Jasmizan Mohamad berkongsi gambarnya bersama murtabak feri yang popular di Jerantut Feri, Pahang.
Muratabak tersebut popular kerana terdapat pelbagai inti dan rasa yang diolah sesuai dengan teknologi makanan yang meluas dalam negara ini.
Antara yang popular adalah inti daging / ayam coleslaw dengan harga RM13.
Jasmizan berkata, majoriti pelanggan yang hadir dari luar Jerantut seperti Kuantan dan Wilayah Jengka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mohamad Stapar dari Pahang berkongsi kenangan berpeluang bergambar di Surau Kampung Masjid (Masjid Lama) berusia 96 tahun.
Pada tahun 1924, masjid tersebut dibina untuk kemudahan penduduk di Kuala Krau.
Namun pada tahun 1982 solat Jumaat telah dialihkan ke Majis Kuala Krau oleh Al-fadhil Tuan Qadhi daerah Temerloh kerana jemaah tidak mencukupi.
Kini, ia dijadikan surau bagi penduduknya untuk melakukan solat berjemaah dan melakukan aktiviti keagamaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah dan Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud turut singgah untuk solat di surau berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gerai bawah pokok bucida di tepi jalan ke kawasan Perumahan Awam Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 Jerantut menjadi lokasi damai dan tenang di bawah pepohon busida yang rendang dan redup.
Sambil menikmati mee kari, mee sup, laksa dan makan nasi berlauk disertai minuman cendol pelbagai citarasa. Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak menambah santai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perkongsian gambar oleh pemilik facebook dikenali Hanna Farhanna di laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official baru-baru ini menjadi perbualan lucu buat netizen.
Hanna Farhanna yang membuat kapsyen ” Bukan masak tak jadi, tetapi termenung tengok bibir ikan ini. Seksi seperti Angelina jolie.”
Hanna menyamakan mulut ikan tersebut seperti pelakon Hollywood yang terkenal dengan keseksian bibirnya itu.
Gambar tersebut mendapat 29,000 tanda suka, 2,000 komen dan 938 perkongsian.
Bieha Brandon berkata,” bengkak bukan main.”
Wisher Gurlz memberi komen,” ikan pun dah pandai botox.”
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mohd Azrul Fahami Kamarulzaman dari Kampung Kelibang, Kerdau di Temerloh berkongsi dengan pembaca SAHIH mengenai burung puyuh dibelanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Sehingga kini sebanyak 200 burung puyuh telah dipelihara sekaligus menjana pendapatan kepadanya.
Burung puyuh sangat enak digoreng garing selain masak lemak cili api, goreng berlada dan goreng kicap.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nor Afida Abu Kasim dari Kampung Teluk Melati, Chenor berkongsi resepi kuih tradisional masyarakat Pahang iaitu kuih pena,badak kubang dan dodol kukus.
Resepi kuih pena adalah seperti berikut :
Tepung pulut diuli menjadi doh dan dibentuk seperti bintang.
Kuahnya daripada santan pekat, air pandan, tepung gandum, dan sedikit gula.
Kemudian dituangkan ke dalam bekas yang telah dialas dengan daun pisang yang telah dibulatkan.
Kukus selama 12 sehingga 15 minit.
Resepi badak kubang :
Tepung pulut dibancuh bersama sedikit tepung pulut hitam dan dijadikan sebagai doh.
Inti pula daripada kelapa muda yg diparut kemudian dimasak bersama gula putih dan gula merah.
Kemudian tepung pulut yg telah dibulatkan tadi dimasukkan inti kelapa.
Sementara kuahnya pula daripada pati santan dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit garam.
Kemudian kuah dituangkan ke atas pinggan yg beralas daun pisang.
Dikukus selama 12 sehingga 15 minit.
Resepi dodol kukus:
Pati santan dimasak bersama sedikit garam sehingga menjadi tahi minyak.
Tepung pulut dibancuh bersama gula putih dan air gula merah.
Kemudian dituangkan ke dalam pinggan yg beralas daun pisang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siti Murni Mohd Nasir dari Kampung Tepus, Gunung, Kelantan berkongsi gambar biji betik yang besar dan unik.
Siti Murni menanam betik jenis kampung pada tahun lalu dan terkejut melihat biji betik besar memenuhi ruang rongga buah berkenaan ketika membelahnya.
Biji betik keras berwarna putih yang dikongsikan Siti Murni kepada pembaca SAHIH
Biji betik berwarna putih tersebut juga bersifat keras.
Bagaimana pun isi buah betik tersebut manis dan enak dimakan.
Lazimnya, biji betik berbentuk bulat kecil dan berwarna kehitaman serta banyak di dalam setiap buah betik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri Pahang berkongsi monumen strawberi yang dihasilkan daripada 1,876 botol minuman di Cameron Highlands.
Kakitangan SWCorp Pahang bergambar bersama monumen buah strawberi yang dihasilkan mereka
Monumen itu hasil usaha kakitangan SWCorp Pahang bersama Pejabat Cawangan SWCorp Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands pada Program Hari Perancang Bandar Sedunia dan Kempen Lets Do It Right 2020, baru- baru ini.
Botol-botol berkenaan dicat warna merah dan disusun dalam bentuk buah strawberi kerana Pusat Pelancongan Tanah Tinggi tersebut terkenal dengan buah beri itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang pembaca SAHIH, Pugiyana Husin dari Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang berkongsi gubahan bunga hantaran hasil tangannya.
Gubahan bunga hantaran ini sesuai diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang pada hari istimewa mereka seperti ketika sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan ulang tahun perkahwinan.
Perkongsian kreatif ini tentu menarik minat si penerima kerana di dalam jambangan ini, terdapat pelbagai jenis coklat yang enak.
Dihiasi dengan tiga kuntum bunga ros, sudah tentu ia tampak menarik dan mewah disamping dikelilingi bunga lavender.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sebuah perkongsian menarik daripada pembaca SAHIH, Nor Zehan Mohd Zaidin@Mohd Saidin dari Kampung Seri Damai, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Nasi lemak pandan kelongsong ajaib ini dimasukkan ke dalam periuk kera sebelum dikukus.
Nasi ini akan menjadi lemak dan berbau wangi.
Tipsnya, kelongsong periuk kera perlu dibasuhkan sehingga bersih.
Ia sesuai dimakan bersama sambal ikan bilis, telur goreng, timun dan juga dengan lauk lain seperti ketam dan udang.
Nor Zehan juga berkongsi resepi nasi lemak pandan kelongsong ajaib ini.
Gunakan beras biasa atau beras wangi..
Basuh dan toskan supaya air basuhan kering dan masukkan dalam periuk kera tersebut, masukkan separuh sahaja.
Kemudian kisarkan daun pandan dan ambil airnya.
Kisarkan pula bawang besar, halia, sedikit garam dan minyak masak.
Kesemua bahan kisar kemudian dicampurkan ke dalam santan dan masukkan pula ke dalam beras tadi.
Kemudian kukus selama 40 minit dan siap.