TURIN: Juventus sedia menawarkan kontrak lumayan kepada Cristiano Ronaldo yang menyaksikannya akan kekal bersama gergasi Itali itu sehingga usia 38 tahun.
Bintang sensasi Portugal itu yang akan genap 36 tahun esok, sudah meledak 19 gol daripada 20 penampilan pada saingan Liga Juara-Juara dan Serie A musim ini.
Kontrak semasa Ronaldo dengan gaji £540,000 (RM3 juta) seminggu akan berakhir pada musim panas 2022.
Namun, Tutto Sport mendakwa, Juventus akan cuba mengekalkan Ronaldo untuk tempoh setahun lagi kerana mereka percaya dia masih kekal menjadi aset utama meskipun ketika itu bakal berusia 38 tahun.
Laporan itu dipetik berkata, ejen Ronaldo, Jorge Mendes belum mengadakan perbincangan tetapi kontrak awal sudah dirangka.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Keinginan Ronaldo untuk meraih kejayaan masih tinggi selepas dia dilihat kecewa ketika dikeluarkan pada aksi separuh akhir Piala Coppa Italia bertemu Inter Milan, Selasa lalu.
Perkembangan terbaru itu sekali gus menafikan hasrat Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Manchester United yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.
Tahun lalu Ronaldo mendedahkan dia mahu kekal beraksi di pentas tertinggi sehingga berusia 40 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BARCELONA: Lionel Messi dilaporkan sudah bersedia menyaman lima suspek yang dipercayai membocorkan kontraknya bersama Barcelona yang bernilai 492 juta pound (RM2.72 bilion).
Ahad lalu, surat khabar Sepanyol, El Mundo menyiarkan laporan penuh mengenai kontrak mega bintang Argentina itu di Nou Camp.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Jumlah itu termasuk gaji tetap, hak imej, pendapatan lain serta cukai yang perlu dibayar oleh Barcelona untuk memintas jumlah rundingan bintang NFL, Patrick Mahomes bersama Kansas City Chiefs yang berjumlah 402 juta pound (RM2.2 bilion).
Salah satu daripada bonus itu adalah pembayaran pembaharuan bernilai 102 juta pound (RM565 juta) hanya untuk menandatangani kontrak pada November 2017.
Malah, pemain berusia 33 tahun itu boleh meninggalkan pasukan secara percuma apabila kontraknya berakhir Jun depan.
Pendedahan kontrak itu jelas menyebabkan kem Messi marah dan berdasarkan laporan radio Catalan RAC1, pemain itu mahu mengambil tindakan undang-undang.
Laporan berkenaan mendedahkan Messi dan pasukannya percaya lima individu di Barcelona yang tahu dan mempunyai maklumat mengenai kontraknya itu.
Lima individu itu ialah bekas presiden, Josep Maria Bartomeu; bekas naib presiden, Jordi Mestre; Ketua Pegawai Eksekutif Òscar Grau; presiden interim, Carles Tusquets; dan ketua undang-undang kelab itu, Romàn Gómez Ponti.
Bartomeu, yang meletak jawatan Oktober lalu dan mempunyai hubungan tegang bersama Messi ketika dia tidak dibenarkan meninggalkan pasukan, secara terbuka sudah menafikan terbabit dalam kebocoran maklumat itu.
GAMBAR IHSAN AGENSI
“Saya tidak terbabit,” kata Bartomeu kepada stesen televisyen Sepanyol.
“Ini adalah kesalahan serius kerana membocorkan kontrak profesional pemain kepada media.
“Amat mudah membuat tuduhan tetapi ini bukan jenaka dan sudah pasti ia akan berakhir di mahkamah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Mike Tyson menentang Evander Holyfield III akan berlangsung di Timur Tengah pada tahun ini dengan 200 juta pound (RM1.1 billion) akan menjadi pertaruhan bagi pertarungan ulangan itu.
SunSport difahamkan pasangan veteran dengan kombinasi usia mencecah 112 tahun itu sedang dalam perbincangan untuk aksi trilogi yang akan diadakan di Dubai.
