Genoa 1 (Pjaca 50′) Roma 3 (Mkhitaryan 45’+2′, 66′, 85′)
Atalanta 1 (Miranchuk 78′) Inter Milan 1 (Martinez 58′)
Torino 0 Crotone 0
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Real Sociedad 2 (Monreal 22′, Oiarzabal 27′-pen) Granada 0
Valladolid 2 (Orellana 19′-penalti, Andre 48′) Athletic Bilbao 1 (Williams 86′-penalti)
Levante 1 (Morales 51′) Alaves 1 (Lucas 4′)
Valencia 4 (Soler 35′-penalti, 54′-penalti, 63′-penalti, Varane gs-43′) Real Madrid 1 (Benzema 23′)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Penyerang import Pahang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan TokGajah itu selepas tersingkir dari Piala Malaysia, malam tadi.
Menerusi akaun Twitter rasminya, Nwakaeme meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pahang dalam ucapan yang sangat emosi.
AKAUN Twitter rasmi Dickson Nwakaeme
“Pertama sekali. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tengku Muda Pahang serta kepada semua kerabat diraja Pahang.
“Juga kepada pihak pengurusan, staf kejurulatihan, para pemain dan penyokong Pahang.
LUAHAN penuh emosi pemain import Pahang yang turut dikenali sebagai OrangBesi
“Saya bertanggungjawab di atas kekalahan menentang Kedah. Apa sahaja yang anda mahu katakan kepada mana-mana pemain, tolong lontarkan kata-kata itu kepada saya.
“Ketika semuanya berjalan lancar dan anda semua menyanyikan nama saya dalam setiap perlawanan. Saya menikmatinya. Sekarang saya juga suka menikmati sebarang kritikan,” katanya.
Nwakaeme berkata, sebagai pemain beliau sudah memberikan segalanya tetapi tidak bernasib baik untuk menang dengan pasukan yang lebih bagus.
TIADA lagi kelibat Nwakaeme bersama Pahang musim depan
“Saya selalu memberikan yang terbaik setiap kali saya memakai jersi Pahang.
“Tetapi kadang-kadang yang terbaik sahaja tidak mencukupi. Lebih menyedihkan lagi kerana ini adalah perlawanan terakhir saya sebagai pemain Pahang.
“Saya tidak mahu ia berakhir dengan cara ini. Dengan rasa kasih sayang dan rasa hormat untuk anda semua. Anak lelaki anda DN10 aka orang besi. Sekali bergelar Pahang selamanya kekal Pahang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ludogorets (BUL) 1 (Keseru 50) Tottenham Hotspur (ENG) 3 (Kane 13, Lucas 33, Lo Celso 62)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DIJANGKA DITURUNKAN DALAM AKSI MENENTANG SANTA CLARA
KUALA LUMPUR: Adakah rakyat Malaysia akan menyaksikan kelibat Safawi Rasid buat kali pertama dalam saingan liga utama Portugal?
Persoalan itu bakal terjawab apabila kelab Safawi, PortimonenseSC akan turun menentang pasukan SantaClara di Estádio Municipal de Portimão, Algarve, jam 11 malam ini, waktu Malaysia.
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun menyerahkan kepada jurulatih untuk membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak dalam perlawanan itu.
Malah, dia turut mengakui bersedia sepenuhnya jika diberi peluang membuat penampilan sulung di Liga Primeira.
“Sesi latihan berjalan lancar dan dapat mengikut corak latihan yang diterapkan oleh pasukan malah satu pengalaman berharga dapat menjalani latihan bersama pemain lebih berpengalaman,” katanya dipetik dari BHOnline.
Minggu lalu, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan pertama di liga utama Belgium, Jupiler Pro League bersama kelabnya, KVKortrijk.
Kelmarin, giliran pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh membuat penampilan pertama di Liga 1 Thailand bersama PoliceTeroFC ketika menentang Suphanburi.
