IKUT NASIHAT DOKTOR, JANGAN IKUT TREND CHALLENGE MAKAN PEDAS, ROSAK PERUT NANTI!
Challenge makan makanan pedas sudah menjadi trend. Macam-macam makanan pedas yang dijual untuk menarik perhatian netizen dan cuba makanan tersebut.
Tidak dinafikan makanan pedas memang menjadi kegemaran ramai dan pembuka selera. Lebih-lebih lagi orang Malaysia, memang lidah ‘kebal’, tak boleh kalau makanan tak pedas, mesti tak selera.
Tetapi terlalu banyak pengambilan makanan terlampau pedas akan menyebabkan kesihatan terjejas seperti merosakkan sistem penghadaman, usus dan perut.
Memetik daripada thread yang dibuat oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau @dr_chaku di Twitternya menjelaskan mengenai isu makan makanan pedas di kalangan orang Malaysia yang semakin menjadi-jadi.
Thread berguna ini mendapat perhatian warganet dengan 21.8 ribu Retweet dan 29.2 ribu Likes.
Mari baca thread berguna ini untuk ketahui informasi yang lebih lanjut.
Kunyah Tidak Sempurna
Daripada salah satu thread beliau, apabila makanan terlalu pedas, kita akan kunyah dengan keadaan laju dan tidak sempurna menyebabkan sistem penghadaman serta pencernaan perlu bekerja lebih. Badan kita juga tidak dapat zat dari makanan sepenuhnya.
Minum Air
Kalau makan makanan pedas, air adalah pengubat segala kepedasan. Menurut @dr_chaku, minum air dengan kuantiti lebih daripada kapasiti perut akan menyumbangkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah gastritis, ulser, dan buasir jangan sesekali ikut trend ini. Ia akan membahayakan perut anda. Bukan golongan ini sahaja, anda yang sihat juga jangan makan pedas yang melampau, lama-kelamaan perut anda akan rosak dan mengalami masalah.