Siapa dekat sini pasangan dia ada jambang? Kenapa korang pilih abang jambang? Haa sebenarnya lelaki berjambang ni lebih mudah memikat hati perempuan.
Ye, taste orang lain-lain tapi ada special kalau korang kenal dengan lelaki berjambang. Untuk lelaki, dah boleh start simpan jambang mulai sekarang, okay?
Gentleman
Selalunya hero filem mesti lelaki berjambang sebab nampak lebih gentleman dan lebih kelakian. Maksudnya nampak gagah dan kuat. Bak kata orang sekarang, bukan lelaki ‘jambu’. Ada jambang nipis-nipis pun dah kira okay dan tu, janji ada.
Unexpected
Lelaki berjambang ni susah untuk kita baca fikiran dan emosi mereka. Berselindung di sebalik jambang tu membuatkan mereka jadi lebih misteri. So, siapa nak try abang jambang, kena pandai mengayat, okay?
Berfikiran Jauh
Mereka dikatakan lebih matang dan yakin. Kalau pasangan korang berjambang, rasa selamat bila berjalan. Yela, nampak garang, kan?
Pandai
Bukan bermaksud lelaki tak ada jambang ni tak pandai tapi melihat daripada tokoh terdahulu seperti Alexander Graham Bell dan Abraham Lincoln. Kebanyakan mereka berjambang. Lelaki di luar sana, cuba tips ini mana tahu menjadi tapi jangan tebal sangat, takut pula.
Bergaya
Perasan tak kalau lelaki berjambang pakai apa-apa je mesti nampak handsome. Kalau tak bersiap pun handsome! Kalau bersiap bertambah handsome! Pernah tak korang nampak lelaki berjambang keluar pakai t-shirt je tapi nampak bergaya. Fuh, cair terus hati gadis-gadis.
Klasik
Rasanya ramai yang setuju, lelaki berjambang nampak klasik atau ada kelas tersendiri. Nampak charisma yang mereka ada tu. Bukan hanya pada fesyen mereka tapi perwatakan dan peribadi mereka nampak ‘mahal’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai perempuan yang suka bersolek. Masing-masing ada teknik tersendiri. Ada yang hebat melukis kening, ada yang pakar dalam pemilihan lipstick, ada yang pandai blend contour.
Ada juga yang tak reti nak pakai blusher. Blusher digunakan untuk menampakkan pipi kemerahan, manja dan segar. Tapi ada yang tak berani pakai blusher sebab takut nampak macam badut, terlalu merah macam ditampar, ada juga tak pakai sebab tak nak nampak over. Sebenarnya pakai blusher ni bukan setakat pergi event je, korang boleh pakai setiap masa cuma kena tahu cara apply mengikut bentuk muka supaya tidak nampak pelik.
Struktur muka yang berbeza memerlukan teknik blend yang berlainan. Jom tengok teknik memakai blusher yang betul untuk nampak lebih comel dan malu-malu gitu.
Muka Bujur
Muka lonjong atau oval perlu sapu blusher arah ke atas hujung pipi untuk nampakkan muka lebih lebar dan seimbang.
Muka Bulat
Yang muka bulat akan menampakkan struktur muka lebih luas. Jadi, untuk mengecilkan muka dan nampak halus, sapu blusher korang ke arah tepi pipi supaya tulang pipi lebih jelas. Barulah nampak muka runcing!
Muka Bersegi
Cara pakai blusher untuk korang yang mempunyai muka segi empat pula, naikkan tulang pipi dengan sapu blusher ke atas hujung kening.
Muka Bentuk Hati
Memiliki bentuk muka love ni selalunya runcing di dagu. Naikkan pipi dengan pemerah ke hujung mata.
Extra tips untuk korang, untuk memudarkan sedikit warna kemerahan pipi tu, gunakan foundation di tempat yang terlebih merah. Jangan padam guna air atau make up remover nanti banyak pula kena touch up. Hati-hati ya!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PILIH WARNA KUKU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULIT
Kuku adalah salah satu bahagian badan yang penting terutama kepada wanita. Jika kuku kotor dan tidak sihat boleh memberikan pandangan yang kurang baik. Jadi, jaga kebersihan dan kesihatan kuku.
Untuk menambahkan keceriaan hari-hari anda, warnakan kuku mengikut kesesuaian tona kulit. Jangan tersalah pilih warna nanti kuku over shadow dari baju yang anda pakai. Ini tips memilih pewarna kuku mengikut tona kulit.
