TAIPING – Seorang wanita cedera parah pada betis kiri selepas dipercayai diserang seekor beruk ketika sedang berjoging di Taman Tasik Taiping di sini kelmarin.
Satu video klip berdurasi 13 saat yang memaparkan kecederaan dialami mangsa hingga terpaksa dipapah tular di media sosial.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Dalam kejadian itu, seekor beruk jantan dikatakan telah menyerang wanita terbabit dan menggigit betis kirinya.
Ekoran kejadian itu, satu mesej tular di aplikasi WhatsApp meminta penduduk berhati-hati apabila kumpulan beruk menganggu pengunjung di lokasi riadah itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan awam.
GAMBAR HIASAN
Katanya, tinjauan dijalankan bagi menangkap haiwan tersebut namun tidak menjumpai kumpulan beruk di kawasan riadah berkenaan. “Kita telah menjalankan usaha untuk menangkap haiwan tersebut.
Setakat ini, tiada perkembangan kerana tidak menemui kumpulan beruk itu namun, pemantauan akan dilakukan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MERSING – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor menafikan video tular yang memaparkan seorang lelaki mati dipijak gajah yang didakwa berlaku di FELDA Tenggaroh, Mersing di sini.
Pengarah PERHILITAN Johor, Salman Saaban berkata, video berkenaan sebaliknya berlaku di Thailand pada 15 April lalu.
“Semakan telah dibuat dan mengesahkan kejadian bukannya di FELDA Tenggaroh, Mersing.
“Berdasarkan video ini adalah disyaki ianya berlaku di luar negara iaitu di Thailand,” katanya ketika dihubungi KOSMO! Online.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 2.27 minit yang memperlihatkan seorang lelaki cuba memberi makan kepada seekor gajah namun haiwan tersebut bertindak menyerang mangsa sehingga mati.
Melalui rakaman suara yang tular bersama video berkenaan memaklumkan kejadian berlaku di FELDA Tenggaroh, Mersing.
Salman berkata, laporan akhbar tempatan BangkokPost turut melaporkan berkenaan kejadian itu yang berlaku pada Khamis ketika lelaki berkenaan cuba memberi makan haiwan itu di Nakhon Ratchasima, Thailand.
“Saya menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu ghairah untuk menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kebenarannya atau berita palsu kerana ia akan menimbulkan keresahan yang tidak berasas kepada orang ramai.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Orang ramai dinasihatkan agar meyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan sebarang berita yang diterima,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Boleh dikatakan ramai penjual sekarang menggunakan platform media sosial atau e-dagang dan bersiaran secara langsung untuk memasarkan barangan jualan.
Dalam musim pandemik ini, berniaga atas talian mempunyai banyak pesaing dan memerlukan kepakaran untuk mengendali sistem yang disediakan.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @shykinn, membuat perkongsian mengenai seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang gigih menjual pewangi kereta menggunakan Shopee secara siaran langsung.
‘Tengok live Shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 orang je. So masuk je la sebab nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta dan rumah. Uncle ni OKU. Fasih sangat BM dia. Support la guys. Mesti dia seronok kalau ramai beli,’ tulisnya di akaun Twitter.
Setakat ini ciapan mendapat sambutan sebanyak 45.2k retweet dan 39.8k likes.
Tidak disangka-sangka, warganet begitu prihatin dan menyokong perniagaan pemuda itu dengan membeli pewangi yang dijual.
Hanya satu ciapan di Twitter, Foo Chia Keat, 31, mendapat pesanan beratus-ratus dalam masa 24 jam.
Chia Keat mulakan menjual pewangi kereta dan pewangi rumah dua tahun lepas kerana berstatus OKU, Chia Keat berusaha mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Lebih mengkagumkan pemuda ini fasih berbahasa Malaysia dan sentiasa menggunaka bahasa rasmi semasa bersiaran langsung.
‘Sambutan yang diterima membuatkan saya lebih bersemangat. Kini saya dibantu oleh rakan kerana menerima pesanan yang banyak’, katanya.
Melalui akaun rasmi Bliese HQ, @BliseHQ, pihak Bliese juga membantu Chia Keat menambah stok untuk pelanggannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JABATAN KESIHATAN PERAK SIASAT PELAJAR KENA KOMPAUN RM1,500
IPOH – Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya awal pagi tadi.
