Enam Perkara Hilangkan Rasa Canggung (Awkward) Untuk Pertemuan Pertama.
Pernah tak anda mengalami apabila keluar dengan seseorang, anda tiada topik untuk berbual. Dalam perjalanan menuju ke destinasi, anda dan si dia hanya berdiam dan mendengar lagu di radio.
Sebenarnya untuk pertemuan kali pertama banyak topik yang boleh dibualkan. Hilangkan rasa malu dan janggal. Buat seperti biasa dan ceria. Kalau tak tahu nak borak apa, cuba tips ini untuk mengelakkan anda terus berdiam.
Senyum Selalu
Jangan lupa senyum walaupun dalam hati berdebar bila terpandang mata si dia. Senyum sebenarnya memberikan aura positif dan nampak tenang. Dengan senyuman anda lebih nampak rilek dan tidak gelabah. Jangan senyum macam kerang busuk pula!
Topik
Mulakan dengan topik ‘biasa-biasa’ seperti pekerjaan, aktiviti harian dan hobi. Cari topik yang boleh jadikan perbualan anda panjang. Janganlah diam je nanti awkward pula. Sambil berbual cari topik yang anda dan si dia suka. Jika suka makan, borak mengenai tempat makan best atau suka mendaki, ceritakan perkara semasa mendaki. Barulah boleh kenal antara satu sama lain.
Pengalaman
Kalau baru nak kenal biasanya akan bercerita pasal pengalaman yang lepas. Bukan burukkan kenangan lalu tapi hanya kongsikan serba sedikit mengenai hubungan lalu. Tapi kalau si dia tidak menunjukkan minat, tukar topik secepat mungkin.
Kerjaya
Boleh juga kalau bercerita tentang kerja. Apa pekerjaan si dia, apa yang si dia buat. Yang penting jangan tanya pasal gaji, itu adalah rahsia. Mungkin kalau sudah melangkah ke langkah seterusnya, anda boleh tanya.
Peribadi
Jangan terlalu cepat cerita berkaitan hal peribadi. Setelah berbual beberapa jam, mungkin selepas itu anda boleh bertanyakan mengenai keluarga si dia. Berapa adik-beradik dan anak ke berapa. Cerita mengenai keluarga biasanya anda akan tahu si dia jenis pentingkan keluarga atau ‘anak emak’.
Ucap Selamat Tinggal
Oh, bukan selamat tinggal untuk selamanya tapi untuk seketika sahaja. Kalau anda selesa dengan si dia, si dia pun gembira bila bersama anda kemungkinan besar anda berpeluang bertemu untuk kali kedua! Berikan senyuman paling manis dan lambaian selamat tinggal yang si dia boleh teringat.
Selamat bercinta!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : “Keluarga mesti akan telefon tanya. Cuma secara peribadi mereka kenal saya macam mana dari kecil. Mereka tahu saya tak akan buat perkara sedemikian (pelacuran).
“Mereka tanya sama ada saya okay ke tak, mentalbreakdown ke tak.. sebab hal-hal begini. Cumanya, apa yang boleh kata, emosi saya memang terganggu juga sebab tengah bekerja.. tiba-tiba kena macam ni.
“Nak pergi set penggambaran pun saya sendiri yang rasa seganlah,” kata pelakon Scha Elinnea yang mengakui tindakan netizen yang cuba mengaitkan dirinya sebagai artis yang didakwa terpalit dengan aktiviti pelacuran kelas atasan memberi kesan kepada emosinya.
Menurut Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21, kontroversi tersebut turut mendapat perhatian daripada ahli keluarganya yang bimbang dengan keadaannya.
Terdahulu, Scha membuat laporan polis ekoran dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya sebagai selebriti yang terkait isu aktiviti pelacuran kelas atasan yang turut berkait rapat dengan isu MacauScam.
Jelas Scha, dia juga bimbang sekiranya, isu negatif sebegini memberi impak kepada tawaran lakonan daripada pihak produksi. Begitupun, dengan apa yang berlaku, kata Scha selepas ini, dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang gambar di media sosial miliknya.
“Saya rasa sebab memang dikaitkan dengan isu seksi. Seksi itu tak ada kaitan pun dengan benda itu sebab seksi itu pemakaian, personaliti seseorang. Bukannya dia pakai seksi tu dia pergi melacur, bukan macam itu.
“Lepas ini kena lebih berhati-hati posting di Instagram, bab pemakaian. Ini kerana kita tak boleh nak tutup mulut orang, jadi kita sendirilah yang kena kawal benda itu,” kata pelakon drama CikReen&EncikNgokNgek itu.
