KUALA LUMPUR: Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, memohon sumbangan bagi menjalani pembedahan berkaitan jantung yang menelan belanja sekitar RM60,000.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau merayu derma ikhlas untuk pemasangan Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD), iaitu sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.
BOB Lokman dijadualkan menjalani pembedahan kira-kira sebulan lagi
“Assalamualaikum. Saya Bob Lokman (Pesakit Jantung) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia.
“Memohon rayuan derma ikhlas tuan dan puan untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator). Sejenis alat untuk mengawal degupan jantung,” tulisnya hari ini dipetik dari Malaysiapost.
Menerusi entri tersebut, turut disertakan nombor akaun Maybank isteri Bob, Relawati Daud dan nombor telefon untuk memberi sumbangan atau sebarang pertanyaan.
“Pembedahan (+ -) sebulan dari sekarang. Kosnya sekitar RM60,000.
“Maybank, 162348359386 Relawati Bt Daud, isteri saya. Maybank, 564490211159 Muslim Care Malaysia.
“019 282 5555 Bob Lokman, 019 385 3535 Puan Lela, 019 251 8771 Hj Zul Wahijan,” tulisnya.
Awal Januari lalu, bekas pelakon filem Iskandar yang turut dibintangi Awie, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang.
Sebelum ini, Bob menghadapi masalah paru-paru dan jantung.
Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN NEGARA KUALA TAHAN BERUSIA 130 JUTA TAHUN DAN BERKELUASAN 4,343 KILOMETER
Ramai yang sedia maklum Taman Negara Kuala Tahan sememangnya menjadi tarikan pelancong antarabangsa dan dalam negara berkeluasan 4,343 kilometer persegi.
Keistimewaan Taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang menjadikan ekosistem di hutan simpan terkaya di dunia, berusia 130 juta tahun.
Untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, ada beberapa laluan utama seperti Kuala Tahan, Sungai Relau Merapoh, Kuala Koh Kelantan serta Tanjung Mentong Terengganu.
Pengunjung boleh datang menaiki kereta dengan laluan jalan raya berturap yang mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam dari Kuala Lumpur. Jika ingin merasakan pengalaman menaiki bot, pengunjung perlu ke Jeti Kuala Tembeling dan memakan masa tiga jam setengah untuk sampai ke Kuala Tahan.
Sejak COVID-19 melanda dunia, pelancong dari luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, tetapi pelancong dalam negara mengambil kesempatan untuk merasai pengalaman hidup dalam hutan terutama negeri yang tidak dilabel zon merah.
Untuk individu berjiwa naturalis, pengalaman dua hari satu malam memang tidak dapat memenuhi kepuasan, ini hanyalah perjalanan yang tidak dijangka tapi padat dengan aktiviti yang sangat menarik.
Penulis ke Taman Negara menggunakan pakej dari Danz Travel & Adventure. Perjalanan ke Danz Eco Resort mengambil masa kira-kira 15 minit dari tempat parkir kereta, di Kuala Tahan dan perlu menaiki 4WD yang disediakan oleh pihak Danz Eco Resort.
Tempat Penginapan Selesa
Disebabkan pergi dalam keadaan tidak dirancang, penulis memilih menginap di capsule yang memuatkan maksimum dua orang. Dalam ruang Capsule ini dilengkapi katil, penghawa dingin dan meja kecil. Tandas di luar kamar penginapan ya, tapi jangan risau jarak tandas dari bilik tak jauh pun. Tandas pun selesa dan bersih.
Penginapan jenis Capsule
Selain bilik jenis Capsule, terdapat beberapa pilihan lain seperti Camping, Glamping, Family Capsule dan Azalea. Pilih jenis bilik penginapan yang anda mahukan.
Penginapan jenis glamping
Penginapan jenis Azalea
Aktiviti Hari Pertama Bermula
Sampai saja di Danz Eco Resort, penulis mulakan dengan makan tengah hari yang sedap. Lauk-pauk yang disediakan semuanya masakan tempatan orang Pahang seperti yang paling popular, gulai tempoyak ikan patin.
Melawat Perkampungan Orang Asli
Selepas makan tengah hari, penulis bersiap-siap untuk aktiviti pertama iaitu melawat kampung Orang Asli Batek. Orang Asli di kampung ini dikatakan memang original.
Menurut kata pemandu pelancong , orang asli ini hidup nomad walaupun kerajaan menyediakan rumah, namun, mereka lebih selesa hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah di dalam hutan.
Mereka sangat pemalu dan tak banyak cakap. Banyak aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini seperti menyumpit, melihat rumah mereka, dan mengetahui cara hidup seharian mereka.