“Siasatan segera sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, lapor KOSMO online.
“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuatnaik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.
Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.
Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Penyanyi Datuk Nash dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki mangsa jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.
“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi, lapor KOSMO online.
Mohd. Said berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Melaka: “Sesiapa saja boleh mengambil sahaja kuih muih disediakan percuma untuk berbuka puasa,” kata Shikh Muhammad Makhdad Harun dari Taman Asean, Malim, di sini.
Katanya, kuih muih pelbagai jenis itu diletakkan di hadapan rumahnya untuk diambil orang ramai sebagai sedekah jariahnya sepanjang Ramadan tahun ini.
Menurutnya, usaha berkenaan dilakukan pada Ramadan tahun lalu selepas menyedari ramai terkesan dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.
“Tidak kira sama ada asnaf atau tidak, mereka boleh mengambil kuih muih itu selepas Asar dengan konsep pandu lalu tanpa perlu menulis nama atau memperkenalkan diri.
“Apa yang menggembirakan saya berikutan semua kuih muih pelbagai jenis itu termasuk karipap, koci, lapis, seri muka, ondeh-ondeh dan talam habis menjelang waktu berbuka puasa,” kata pengusaha bengkel kenderaan itu.
Shikh Muhammad Makhdad, 48, berkata, usaha terbabit antara usahanya untuk meringankan beban serta berkongsi rezeki dengan mereka yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan susulan Covid-19.
Menurutnya, lebih menarik apabila semua lima anaknya berusia 15 hingga 23 tahun turut membantu mengagihkan kuih muih, air atau apa sahaja mengikut situasi semasa.
Sementara itu, isterinya, Siti Zaidah Mohd Saleh, 50, berkata kuih muih berkenaan dibeli di bazar Ramadan dan penjual kuih, sekali gus merancakkan ekonomi masyarakat, lapor HM online.
“Kami memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan berkenaan kerana hanya untuk mendapat pahala dan kebaikan dunia serta akhirat.
“Selain kuih muih, dia turut menyediakan keperluan asas yang lain termasuk beras, tepung dan gula kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Satu video di laman Facebook memaparkan sepasang suami isteri memarahi pekerja restoran makanan segera kerana melakukan kesilapan ketika menyiapkan pesanan mereka tular, baru-baru ini.
Video yang berdurasi selama 55 saat itu mendapat perkongsian hampir 700 kali dan ratusan komen dari pengguna laman sosial tersebut yang majoritinya menyuarakan rasa kurang senang terhadap pasangan tersebut.
Rata-rata pengguna Facebook mahukan penjelasan daripada semua pihak tentang isu yang terjadi selepas melihat video tersebut.
Seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita itu memarahi pekerja restoran dengan kata-kata yang kesat mendapat perhatian seorang penghantar makanan, Affiq Azizi yang ketika itu sedang mengambil pesanan pelanggannya.
“Cakap elok-elok abang. Saya tahu dia (pekerja restoran) silap, tapi abang tidak perlu marah dengan kata-kata kesat. Hormatlah orang lain. Mungkin sebab puasa, dia agak letih,” katanya kepada pelanggan lelaki itu.
Pelanggan lelaki yang sedar dengan tindakannya itu sempat meminta maaf sebelum seorang wanita yang dipercayai isterinya memasuki restoran tersebut secara tiba-tiba dan memarahi penghantar makanan itu kerana mempertahankan pekerja restoran tersebut.
Sepanjang video itu dirakam, wanita tersebut memarahi pekerja restoran dan meminta mereka (pihak restoran) untuk melihat televisyen litar tertutup (CCTV) dan melaporkan kepada pihak atasan supaya pihak atasan mereka dapat melihat hal sebenar yang terjadi.
Wanita itu turut berkata, jika sudah membuat salah, seeloknya minta maaf. Dia sedar ketika ini ramai yang sedang berpuasa, tetapi jangan disebabkan itu, pekerja boleh melakukan kesilapan.
“Walaupun awak pekerja baru di sini, sekiranya awak buat silap, minta maaflah. Orang lain juga berpuasa pada hari ini, bukan awak seorang saja,” marah wanita tersebut setelah pengurus restoran menjelaskan bahawa pekerja itu merupakan pekerja baru di sini, lapor KOSMO online.