Pemain kelahiran Gambia itu dimasukkan pada minit 72 dengan perlawanan itu menyaksikan PoliceTeroFC tewas 5-0.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan FELDA United dan UKM FC gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam, berkata ia berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan itu bagi saingan musim depan didapati tidak kukuh.
Stuart Ramalingam
Katanya, ia sekali gus turut menyebabkan FELDA United dan UKM FC tidak layak untuk menyertai liga anjuran MalaysianFootballLeague (MFL) bagi musim 2021, sama ada Liga Super atau Liga Premier.
“Terdahulu setelah proses penswastaan FC bersyarikat berakhir pada 30 September, FAM pada 5 Oktober mengumumkan status proses penswastaan FC bersyarikat kesemua 21 pasukan termasuk FELDA United dan UKM FC.
“Walaupun FELDA United dan UKM telah pun menyelesaikan proses penswastaan, perkembangan negatif pada masa itu berkaitan sokongan korporat dan pendanaan kedua-dua pasukan muncul.
“Ini memaksa FAM meminta penjelasan dan dokumentasi lebih lanjut daripada setiap pasukan dan pengurusan baharu yang berhasrat mengambil alih FELDA United dan UKM FC,” katanya menerusi kenyataan disiarkan Malaysiapost.
Beliau berkata, bagi FELDA United, biarpun mereka melengkapkan proses penswastaan FC bersyarikat dan telah diluluskan, namun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerusi satu siaran media pada 5 Oktober 2020 menyatakan FELDA United tidak akan menyertai Liga Super atau Liga Premier mulai musim 2021.
“Susulan itu, pihak pengurusan baharu FELDA United iaitu FUFCTheFightersSdnBhd telah mencari pelabur baharu tetapi selepas penelitian ke atas dokumen kewangan yang dikemukakan, FAM mendapati kedudukan kewangan pengurusan dan pelabur baharu tidak cukup kukuh untuk mereka harungi satu musim penuh liga pada 2021.
“Bagi UKM FC pula, pada tarikh akhir iaitu 30 September 2020, FAM telah dimaklumkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap urusan penggajian dan kewangan UKM FC.
“Susulan itu juga, pihak pengurusan baharu UKM FC iaitu VarsityBoysSdnBhd telah mendapatkan pelabur baharu tetapi selepas penelitian ke atas dokumen kewangan yang dikemukakan, FAM turut dapati bahawa kedudukan kewangan pelabur baharu tidak cukup kukuh,” katanya.
Stuart memaklumkan, FAM telah mengambil proses ini dengan serius bagi memberi peluang kedua-dua pasukan mendapatkan pelabur baharu dalam memastikan kebajikan pemain dan pegawai dijamin.
“FAM membuat keputusan ini bagi mengelak permasalahan berkaitan gaji pemain dan pegawai yang mungkin berlaku lagi pada musim 2021 jika sesebuah pasukan itu didapati tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk bertahan sepanjang musim,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: “Takkan sampai minta tarik semula kad pengenalan Sumareh?”
Itu antara pertanyaan bekas jurulatih Mohamadou Sumareh, Mohd Fauzi Pilus ketika diminta mengulas mengenai hukuman diberikan penyokong bola sepak apabila ada segelintir yang mahukan kerakyatan pemain naturalisasi pertama negara itu ditarik semula.
Ia susulan keputusan penggantungan dua tahun yang dikenakan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) ke atas pemain sayap itu selepas didapati melanggar terma dalam kontrak walaupun Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama pasukan itu.
Jelas Fauzi yang pernah membimbing Sumareh ketika di PDRM, penghakiman yang diberikan sekelompok penyokong dianggap terlalu melampau dengan dia percaya pemain itu memiliki sebab yang munasabah untuk mengambil tindakan sedemikian sebelum berhijrah ke Thailand.
Mohd Fauzi Pilus.