Susulan kejayaan Tyson yang kembali bertarung menentang Roy Jones Jr di Los Angeles, Baddest Man on the Planet itu kini sedang mempertimbangkan tawaran daripada salah satu tempat terkaya di dunia ini untuk satu lagi pertarungan, lapor Agensi.
Anthony Joshua mengutip 200 juta pound (RM551 juta) untuk menewaskan Andy Ruiz Jr di Arab Saudi pada 2019 dan UFC menikmati ‘tempoh berkurung’ mereka dengan hebat di Abu Dhabi di mana peraturan COVID-19 tetap dipatuhi dan wang besar masih boleh diperoleh.
Dengan Tyson yang berusia 54 tahun membuktikan dirinya masih boleh menjadi tarikan besar, dia mungkin sekali lagi mampu menjadi watak utama dengan pentasnya kini adalah di gurun.
Dua jaguh heavyweight itu pernah bertempur sebanyak dua kali di mana Holyfield memenangi aksi pada November 1996 selepas 11 pusingan.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Pertarungan semula yang dilangsungkan tujuh bulan kemudian menjadi salah satu pertarungan paling diingati dalam sejarah apabila Tyson menggigit cuping telinga Real Deal itu.
Sebagai rekod, Tyson menikmati keuntungan apabila bertinju dengan Jones Jr yang jelas menjadi satu kejayaan yang besar.
Pertarungan Tyson dan Jones di Los Angeles itu mendapat sambutan hangat oleh penyiar di mana BT Sport berpuas hati dengan jumlah penyokong yang membayar pertarungan berharga 19.95 pound (RM110) meskipun pertarungan berlangsung pada jam 5 pagi.
Holyfield sepatutnya menjadi lawan buat Tyson yang kembali bertarung selepas 15 tahun bersara namun ia tidak menjadi kenyataan sekali gus memberi peluang kepada Jones Jr.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Ketika rakan lain sudah mula mengikuti sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia (Liga M), namun episod sebaliknya berlaku kepada bekas penyerang kebangsaan, Mohd Fauzi Roslan.
Menurut pemain kelahiran Pekan itu, sehingga kini dia masih tercari-cari pasukan baharu yang sudi menggunakan khidmatnya selepas kontrak bersama Sarawak United tidak disambung sebelum ini.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Hati saya masih kuat ingin terus beraksi dalam saingan Liga M bagi tempoh beberapa musim lagi. Saya masih lagi mampu memberi persembahan terbaik sekiranya diberi peluang,” katanya yang mula dikenali selepas mewakili Pahang.
Mohd Fauzi atau Kojie memberi jaminan dapat mempamerkan persembahan diharapkan sekiranya diberi kepercayaan jurulatih kerana faktor usia bukan penghalang untuk dia menyerah kalah, lapor BH Online.
Katanya, bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga dia kini mengusahakan perniagaan steamboat dan sup tulang masak kicap di Pekan.
“Walaupun tempoh pendaftaran pemain untuk saingan Liga M hampir penghujungnya namun saya tetap berdoa supaya impian meneruskan kerjaya bola sepak profesional menjadi kenyataan.
“Saya ingin bermain dua hingga tiga musim lagi sekiranya ada pasukan berminat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Selangor FC melancarkan jersi home bagi musim 2021 yang diinspirasikan daripada ikon bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh.
Selangor FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jersi yang menerapkan elemen Legasi Mokhtar Dahari itu diilhamkan daripada rekaan jersi yang disarung oleh The Red Giants hanya untuk sekali ketika menjulang kejuaraan Piala Malaysia ke-27 pada tahun 1986, iaitu ketika Allahyarham sebagai tonggak utama pasukan.
“Selangor FC berharap jersi home musim 2021 yang bertemakan legasi Allahyarham Mokhtar Dahari dan pasukan Selangor 1986 itu dapat membawa aura kejuaraan serta meniup semangat perjuangan kepada semua pihak berkepentingan pasukan dalam misi memburu kejayaan tahun ini ” kata kenyataan rasmi Selangor FC
“Jersi home 2021 ini masih mengekalkan beberapa elemen penting pada tahun 1986 antaranya warna merah, kuning dan hijau diambil daripada bendera Raja Muda Selangor sebagai penghormatan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ketika itu merupakan Raja Muda Selangor serta penyokong nombor satu pasukan.
