2 MELECUR KERETA TERBABAS SEBELUM TERBAKAR
2 MELECUR KERETA TERBABAS SEBELUM TERBAKAR
Pendang: Pemandu dan penumpang sebuah Proton Saga FLX melecur pada kaki serta tangan selepas kereta itu terbabas sebelum hangus terbakar, pada kejadian berhampiran Kampung Putat di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, 3.32 petang.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Zukri Yusof tiba di lokasi, 3.44 petang, lapor HM online.
“Dua mangsa berusia 20-an selamat namun cedera akibat melecur. Mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang untuk rawatan,” katanya pada kenyataan.