Mereka juga membuat kraftangan untuk pengunjung seperti cincin, gelang, sumpit kecil dan sebagainya. Sekali-sekala datang, bantulah beli hasil seni mereka.
Rapid shooting!
Sebenarnya inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengunjung. Pengunjung dibawa menaiki bot menyusuri sungai dan melalui beberapa jeram. Selain itu, semasa rapid shooting ini dinasihatkan pengunjung memakai pakaian dan bersedia untuk basah kerana perlumbaan antara bot dan melawan arus akan membasahkan seluruh bot. Pemandu bot juga akan ‘cucuk-cucuk’ bot lain. Handphone dan gajet yang tak boleh kena air, simpan elok-elok tau!
Rapid shooting di Sungai Tembeling
Campfire Dan Stargazing
Selepas makan malam dan BBQ, pihak Danz Eco Resort akan membawa pengunjung ke tepi sungai dan berehat menikmati suasana malam sambil bermain gitar, menikmati udara segar dalam hutan dengan unggun api. Tetapi malangnya masa penulis pergi, waktu malam hutan. Jadi, penulis hanya menikmati coffee di kafe secara percuma!
Stargazing di waktu malam
Aktiviti Hari Kedua Masuk Hutan
Selepas mengisi perut dengan bersarapan pagi di tepi sungai, penulis bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk hutan dan menempuhi cabaran hari ini!
Jungle Tracking Dan Canopy Walk
Bermula dengan jungle tracking ke Bukit Terisek. Trek perjalanan yang disediakan tidak susah untuk pengunjung ke puncak Bukit Terisek setinggi 334 meter yang mengambil masa 40 hingga 50 minit bergantung kepada tahap kecergasan pengunjung.
Canopy walk (jambatan gantung) terpanjang di dunia
Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan memberi pelbagai ilmu mengenai kehidupan dalam hutan. Jenis daun, daun berubat, daun wangi dan sebagainya. Pengunjung akan melalui bawah pokok kanopi yang tinggi dalam hutan.
Check point pertama di Bukit Terisek.
Anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan hijau yang tidak diusik. Sangat cantik dan menyegarkan. Dalam jarak 10 hingga 20 minit ke hadapan lagi, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Tahan yang berketinggian 2187 meter, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Bukit Terisek, ketinggian 334 meter
Tiba masanya penulis ke jambatan gantung canopy walk iaitu satu ikon Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Jambatan gantung atas pokok sepanjang 530 meter dan berketinggian 40 meter sehingga mendapat gelaran jambatan gantung terpanjang di dunia.
Selain itu, terdapat aktiviti tambahan sekiranya diperlukan oleh pengunjung seperti berkayak, water tubing, Air Terjun Teras, Lata Layang-Layang dan Panchor Harimau, menaiki bot ke Santuari Kelah dan Night River Safari
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masalah gatal kulit kepala sering berlaku, lebih-lebih lagi yang memakai tudung. Selain masalah kelemumur, ada punca lain yang menyebabkan kulit kepala selalu gatal.
Bertukar Produk
Sering bertukar dan mencuba produk baru salah satu punca kulit kepala gatal. Ada yang tidak sesuai dan mungkin mendatangkan keradangan kepada kulit kepala. Sebelum mencuba produk baru, kaji dahulu masalah rambut dan kulit kepala anda supaya tidak membazir.
Ikat Rambut
Jangan ikat rambut terlalu kuat atau ketat. Saraf dan otot rambut akan tegang menyebabkan kulit kepala gatal. Kalau ikat rambut terlalu ketat dan lama pun menyebabkan rambut mudah gugur dan rosak.
Kutu
Perkara ini sering berlaku jika tidak menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Kutu atau telur kutu menyebabkan kulit kepala gatal. Gunakan shampo atau ubat kutu untuk membersihkan kulit kepala. Lebih mudah jika anda potong rambut jadi pendek!
Kulit Kepala Terlalu Kering
Jika anda ada masalah dengan kulit kepala sensitif atau terlalu kering, dapatkan rawatan dan pastikan guna shampo yang sesuai dengan kulit kepala. Lembapkan kulit kepala hingga ke akar rambut untuk elak dari kegatalan.
Cuci Rambut
Jangan biarkan rambut anda tidak bercuci! Cuci rambut sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari seminggu. Punca kulit kepala gatal disebabkan minyak pada kulit kepala terkumpul dan menjadi kotor pada akar dan kulit rambut. Shampo yang anda guna dan urutan di kepala akan melarutkan minyak yang berlebihan dan membersihkan kulit kepala.