Semalam, syarikat pengurusannya, AbsoluteManagement turut menafikan dakwaan artis naungannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan artis. Hal tersebut terbongkar susulan siasatan yang dijalankan SPRM berhubung MacauScam yang turut mengaitkan beberapa selebriti tanah air.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHACHA NAFI TERBABIT SINDIKET PELACURAN: RM40,000 SATU MALAM
KUALA LUMPUR : Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan terdapat segelintir artis dan Instafamous yang dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan dek mampu tampil mewah dalam sekelip mata sahaja.
Menurut sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan ini menerima bayaran sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 bagi satu malam untuk memuaskan nafsu orang kenamaan.
Kerana isu tersebut, pelakon Chacha Maembong telah dikaitkan antara artis yang terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan tersebut. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan adik kepada pelakon, Emma Maembong ini.
Pelakon drama BukanGadisBiasa itu menegaskan dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan seumpamanya susulan gosip diperkatakan.
Jelas bintang berusia 24 tahun itu lagi, ada pihak yang mengaitkan namanya yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan yang dibinanya.
Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.
“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi? Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.
“Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja.
“Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.
Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama BidadariSalju terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti MacauScam.
“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan. Konon saya tipu duit orang dengan produk saya.
“Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti haram itu.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap… cakaplah,” tuturnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 Langkah Cuci Muka Yang Betul Untuk Dapatkan Kulit Bersih
Semua orang tahu cuci muka adalah rutin harian yang perlu dibuat. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih, tidak boleh malas dan sentiasa menjaga kebersihan kulit.
Setelah seharian menyelesaikan tugasan, pasti anda penat dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Tetapi jangan sekali-kali mengabaikan kulit muka anda! Bukan hanya mencuci muka sahaja, anda perlu tahu langkah yang betul.
BersihkanTangan
Ini perkara paling asas. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih. Basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu. Kulit muka adalah bahagian sensitif dengan habuk, debu, kuman dan bakteria. Tangan tidak sentiasa bersih, jadi jangan sentuh muka anda tanpa membersihkan tangan.
CuciMakeUp
Selepas bersihkan tangan, buang segala kesan make up yang anda guna. Lebih elok menggunakan pembersih solekkan atau make up remover. Jika anda menggunakan pencuci muka sahaja, liang pori anda akan tersumbat mengakibatkan kulit berjerawat dan berminyak. Walaupun anda tidak menggenakan sebarang solekkan pada hari tersebut, anda juga wajib membersihkan muka menggunakan make up remover.
PencuciMuka
Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda masalah berminyak, gunakan pencuci muka yang mengandungi nilai pH rendah. Jika anak memiliki kulit kering, elak pakai pencuci muka yang mempunyai alkohol dan mineral yang tinggi. Ingat ya, pencuci muka mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit anda.
ZonT
Cuci muka sekurang-kurangnya 60 saat. Jangan terlalu sekejap dan jangan terlalu lama. Beri keutamaan kepada bahagian yang bermasalah seperti zon T. Zon T adalah bahagian dahi, hidung dan dagu. Jangan terlalu kasar semasa menggosok muka, jangan tekan kulit anda. Gosok dengan perlahan dan lemah lembut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Terdapat segelintir golongan selebriti dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengakui dalam situasi COVID-19, ditambah dengan peluang kerja terhad mengakibatkan segelintir selebriti membabitkan diri dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, golongan terbabit cuba mencari kemewahan secara mudah terutama untuk dipamerkan di media sosial.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi
“Sebabnya sekarang cabaran kita ialah media sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka.
“Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air,” katanya dipetik HarianMetro.
Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan terdapat segelintir selebriti terbabit skandal seks dengan bayaran antara RM20,000 hingga mencecah RM40,000 untuk satu malam.
Tidak terkecuali, segelintir Instafamous (selebriti Instagram) turut disyaki terbabit menggadai maruah untuk mendapatkan duit mudah.
gambar hiasan
Zed atau nama penuhnya Rozaidi Abd Jamil berkata, SENIMAN sedia berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa untuk mengekang jenayah terbabit.
“Sekiranya, berdasarkan dokumen penyiasatan membuktikan selebriti itu terbabit dan bersalah, ada kemungkinan kami boleh menyenarai hitamkan mereka,” katanya.
Zed berkata, SENIMAN bukan saja tegas membanteras isu pelacuran tetapi juga membabitkan isu pengubahan wang haram, rasuah, jenayah dan lain-lain kesalahan jenayah berat membabitkan golongan selebriti.