Kerana rasa amarah terhadap penghantar makanan yang merakam videonya, wanita tersebut memanggilnya dengan perkataan bodoh dan menyifatkan orang yang berpuasa ini orang yang bodoh dan terus keluar setelah tangannya ditarik oleh suaminya sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRIVIA KISAH PERCINTAAN QUEEN ELIZABETH BERSAMA PRINCE PHILIP
Pengumuman mengenai kematian Prince Philip mengejutkan ramai orang, hampir seluruh dunia mengetahui berita ini.
Prince Philip dan Queen Elizabeth melayari kisah percintaan hampir 74 tahun. Prince Philip meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle.
Jom tengok trivia mengenai percintaan mereka!
Keluarga Yang Besar
Mempunyai keluarga besar yang bahagia. Pasangan Diraja ini mempunyai 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Pertemuan Pertama
Pada tahun 1934, Princess Elizabeth berusia lapan tahun dan Prince Philip berusia 13 tahun berjumpa pertama kali di majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George.
Pertemuan Kedua
Pada 1939, pertemuan mereka ketika Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun. Ketika ini Princess Elizabeth membuat lawatan ke Toyal Naval College bersama keluarganya. Prince Philip adalah seorang kadet dalam latihan. Kemudian, selepas lawatan, mereka mula bertukar surat untuk berhubung.
Prince Philip Minta Restu
Bertahun sudah bercinta dan membalas surat, pada 1946 Prince Philip berusia 20 tahun meminta restu daripada King George VI, ayah kepada Princess Elizabeth untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Seterusnya, Prince Philip membuatkan cincin emas khas untuk kekasih hati dan menambah berlian daripada tiara ibunya. Pembuat cincin tersebut adalah Philip Antrobus. Tidak lama selepas itu, pasangan ini bertunang selepas menyambut hari kelahiran Princess Elizabeth.
Berkahwin
Pasangan ini berkahwin pada 1947 ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung pada Westminster Abbey.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan disajikan makanan tengah hari di Istana Buckingham. King George VI hanya menganjurkan majlis yang sederhana kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Melahirkan Anak
Selepas setahun usia perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran kedua dengan seorang puteri, Princess Anne Elizabeth Alice Louise. Ketika ini keluarga Diraja ini menetap di Malta.
Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia 25 tahun, Princess Elizabeth mewarisi tahkta ayahnya. King George VI mangkat pada tahun 1953, seterusnya Princess Elizabeth ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Queen Elizabeth II Menyambut Kelahiran Ketiga Dan Keempat
Pada tahun 1960 hingga 1964, Queen Elizabeth II sekali lagi melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
Selang 4 tahun seterusnya, pasangan melahirkan anak keempat, Prince Edward Antony Richard Louis.
Usia Perkahwinan Ke-25
1972, usia perkahwinan pasangan ini sudah 25 tahun. Queen Elizabeth II membuat kenyataan mengapakah beliau memilih Prince Philip sebagai peneman hidup.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
Usia Perkahwinan Ke-50
Pada 1997, Prince Philip berkongsi apakah perkara yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama 50 tahun.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
Prince Philip Bersara Dan Usia Perkahwinan Ke-70
2017, Prince Philip bersara. Sumber dari The New York Times, Prince Philip mengundurkan diri daripada tugas Diraja dan pada yang sama pasangan Diraja ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 tahun.
Usia Perkahwinan Ke-73
Pada tahun 2020, usia perkahwinan mereka yang ke-73. Ketika ini, mereka disambut dengan pelbagai jenis kad ucapan daripada cucu-cicit.
Berita Kematian Prince Philip
9 April 2021, berita kematian Prince Philip diumumkan.
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Sekeping lagi borang rentas negeri kosong dengan tandatangan tular dengan melibatkan Balai Polis Seksyen 6, hari ini.
Berdasarkan borang yang tular dengan tulisan
“Thank you tolong kali kedua, xyah beratur panjang-panjang. Ada cable (orang dalam) dah, mudah baseo sney kiro,”
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, Sarjan Mejar Mohd. Fadzli Ali.
“Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” jelasnya, lapor KOSMO! Online.
Terdahulu, KOSMO! Online melaporkan satu borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Kemaman di Terengganu iaitu Inspektor Mohd. Ramizan Ramli telah dipalsukan turut tular hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.
Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.
Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.
“Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah, ” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!