“Selain itu, kedudukan lambang Selangor FC juga diletakkan pada bahagian kanan dada seperti jersi asal bagi mengetengahkan elemen retro jersi home musim ini,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.
Selangor FC menyatakan lambang istimewa SuperMokh turut diabadikan di belakang jersi home musim ini sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham.
Menurut pasukan itu, walaupun tema dan konsep jersi home itu juga berlandaskan unsur retro, terdapat beberapa elemen moden yang digarap supaya ia bersesuaian dengan rekaan kontemporari.
“Perbezaan terbesar antara jersi musim ini dengan yang asal ialah hiasan motif kelopak bunga di bahagian warna kuning jersi, melambangkan bunga rasmi negeri Selangor iaitu bunga tanjung,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, jersi edisi musim ini juga mempunyai bendera quarterfly merah kuning pada dada dan riben bertulisan 85 Years Creating A Legacy yang disematkan pada bahagian belakang kolar, sempena sambutan 85 tahun penubuhan pasukan Selangor FC.
“Pihak pengurusan Selangor FC juga telah memutuskan untuk membuat kelainan tahun ini dengan memilih warna kuning sebagai warna utama jersi home setelah sekian lama tidak digunakan.
“Selangor FC berharap jersi home musim 2021 yang bertemakan legasi Allahyarham Mokhtar Dahari dan pasukan Selangor 1986 itu dapat membawa aura kejuaraan serta meniup semangat perjuangan kepada semua pihak berkepentingan pasukan dalam misi memburu kejayaan tahun ini,” menurut kenyataan tersebut.
Jersi retro yang simbolik dan penuh bersejarah itu kini boleh dibeli melalui SelangorFC.com dengan harga RM109 untuk edisi pemain manakala edisi penyokong hanya akan dikeluarkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
Penyokong Selangor yang berdaftar sebagai pemegang Red Giants Team Card 2021 pula akan menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk setiap pembelian jersi pada tahun ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NICOL MENANG ANUGERAH ATLET TERUNGGUL SEPANJANG ZAMAN
NICOL TERIMA 318,943 UNDIAN YANG DIADAKAN SEJAK 8 JANUARI LALU.
KUALA LUMPUR: Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, sebentar tadi.
Nicol menerima menerima 318,943 undian untuk meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Sebaik undian ditutup pada jam 9 malam tadi, bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu nyata unggul apabila menerima 318,943 undian yang diadakan secara dalam talian sejak 8 Januari lalu.
“Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.
“Ia sesuatu yang agak mengejutkan untuk saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain dan saya bersyukur untuk perkara ini. Diharapkan kejayaan ini mampu menarik perhatian dunia terhadap sukan skuasy.
“Saya berbangga dapat mewakili negara saya dan Asia,” kata Nicol yang menjadi atlet tunggal dari Asia yang dicalonkan.
Bekas pemain skuasy negara, Nicol pernah menduduki sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut.
Jumlah undian yang diterima Nicol itu jauh meninggalkan pencabar utamanya yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian untuk berada di tempat kedua.
Legenda powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undian.
Sebagai rekod, pemain hoki dari India, Ritu Pani memenangi anugerah terbabit bagi edisi 2019.
Anugerah terbabit dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan untuk ulang tahun ke-40 acara sukan dunia.
Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Leong Mun Yee berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyenaraikan atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan dalam kumpulan yang diberi keutamaan bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.
Dia yang sudah pun melayakkan diri menerusi acara 10 meter platform seirama bersama gandingannya, Pandelela Rinong, berkata vaksin itu dapat memberi jaminan kepada atlet bagi menghadapi temasya terbesar dunia berkenaan.
“Keutamaan sudah pasti perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan. Namun, kami juga berharap atlet yang layak dapat dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin sebelum beraksi pada Sukan Olimpik nanti.