“Bagi saya, tidak logik kalau disebabkan isu ini, ada yang meminta kerakyatan Sumareh ditarik balik. Kita harus ingat dia adalah prospek bola sepak negara dan faktor dia diberi kerakyatan adalah kerana dia memiliki kemampuan untuk membantu skuad kebangsaan.
“Untuk itu, kita haruslah berfikiran terbuka. Takkan sebab satu perkara sahaja, kita terus lupakan apa yang sudah dan akan diberikan oleh Sumareh kepada bola sepak kita selepas ini.
“Sumareh dikatakan membatalkan kontrak sebab tidak dibayar gaji. Kalau betul dia tidak dibayar gaji, bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan?,” kata Fauzi.
Dalam masa sama, Fauzi yang kini bertugas sebagai Pengarah Teknikal PDRM menyifatkan keputusan PBNP menggantung Sumareh sebagai satu tindakan yang terburu-buru.
“Kalau dilihat, PBNP seakan mendahului Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana kes membabitkan Sumareh ketika ini sudah dipanjangkan kepada FIFA.
“Mungkin PBNP pun ada alasan yang tersendiri apabila mengambil tindakan sedemikian tetapi seeloknya biarlah mengikut proses yang sewajarnya,” katanya
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Sabah terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2020 yang bakal membuka tirai pada 6 November ini, akibat pandemik COVID-19 yang masih mengganas di negeri berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Ab Ghani Hassan yang mengesahkan bahawa kejohanan berprestij itu akan diteruskan mengikut jadual, berkata Sabah tidak dapat pelepasan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November.
Malah, bagi aksi terakhir Liga Super antara Sabah dan UiTM FC yang tertunda sejak 11 Oktober, sebelum dijadualkan semula ke 31 Oktober di Stadium Hang Jebat Melaka, UiTM FC diberikan kemenangan 3-0 selepas permohonan laluan khas skuad Sabah tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Permohonan pengecualian bagi pasukan Sabah tidak diluluskan sehingga menyebabkan perlawanan Liga Super yang tertunda tidak dapat dilangsungkan. Tempoh kuarantin kendiri wajib selama 14 hari (sekiranya pasukan Sabah tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada hari ini) melangkaui tarikh perlawanan pusingan pertama (kalah mati) Piala Malaysia.
“Justeru, pasukan yang bakal diundi bertemu pasukan Sabah di pusingan pertama Piala Malaysia 2020 diberikan kemenangan 3-0 dan seterusnya layak ke suku akhir. Sabah kekal sebagai pasukan Liga Super untuk musim 2021 dan tiada hukuman bakal dikenakan terhadap Sabah kerana isu ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini .
Ab Ghani berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-23 semalam, dengan undian Piala Malaysia akan diteruskan seperti dijadual pada Ahad ini.
Mengulas mengenai pasukan yang sedang di bawah PKPB seperti Selangor, Petaling Jaya (PJ) City FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur, Ab Ghani berkata pihaknya akan membantu kelab-kelab berkenaan berkaitan proses untuk bermain di venue zon hijau.
“Sudah pasti kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa menjadi agenda utama buat MFL ketika dalam pandemik COVID-19 dan ia akan menjadi tanggungjawab bersama dalam menjayakan kejohanan ini,” katanya.
Format Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah mati sejak pusingan pertama melibatkan 16 pasukan (11 Liga Super, lima Liga Premier ) sehingga ke pusingan suku akhir (12 dan 13 November), separuh akhir (17 November) tanpa aksi timbal balik sebelum aksi final pada 22 November.
Ahli Lembaga Pengarah MFL juga memutuskan format kenaikan dan penyingkiran Liga Super kekal seperti biasa, selepas tiada penyingkiran di Liga Premier susulan Liga M3 2020 dibatalkan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan percaya keputusan dibuat oleh MKN itu demi mengutamakan keselamatan semua pihak susulan penularan wabak COVID-19 yang masih membimbangkan khususnya di Sabah ketika ini.
