‘CIK KIAH’ ULAR SAWA TERBESAR ASIA
16 TAHUN BERSAMA PEMILIK SEDAR CIK KIAH ADALAH ULAR SAWA TERBESAR ASIA
PULAU PINANG : Ular sawa batik seakan anakonda itu memiliki panjang tujuh meter dengan berat 220 kilogram.
Malah dakwa Mohd Redzuan, 36, ular sawa batik peliharaannya adalah yang terbesar di Asia.
Sebelum ini, Guinness World Records pernah mencatatkan ular sawa batik di Missouri, Amerika Syarikat yang dinamakan Medusa sebagai ular terpanjang di dunia dengan ukuran 7.67 meter pada 2011.
Mengulas hobinya membela reptilia, Mohd Redzuan yang ditemui di rumahnya baru-baru ini, ular yang besar itu merupakan antara enam ekor ular sawa batik yang dibelanya.
“Kesemua ular ular tempatkan di sebuah rumah yang di sewa khas untuk mereka, ” kata bapa dua anak itu.
Mohd Redzuan berkata dia terserempak dengan reptilia itu melintas jalan kira-kira 16 tahun lepas.
“Beliau menceritakan pada masa dalam perjalanan menghala ke Teluk Bahang dan ternampak anak ular sawa sedang melintas jalan.
Lalu beliau mengambil keputusan untuk membelanya,ketika itu saiznya cuma sebesar dua ke tiga jari , ” katanya, ia merupakan ular pertama yang dibelanya.
Menurutnya lagi , hobi itu mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga yang kesemuanya merupakan pencinta haiwan.
“Ular sawa batik ini sememangnya jinak, malah ia juga tidak mudah terdedah kepada penyakit selain hanya memerlukan tempat tinggal yang selesa dan ruang yang mencukupi, bergantung pada saiz ular,” kata bekas penjawat awam itu.
Dia turut menjelaskan mereka yang mahu membela reptilia itu perlu mendapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Menurutnya , ada peminat ingin saya membuat pertunjukan ular, namun tidak boleh kerana tidak memiliki lesen untuk pertunjukan,” katanya, menambah anak sulungnya yang berusia 12 tahun turut berkongsi minat dengannya.
Mengakui kos memelihara ular sawa agak besar dan dia membelanjakan antara RM700 dan RM800 sebulan untuk makanan reptilia terbabit.
“Lagi besar ular itu lagi tinggi kos makanan yang diperlukannya ialah kira-kira 20 hingga 25 ekor ayam sebulan,” katanya.