Jangkitan
Jangan sesekali biarkan kulit kepala lembap, terutama kepada yang berhijab. Pastikan kulit kepala dan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai tudung. Selain itu, bilas rambut anda dengan betul. Jangan tinggalkan sisa shampo atau perapi rambut pada kulit kepala.
Psoriasis
Psoriasis adalah masalah kulit kepala yang kering dan mengakibatkan tompok kemerahan dan berkerak. Masalah ini terjadi apabila sistem imun badan lemah, terlalu stress, jangkitan dan cuaca yang panas dan kering.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Beberapa penyanyi yang membuat ujian saringan COVID-19 selepas terbabit pada pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pada Jumaat dan Sabtu lalu disahkan negatif, semalam.
Laporan HarianMetro memaklumkan, mereka terdiri daripada Hael Husaini, Wany Hasrita, Stacy, Ernie Zakri, Syamel, Sherry Al Hadad, Haziq Hot FM, Dayang Nurfaizah, Zizi Kirana, Aina Abdul, Naim Daniel dan Tuju K-Clique.
Turut berkongsi hasil ujian saringan negatif adalah juri yang terbabit seperti Helen Yap dan Ajai.
Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang membuat persembahan pada episod pertama SFMM 35 disahkan positif wabak itu, kelmarin.
Pengacara program itu, Sherry Al Hadad berkata, dia akan membuat satu lagi ujian saringan pada hari ke-10 atau 12.
“Alhamdulillah atas berkat doa semua. Proses kuarantin masih dijalankan walaupun keputusan negatif. Hari ke-10 atau 12 saya akan melakukan ujian yang kedua.
“Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menguruskan kami semalam (kelmarin). Buat Alif Satar, kami doakan semoga Alif serta keluarga cepat sembuh,” katanya.
Bagi penyanyi, Stacy yang membuat persembahan pada Jumaat turut memaklumkan dia akan menjalani sekali lagi ujian saringan pada hari ke-10 atau 12.
“Alhamdulillah hasil ujian saya negatif. Terima kasih atas doa dan ucapan. Sekarang kena kuarantin sendiri sementara menunggu ujian kedua pada hari ke-10 atau 12 nanti,” katanya.
Penyanyi, Naim Daniel turut memuat naik laporan hasil ujian yang dibuat di pusat perubatan MSU, Shah Alam.
“Assalamualaikum semua, di sini saya ingin maklumkan hasil ujian saringan adalah negatif. Doa yang baik-baik,” katanya.
Wany Hasrita yang membuat ujian saringan di MSU Medical Centre menerusi hantaran di InstagramStory berkongsi laporan ujian itu.
Sementara itu, syarikat pengurusan Rocketfuel yang mewakili penyanyi Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman memaklumkan mereka tidak diharuskan menjalani proses kuarantin.
“Pihak pengurusan Rocketfuel ingin memaklumkan bahawa artis dan team di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang terbabit dalam SFMM 35 iaitu Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman disahkan negatif COVID-19.
“Walaupun tidak diharuskan menjalani kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak ini,” katanya.
Penyanyi, Ernie Zakri menerusi hantaran di Instagram berkata, dia tetap akan menjalani kuarantin sendiri di rumah.
“Syukur Ya Allah. Kami tidak diharuskan menjalani ujian saringan kedua dan kuarantin kerana bukan kontak rapat Alif Satar. Namun, langkah berjaga-jaga harus diambil. Keputusan saya adalah negatif, alhamdulillah.
“Ujian saringan kedua juga tidak perlu, memadai hanya sekali. Apa pun, kuarantin sendiri kena juga. Doakan kami. Kepada semua rakan terbabit, selamat menjalani kuarantin. Jumpa kembali nanti, insya Allah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengumumkan seorang artis yang menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, yang berlangsung sejak kelmarin, dijangkiti COVID-19 berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan.
STMB dalam kenyataan menyebut, artis terbabit sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Menurut kenyataan itu, artis terbabit menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mengetahui kontak rapat yang ditemuinya, Selasa lalu, didapati positif wabak itu, semalam.
Memetik laporan BHOnline, artis terbabit menjalani ujian mandatori COVID-19 yang dikendalikan KKM semalam dan disahkan positif, hari ini.
“STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan artis berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi mengurangkan risiko kebarangjangkitan kepada warga kerja dan semua yang terbabit dalam program SFMM35.
“Pada masa sama, kerja sanitasi di lokasi acara, Sri Pentas 2 juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, STMB memutuskan siaran langsung pentas akhir SFMM35 yang dijadualkan malam ini, ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kakitangan yang terbabit dalam produksi sudah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.
“Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan COVID-19,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Minyak wangi salah satu aksesori yang boleh dikatakan wajib bagi semua orang sebelum keluar rumah. Menyembur perfume membantu meningkatkan lagi keyakinan diri, membuatkan orang sekeliling selesa dan kurang tekanan.
Pemilihan bauan perfume melambangkan personaliti seseorang. Setiap orang memiliki taste yang berlainan, setiap bauan akan mencerminkan diri. Jadi, apa bauan yang menjadi pilihan anda?
Sebelum ketahui jenis wangi-wangian, ketahui dahulu perbezaan jenis perfume.
Parfum
Parfum boleh bertahan lebih kurang enam jam kerana kandungan cecair minyak wangi 15 hingga 30 peratus. Wangian lebih lama dan harga pun agak mahal.
Eau De Parfum (EDP)
Kepekatan cecair minyak wangi lapan hingga 15 peratus dan boleh bertahan dua hingga empat jam.
Eau De Toilette (EDT)
Rasanya ramai yang sudah tahu EDT bauan yang tidak kekal lama. Ketahanan bau EDT lebih kurang dua jam sahaja. Ia adalah jenis cologne dan mempunyai kepekatan wangian antara tiga hingga lima peratus sahaja. Bau lebih ringan dan sekejap.
Jenis-jenis wangian yang menjadi kegemaran anda akan menyerlahkan personaliti.
Campuran Buah
Semestinya wangian jenis fruity ini membawa penampilan yang fresh, mudah bersosial, peramah dan dikenali sebagai extrovert. Mudah membawa diri dan bergaul dengan orang sekeliling, mudah didekati dan sentiasa gembira.
Earthy
Wangian ini lebih kepada bauan semulajadi yang membawa imej yang berbeza daripada extrovert. Individu yang pendiam, suka menyendiri dan sukakan aktiviti individu. Bukan bermakna sombong tapi lebih selesa melakukan kerja berseorangan dan tidak suka mendapat perhatian.
Campuran Floral
Melambangkan dirinya yang sophisticated dan matang. Gaya yang moden menyerlahkan sifat cheecky dan unik. Boleh menghilangkan stress dan sentiasa ceria.
Citrus
Mempunyai keyakinan yang tinggi, sukakan cabaran dan idea baru. Wangian ini melambangkan keunikan pada setiap penampilan.
Bunga
Lebih menyerlahkan sifat feminin dan ciri kewanitaan seperti lemah-lembut, sukakan kecantikan bak perempuan Melayu terakhir. Wangian ini juga menampakkan diri seseorang yang rendah diri dan orang sekeliling menyukainya.’
Akuatik
Sentiasa bersemangat, mempunyai cita-cita tinggi, anggun dan mahal. Watak yang elegan mencerminkan seseorang lebih berdedikasi dan intelek dalam bidang yang diceburi.
Oriental
Memiliki sifat tersendiri. Cara pemikiran yang tinggi, bahasa tubuh yang menarik dan seksi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Nor Affendi Nurdin atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak, 53, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada jam 11.07 pagi tadi.
Pak Lah disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu.
Isteri Allahyarham, Rohamiza Ali, memberitahu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, suami sempat berbual biarpun pertuturannya tidak jelas.
“Ketika itu, saya hanya mengiyakan dan mengangguk. Arwah dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.
“Sejak sakit, arwah kerap berulang alik ke hospital.
“Doktor mengesahkan barah usus dihidap suami sudah merebak ke hati. Saya dan anak reda dengan takdir ini,” katanya kepada BHOnline.
Pak Lah ketika diberikan rawatan di hospital/gambar BHOnline)
Rohamiza berkata, jenazah suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Wakaf Tengah, Kuala Terengganu, selepas Asar.
Sepanjang perkahwinan Allahyarham dan Rohamiza, mereka dikurniakan tiga anak.
BHOnline pernah melaporkan tahap kesihatan arwah Pak Lah yang perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali.
Sepanjang rawatan, pergerakan arwah agak terbatas dan memerlukan bantuan kerusi roda selain sukar membuang air besar.
Pak Lah pernah bekerja dengan organisasi dikenali sebagai Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, PeopleOfRemarkableTalents (PORT) di Ipoh, Perak, sebagai pencipta lagu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG: Komposer A Ali atau nama sebenar, A Ali @ Hamdan Atan, 71, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi.
Isteri arwah, Latifah Khamis menyedari suaminya sudah pergi, kira-kira jam 8.30 pagi, lantas segera memaklumkan anak ketiga mereka, Norhuda.