Sumber: Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Industri seni tanah air terjejas teruk akibat COVID-19, malah penggiat serta yang ada kaitan dengannya turut terkesan akibat kehilangan pendapatan.
Sejauh mana ia terjejas dan apakah tindakan serta perancangan agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk kepentingan industri?
Ikuti wawancara Timbalan Pengerusi FINAS DATUK NORMAN ABDUL HALIM dan wartawan NORHAYATI NORDIN bagi mengulas isu ini.
NORMAN.
Sejak Mac hingga kini, berapa anggaran kerugian dalam industri hiburan rentetan COVID-19?
Anggaran kerugian dialami industri hiburan melebihi RM100 juta.
Di pawagam saja, rugi sekitar RM2 juta sehari dan terkini, kita dengar ada pawagam yang perlu ditutup.
Kami di FINAS sudah adakan mesyuarat bersama ahli lembaga pada Jumaat lalu untuk bekerjasama bagi mencari jalan dan memikirkan pelbagai pilihan berkesan untuk bantu pawagam bertahan dalam situasi kritikal ini.
Orang luar ada Netflix, kita mungkin boleh buat yang sama untuk jaga industri kita sendiri.
Sebenarnya, daripada sudut OTT atau over the top seperti Netflix ini, platform sebegini sudah ada dan sangat banyak.
Kita lihat aliran di seluruh dunia pun sudah ada ratusan platform OTT ini, jadi mungkin ini satu peluang baru untuk industri dan bukan bergantung harap pada tayangan oleh pempamer atau pawagam semata-mata.
Platform digital seperti ini memang kami akan beri keutamaan.
Apa yang kami akan lakukan ialah kenal pasti OTT ini. Pertama, bagaimana kita boleh buat aktiviti pelesenan kandungan digital dan kedua, daripada sudut penerbitan untuk platform ini yang sedikit sebanyak akan membuka ruang pada industri, tidak bergantung harap semata-mata pada stesen televisyen dan pawagam.
Setakat ini, kita dalam proses mengumpul jumlah platform ini dan akan memperkenalkan konsep sesuai dengan harapan mungkin kita boleh mengeksport kandungan kita juga, tidak kira dalam bentuk filem, dokumentari, rancangan televisyen dan sebagainya.
Panggung wayang terjejas, tiada sesiapa yang hendak melakukan siaran wayang secara dalam talian.
Saya rasa kalau filem yang bajet tidak terlalu tinggi, ia boleh dipertimbangkan.
Contoh filem SyifMalamRaya yang berjaya mengutip hampir RM4 juta melalui AstroFirst.
Namun, risiko agak besar untuk filem bajet besar. Jika bajet filem itu lebih RM1 juta, saya rasa filem itu sukar dan belum tentu penerbit pulang modal.
Apa yang kita dapat lihat sekarang, ada beberapa filem besar yang masih lagi disimpan, tidak ditayangkan.
Antara punca orang tidak ke panggung wayang ialah COVID-19 dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka.
Kita faham kerana jika ditayangkan sekarang, ia mungkin tidak mendatangkan pulangan yang optimum.
Kita di FINAS memikirkan untuk menyediakan pakej bagi membantu pawagam kerana apa guna kita terbit filem jika platform pawagam itu tidak dapat digunakan.
Jika tiada filem baharu dapat ditayangkan sehingga Jun 2021, maka banyak pawagam akan ditutup. Ini memberi gambaran sangat kritikal pada industri.
Ada artis veteran hidup susah akibat masalah kewangan. Ada cadangan untuk tubuhkan koperasi atau kerjasama dalam perniagaan sebagai jaminan masa depan kepada anak seni?
Buat masa ini, kita kena lihat dan teliti dahulu untuk cadangan bantuan seperti ini kerana FINAS pun berhadapan kekangan.
Tapi, apa yang kami akan lakukan ialah, cuba bekerjasama dengan yayasan tertentu bagi mengumpul dana untuk membantu artis dan warga industri yang memerlukan.
Menerusi program FINAS Prihatin, ia dapat mengumpul dana bagi membantu warga industri dan setakat ini, ada penerbit yang tampil menghulurkan bantuan.
Harapan FINAS membabitkan pengkarya seni tanah air?
Hasrat utama FINAS ialah mahu melihat filem kita bertanding serta menang di AnugerahAcademy atau Oscar.