“Tentulah keputusan ini masih mengejutkan kami semua tetapi saya bersama pemain memahami hal ini kerana semestinya kita harus tetap mematuhi arahan dikeluarkan oleh MKN dan pihak kerajaan, jadi sebagai warganegara yang prihatin, kami menerima keputusan ini.
“Apa pun, ia tidak akan melunturkan semangat kami untuk memastikan terus menjadi sebuah pasukan kuat bagi mengharungi musim 2021 walaupun hakikatnya ketika ini, pastinya semua masih sedih kerana tidak dapat beraksi dan terpaksa melupakan aksi Piala Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.
Perkembangan itu menyaksikan Sabah mengakhiri kempen Liga Super 2020 di tempat ke-10 daripada 12 pasukan dengan mengumpul sembilan mata, manakala UiTM FC melonjak ke tangga keenam dengan 17 mata.
Sumber: Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DORTMUND, Jerman: Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland menyelamatkan maruah Borussia Dortmund menerusi gol lewat permainan awal pagi tadi ketika skuad dari Jerman itu menang 2-0 mengatasi Zenit St. Petersburg pada Liga Juara-Juara sambil bos mereka mengakui tidakakanmencatatnamadalamsejarah.
Jaringan Sancho pada minit ke-77 menerusi penalti dan gol pada tambahan masa oleh Haaland menentukan kesudahan perlawanan memihak kepada Dortmund lantas memberikan mereka tiga mata pertama dalam kempen Kumpulan F.
“Hari ini sukar. Kami banyak mengawal bola dan kami perlu bersabar dan tidak tergesa-gesa,” kata Haaland kepada Skysports.
“Kami sedar peluang akan muncul, dan pada penghujungnya ialah tiga mata penting,” katanya.
Selepas tewas 3-1 di tempat lawan bertemu Lazio pada saingan pembukaan minggu lalu, kelab Bundesliga itu berdepan tekanan untuk mendapatkan tiga mata.
“Selepas perlawanan menentang Lazio, kami perlukan kemenangan, dan anda boleh lihat ada sedikit tekanan. Ia sesuatu yang melegakan,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc sambil berkata perlawanan itu “tidak akan mencatat sejarah.”
Selepas beraksi di depan beberapa ratus penyokong, Dortmund terpaksa menutup terus stadium mereka semalam selepas keputusan pihak berkuasa tempatan dan wilayah berikutan pertambahan kes COVID-19.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISTANBUL: Dua jaringan Moise Kean pada babak kedua memberikan Paris Saint-Germain kemenangan 2-0 berdepan Istanbul Basaksehir dekat Turki ketika kelab dari Perancis itu kembali bangkit dalam Liga Juara-Juara namun Neymar mengalami kecederaan.
Pemain termahal dunia itu dikeluarkan sebelum setengah jam permainan dan terus ke bilik rawatan PSG.
Dia digantikan oleh Pablo Sarabia, namun tanpa pemain Brazil itu, pelawat mencipta kemenangan selepas rehat dalam saingan tanpa insiden tidak diingini di sebalik ketegangan diplomatik antara Turki dan Perancis.
“Ia membabitkan otot ‘adductor’ tetapi saya harap ia bukan kecederaan serius. Dia tidak rasa bagus dan kerana itu dia dikeluarkan,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengenai Neymar.
Bagaimanapun keputusan itu membolehkan PSG, naib juara musim lalu, memulakan rentak dalam Kumpulan H, seminggu selepas mereka tewas 2-1 di laman sendiri kepada Manchester United.
“Ada banyak kecederaan, dan mungkin kini masanya buat kami bertarung, cuba menang perlawanan yang mungkin menjadi perlawanan terhebat dalam sejarah PSG,” kata Tuchel.
“Mungkin kami boleh lakukan lebih baik, tapi ketika ini ia sukar.”
Sumber : AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!