ALLAHYARHAM A Ali (kiri) bersama rakan seperjuangan ketika menganggotai kumpulan Kembara
Norhuda berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.
Malah menurut Norhuda, ibu dan bapanya sempat menunaikan solat Subuh, pagi tadi.
“Emak beritahu selepas solat, arwah merenung ke luar jendela kira-kira jam 7 pagi tadi.
“Arwah beritahu emak, dia nampak lori mengangkut sampah. Tapi emak hairan kenapa lori sampah datang awal. Emak fikir itu sekadar imaginasi arwah.
“Selepas itu, arwah baring semula di katil. Sangka emak, arwah tidur nyenyak. Rupa-rupanya arwah bapa sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Jenazah kemudian dibawa ke hospital berdekatan,” katanya seperti dilapokan BHOnline.
Allahyarham A Ali dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor.
Bersama Latifah, Allahyarham yang juga bekas anggota kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir, dikurniakan sembilan anak dan lapan cucu.
Sepanjang karier seninya, arwah yang mampu bermain alat muzik seperti gitar, menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon menerusi lagu Menaruh Harapan yang memenangi Juara Lagu 1987.
Arwah juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pendaki yang baru berjinak dalam dunia pendakian diminta sentiasa melakukan latihan untuk menguatkan stamina agar mereka tidak terkandas di atas bukit seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.
Bera Hikers & Nature Outdoor, Hairul Azzuan Ishak, 35, berkata, malah mereka berisiko untuk mendapatkan kecederaan ketika berada di atas bukit sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Persatuan Mencari dan Menyelamat Malaysia (MOSARS).
“Bagi mereka yang kurang mahir selok-belok dalam hutan perlulah membawa malim sebagai jurupandu yang mempunyai kepakaran supaya tidak sesat.
“Tidak menggunakan malim yang mahir dalam selok-belok hutan ketika mendaki bukit antara punca kebanyakan pendaki bukit sesat, pastikan juga mengikut kawan-kawan atau berkumpulan dan jangan pergi bersendirian,” katanya.
“Perkara tersebut penting kerana kebelakangan ini banyak berlaku kejadian pendaki yang cedera dan juga sesat,” katanya ketika ditemui wartawan SAHIH.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, sepanjang 15 tahun dalam dunia pendakian, beliau mendapati trek dalam negara lebih mencabar berbanding luar negara.
“Dalam negara treknya sangat mencabar dan yang agak panjang, pendakian pula pada kecuraman 45 hingga 80 darjah, rintangan pokok dan kayu yang tumbang serta berselut.
“Sementara di luar negara, treknya agak mudah tetapi perlu menghadapi situasi cuaca yang agak sejuk,” katanya.
Katanya, beliau mula minat aktiviti mendaki sejak 2005 kerana suka mencabar diri selain mengenal diri sendiri.
“Sebenarnya banyak perkara positif yang dapat kita lihat apabila kita melakukan aktiviti riadah.
“Tidak terhitung jumlah bukit dan gunung dalam negara mahupun luar negara yang saya daki termasuk yang tersenarai dalam G7 dan G11.
“Dalam negara paling tinggi yang saya daki adalah Gunung Tahan iaitu 2,186 meter dan untuk luar negara, Gunung Fuji berketinggian hampir 5,000 meter,” katanya.
Ketika ini, beliau juga membawa isteri dan tiga anaknya namun bergantung kepada ketinggian bukit dan kemampuan keluarganya itu.
Beliau juga berkongsi, bagi perjalanan balik hari, pendaki perlu membawa beg bersaiz 30 liter, air, makanan ringan, ubat-ubatan serta bantuan sokongan seperti tongkat.
Sementara bagi perjalanan bermalam, perlu membawa beg bersaiz 50 liter sehingga 90 liter mengikut tempoh bermalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak pengasas produk kecantikan sangat ramai di Malaysia, ramai juga yang meragui kesahihan dan kualiti produk tersebut.
Sesetengah pengasas menggunakan produk timbang kilo untuk meghasilkan produk masing-masing.
Produk timbang kilo adalah produk kecantikan yang dijual tanpa kelulusan pihak tertentu. Produk yang dijual tidak mempunyai sijil yang sah. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kulit dan organ dalaman pada jangka masa yang panjang.
Sememangnya produk seperti ini memberi kesan yang cepat pada pengguna seperti melicinkan dan memutihkan kulit dengan masa yang cepat.
Baru-baru ini viral di Twitter @piargh, tweet video mengenai seorang wanita seperti sedang membuat krim timbang kilo.
Kepada pengguna di luar sana, pilih produk yang sah dan selamat digunakan untuk menjaga kesihatan diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!