Apa yang cuba FINAS buat untuk ke Oscar adalah perancangan teliti dengan penstrukturan semula industri, meliputi beberapa sudut seperti perundangan, akta FINAS, kewangan, latihan, pembangunan industri dan sebagainya.
Mungkin ada pihak yang memperlekeh atau memperkecilkan wawasan ini, saya rasa itu satu perkara yang harus diubah.
Kalau kita ingin berjaya di peringkat dunia, harus ada inisiatif menganjurkan lebih banyak program kreatif.
Jika asyik fikir, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh, maka kita selama-lamanya di takuk lama sajalah.
Isu royalti?
Golongan pelakon iaitu pelaku, pengarah, penerbit serta penulis skrip yang dipanggil karyawan, sebagaimana pemuzik, golongan ini juga layak mendapatkan royalti mereka bagi tayangan dikeluarkan di tempat awam.
Namun, ia tetap bergantung pada kontrak yang sudah mereka tandatangani.
FINAS sudah anjurkan townhall membabitkan persatuan industri kreatif dan melalui maklumat diterima, kita juga berbincang dengan Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyiPO) bagi merangka struktur bagaimana cara mengutip royalti pada masa depan.
Apapun, perkara asas yang paling utama ialah harus ada satu kontrak yang boleh dijadikan recommended contract yang meliputi terma tertentu seperti bagaimana boleh melayakkan pelakon, karyawan dan penerbit untuk mengutip royalti berkaitan.
Bagaimanapun, proses ini agak panjang sedikit dan perlukan masa. Satu perbincangan juga sudah dijalankan berkaitan.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sayang tidak semestinya perlu diucapkan setiap masa, cukup sekadar memberi isyarat atau signal. Selalunya lelaki agak keberatan atau sukar untuk ucapkan sayang. Kadang-kadang sampai lupa bila kali terakhir mereka katakan sayang kepada anda.
Tetapi tanpa ucapan perkataan sayang pun anda tahu nilai sayang itu. Dengan tingkah laku, si dia menunjukkan dia sangat sayang pada anda.
Menegur
Jangan marah kalau si dia menegur tingkah laku atau cara kehidupan anda. Pasangan anda inginkan yang terbaik dalam hubungan. Jika si dia sering menasihati dan menyentuh soal-soal sensitif, anda perlu terima. Anda juga tidak salah untuk menegurnya. Sama-sama jadi terbaik untuk masa akan datang.
Suka Kacau
Siapa rasa teman lelaki atau suami anda menjengkelkan atau annoying? Sebenarnya lagi seronok dapat pasangan yang berperangai menyakitkan hati kerana itu tandanya mereka sayang. Gurauan dan cara percakapan mereka tidak selembut perempuan tetapi pada masa yang sama mereka ingin bermanja.
Suka Lihat Senyuman
Tidak perlu bersolek terlalu tebal, lelaki kalau sudah sayang senyuman anda pun boleh buat hatinya cair. Lelaki akan buat apa saja untuk gembirakan hati anda seperti belikan hadiah, bawa jalan-jalan atau gurauan mereka yang menjengkelkan itu.
Suka Puji
Lelaki susah memuji tapi untuk orang yang mereka sayang, mereka suka puji walaupun perkara kecil. Mereka tidak lekang dengan kata-kata semangat dan memberikan anda aura positif. Tetapi ingat, jangan termakan pujian dari sweet talker.
Selalu Berhubung
Kebanyakkan lelaki paling malas layan perkara yang remeh dan tidak penting. Tapi kalau mereka balas Whatsapp dengan cepat, selalu telefon walaupun tiada perkara penting bermakna si dia mula sayang dan suka pada anda. Orang kata clingy.
Tidak Memaksa
Si dia tidak akan mengawal pergerakan anda. Anda juga janganlah ganggu masa si dia bersama kawan-kawan. Bagi ruang dan masa sendirian. Yang penting jaga batas dan jangan salah guna.
Perhatian
Bukan lelaki sahaja yang memberi perhatian kepada perempuan. Mereka juga ingin rasa dimanjakan. Jangan abaikan si dia jika merajuk. Sekali-sekala anda juga perlu gunakan skill memujuk.
Masa Depan
Berbincang atau bercerita mengenai masa depan. Walaupun jodoh di tangan Tuhan tapi tidak salah merancang lebih awal. Kalau si dia mula bercerita mengenai perancangan yang akan datang, anda perlu faham bahawa dia juga serious dalam hubungan yang anda sedang jalinkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berkahwin adalah fasa hidup yang paling dinantikan oleh setiap manusia. Walaupun jodoh adalah rahsia Allah, sebagai manusia kita bukan hanya menunggu tanpa sebarang usaha.
