalkan dengan betul harga emas dan perak serta lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan negara India.
Ramalannya juga menyatakan peperangan global akan berlaku yang bermaksud peperangan dengan coranavirus, iaitu peperangan antara virus dan manusia.
Anand beranggapan 31 Mac adalah kemuncak di mana planet Marikh akan sejajar dengan Zuhal dan Musytari, manakala bulan akan bersambung dengan Rahu
Kejadian ini jarang berlaku dan pakar kaji bintang beranggapan Marikh, Zuhal dan Musytari dianggap planet yang paling kuat kerana semua planet ini akan memiliki kuasa yang lebih dan melebihi kuasa bumi.
GAMBAR HIASAN
Penyebaran air bermaksud melalui batuk dan bersin akan kerap berlaku dan akan berlaku penularan wabak. Oleh itu penjarakan fizikal diperlukan ketika ini pada 31 Mac dan 1 April 2020.
Pada 29 Mei 2021, berdasarkan ilmu astrologinya, paksi kekuatan akan terputus dan ketika ini virus dapat ditangani dan ekonomi akan berkembang perlahan. Wabak diramalkan akan tamat pada November 2021.