Tona Kulit Kuning Langsat
Bersyukur jika anda memiliki kulit kuning langsat. Anda tidak mempunyai masalah dengan warna. Kulit bertona cerah sesuai dengan apa-apa warna. Untuk nampak jari lebih runcing, warnakan kuku anda dengan warna pastel dan warna lembut. Jadi, jika anda berkulit cerah sesuaikan warna kuku anda dengan penampilan seharian.
Tona Kulit Sawo Matang
Biasanya gadis di Malaysia berkulit sawo matang. Tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jadi, apa warna yang sesuai? Apa kata anda cuba bermain dengan warna nature. Warna semulajadi membuatkan anda lebih ayu dan lembut. Warna seperti nude, coklat, pink beige atau brown earthy. Tapi jika anda tampil lebih ceria, pilihlah warna oren, biru laut atau hijau yang tidak terlalu terang.
Tona Kulit Gelap
Kepada gadis berkulit gelap pilih warna yang nampak ‘mahal’, elegen dan kuat. Contoh warna yang anda boleh pilih seperti merah jambu, merah gelap atau ungu. Elak memilih warna pastel dan terang kerana membuatkan anda nampak lebih gelap dan highlight.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
Terdapat dua teori tentang asal usul baju kebaya.
Ada yang mengatakan perkataan ‘kebaya’ itu berasal daripada perkataan Arab “abaya” yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
Dipercayai orang Arab membawa baju “abaya” ke Nusantara sejak ratusan tahun yang lalu dan tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi.
Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
Teori yang kedua mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Di Malaysia, baju kebaya asalnya direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih.
Tangannya panjang dan lebar.
Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung.
Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.
Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.
Kerongsang yang besar di atas dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Baju kebaya mempunyai pelbagai gaya.
Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain.
Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin.
Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah.
Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
Terdapat beberapa jenis kebaya yang sering digayakan di negara kita antaranya ialah kebaya belah panjang, kebaya Kota Bharu, kebaya Riau-Pahang, kebaya nyonya, kebaya chitty, dan kebarung.
Kebaya belah panjang
Menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung pada acara majlis, mereka hadir dengan memakai kebaya sebagai warisan daripada kerajaan Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan.
Secara tradisi potongannnya labuh sehingga buku lali. Bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju.
2.Kebaya Kota Bharu
Kebaya ini dikenali sebagai kebaya Kota Bharu kerana secara tradisinya ia dipakai oleh wanita di Kota Bharu Kelantan.
Beza antara kebaya ini dengan yang lain adalah rekaan di bahagian depan dada baju kebaya berkenaan.
Bahagian depannya mempunyai kancing sama seperti kebaya Pulau Jawa terutama di Kota Bandung yang dipanggil kebaya kutu baru.
3.Kebaya Riau- Pahang
Di Pahang, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau-Pahang atau dipanggil kebaya turki.
Perbezaannya menerusi rekaan berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang.
Namun, bahagian depannya berbelah seperti baju kebaya lain malah turut dipasang dengan kerongsang di bawah kancingnya.
Kebaya Nyonya
Kebaya nyonya biasanya diperbuat daripada kain kasa rubia.
Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus.
Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister.
Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat kebaya nyonya terdiri daripada jenis bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah , kerana ia dilihat sesuai dengan status nyonya.
Kebaya nyonya juga terkenal dengan motif sulamannya yang beraneka dan cantik.
Kebarung
Kebarung merupakan gabungan antara baju kebaya dengan baju kurung.
Busana ini berasal dari selangor dan sangat popular serta diminati oleh wanita zaman awal 90-an.
Baju ini dilihat lebih sopan dengan potongannya yang labuh berbanding kebaya lain sesuai dipakai oleh wanita muslim.
Kebaya chitty
Kebaya ini biasanya dipakai oleh kaum India.
Sama seperti wanita selat atau nyonya, kaum India juga mempunyai kebaya tradisi mereka.
Kebaya chitty biasanya diperbuat daripada bahan legap berbanding dengan kebaya nyonya yang gemar menggunakan kain separa telus.
Terdapat dua jenis kebaya chitty sama ada ditambah dengan sulaman yang halus ataupun kosong.
Kebaya Saloma
Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai.
Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya.
Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian ‘asing’ bagi masyarakat Melayu ketika itu.
Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada.
Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya.
Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu.
Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!