Jodoh perlu dicari. Ia bukan seperti bulan jatuh ke riba. Mungkin ada sebab mengapa jodoh anda tidak kunjung tiba. Untuk mendapatkan jodoh, cuba anda baca dan amalkan perkara seperti di bawah.
Niat Hati
Jangan cari pasangan sebab kawan-kawan lain sudah mempunyai pasangan hidup. Setiap orang mempunyai jalan kehidupan yang berbeza. Jangan paksa diri untuk mencapai sesuatu yang anda tidak mampu. Bersihkan hati dan betulkan niat cari pasangan kerana Allah.
Yakin Dengan Takdir
Sebagai manusia jangan sesekali putus harapan. Kuatkan semangat dan yakin rezeki, jodoh dan ajal hanya ditentukan oleh Allah. Yakin dengan aturan hidup anda.
Berdoa
Senjata seorang Muslim adalah berdoa. Selain itu anda juga perlu banyak bersabar dan berusaha. Apabila sudah sampai masa yang tepat, doa anda akan dimakbulkan. Dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan amalan sunat seperti sedekah, sertai aktiviti agama, solat sunat dan puasa.
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Doa ibu bapa adalah doa terbaik. Jangan abaikan ibu bapa. Jika anda masih bujang atau tiada pasangan, janganlah bersedih malah gantikan kekurangan itu dengan keindahan. Menjaga ibu bapa perkara yang tidak merugikan. Jasa ibu bapa tidak ternilai dengan hanya menjaga mereka dan sentiasa bersama mereka adalah terbaik untuk anda.
Jadi Lebih Baik
Jangan cari kesempurnaan daripada seseorang tetapi baiki diri untuk menjadi sempurna untuk seseorang. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan, ubah diri sendiri untuk jadi lebih baik.
Jangan Terlalu Memilih
Untuk memilih pasangan bukan mudah, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk bersama hingga ke akhir hayat. Cukuplah pasangan yang mampu sempurnakan diri anda kerana anda juga bukanlah manusia sempurna. Setiap orang ada kelemahan, gantikan kelemahan pasangan dengan kelebihan yang anda miliki. Jangan letak syarat terlalu tinggi, jangan tolak seseorang kerana tidak memenuhi kehendak anda. Ingat, setiap pasangan melengkapi antara satu sama lain.
Bersosial
Sekali-sekala tidak salah anda cuba menyertai majlis keramaian seperti kenduri, majlis hari jadi, aktiviti sukarela atau reunion sekolah. Mungkin jodoh anda ada di majlis tersebut. Jangan malu, buang sedikit rasa malu dan beranikan diri untuk menegur orang sekeliling.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
“Ya memang kereta yang tular tempoh hari milik saya. Alhamdulillah kereta itu sudah dikembalikan,” kata pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang mengakui kereta yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah miliknya.
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular foto berpuluh kereta mewah yang disita oleh SPRM bagi membantu siasatan berkenaan sindiket Macau Scam.
Malah, kecoh apabila ada yang mendakwa salah satu kereta yang tular adalah milik Shuib.
Shuib berkata sudah menjadi kewajipannya untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Saya tahu pelbagai fitnah yang bertebaran di laman sosial buat masa ini, namun perlu saya hormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan.
“Tiada komen lain yang ingin saya kongsi selain mahu memberi fokus buat kerjaya dan perniagaan saya kini,” ujar suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini.
Berhubung memuat naik gambarnya bersama kereta yang telah dikembalikan itu di laman Instagram semalam, Shuib berkata dia bukannya mahu riak sebaliknya bertujuan untuk meluahkan rasa syukur selepas berdepan dugaan.
“Bukan mahu riak, tetapi jelas menunjukkan betapa saya dan isteri sangat bersyukur dapat melalui dugaan ini bersama. Banyak yang saya belajar sebenarnya, bagaimana satu gambar juga mampu menimbulkan pelbagai spekulasi,” jelasnya.
Beberapa minggu lalu, Shuib dan Sarah menjadi perhatian apabila dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram yang turut membabitkan beberapa orang kenamaan dan VIP.
VERSI WEB: http://www.myartis.com/2020/10/mengaku-kereta-disita-sprm-miliknya.html
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.
Neelofa meminta doa peminat agar perjalanan baharu hidupnya dirahmati Allah. Foto IG Neelofa
“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BHOnline.
Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini.
“Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… IloveyousomuchMama,” tulisnya di IG.
Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!