Atlet terjun negara, Leong Mun Yee
“Ini akan membuatkan kami berasa lebih selamat untuk pergi ke luar negara terutama ke Tokyo nanti,” katanya yang akan membuat penampilan kelima pada Sukan Olimpik selepas Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Sementara itu, atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy turut senada dengan Mun Yee dan menyifatkan ia akan lebih memudahkan mereka sekiranya perlu melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik di luar negara.
“Mmang sangat bagus kalau kerajaan beri vaksin kepada atlet yang layak ke Sukan Olimpik. Kami pun mungkin akan keluar negara bagi melakukan persiapan.
“Jadi, sedikit sebanyak vaksin itu bantu meningkatkan lagi tahap keyakinan kami bagi melakukan persiapan dan dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti COVID-19,” kata Khairulnizam yang layak ke Tokyo bagi kelas laser lelaki.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Invovasi dan Teknologi (MOSTI), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membolehkan atlet negara ke Sukan Olimpik menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum ke Tokyo.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut menggalakkan atlet yang akan bertanding di Tokyo mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, lapor BH Online.
Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan selama setahun akibat pandemik COVID-19 akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini dijangka sengit dan mendebarkan apabila buat julung kali jentera Benelli turut bersaing kelas perdana CP150.
Ini selepas pasukan berpangkalan di Seremban, TKKR Racing Team bercadang menggunakan jentera Benelli.
Prinsipal pasukan, Bobie Farid berkata, TKKR bakal menurunkan dua pasukan bagi menghadapi kelas perdana itu dengan pasukan senior kekal menggunakan jentera Yamaha manakala junior bersaing dengan motosikal Benelli.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Selepas 27 musim bersaing, kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS masih didominasi Honda dan Yamaha,” kata Bobie.
“Menerusi percaturan terbaru ini, pasukan kami berniat merancakkan lagi persaingan dalam kelas perdana itu.”
Sebelum ini, pasukan yang berada di tangga kelima daripada lapan pasukan keseluruhan dalam kelas CP150 bagi musim lalu itu sudah melakukan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun bersama jentera Benelli, lapor BH Online.
“Buat masa ini, kami akan menggandingkan dua pelumba muda, Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dan Mohd Faiz Zekri Sabri dalam pasukan junior CP150,” kata Bobie mengenai senarai pelumbanya musim ini.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Persaingan musim 2021, jentera Benelli secara rasminya akan turun litar buat kali pertamanya. Jadi, kami tidak akan menetapkan sasaran untuk tahun pertama ini kerana kami memerlukan banyak lagi data daripada perlumbaan sebenar untuk terus memajukan jentera ini,” tambahnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kenapa tidak bincang dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dahulu?
Itu pertanyaan yang dilontarkan Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas jurulatih KL United, Simon Elissetche yang bertindak membuat tuntutan berjumlah RM3.5 juta ke atas pasukan itu.
Tuntutan itu dibuat atas alasan penamatan kontrak yang dibuat tanpa alasan yang munasabah selain pengendali itu didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah.
Bagaimanapun, Nokman berkata tawaran kontrak sebagai jurulatih itu sebenarnya ditawarkan oleh KLFA dan bukannya KL United sekali gus menyaksikan Simon perlu berjumpa dengan KLFA untuk mengadakan perbincangan.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Kalau kata dia ada perjanjian, maka perjanjian itu dengan KLFA dan bukan dengan KL United sebab KL United sudahpun diswastakan. Kita pun tidak pernah cakap yang dia ditolak. Tiada masalah pun kalau kita ambil dia sebagai pengarah teknikal ataupun jurulatih skuad muda.
“Dulu kita tawarkan jadi jurulatih tetapi sekarang KL United sudah diswastakan. KLFA jadi persatuan negeri (FA), jadi tiada tempat untuk dia tetapi kita boleh cari tempat lain. Mungkin jurulatih bawah 21 tahun (B-21), B-22 atau pengarah teknikal, tengoklah pada keadaan.
“Tetapi dia kena datang berbincanglah dengan kita. Sepatutnya kalau dia ada masalah, dia hubungi kita dahulu dan itulah yang sebetulnya kerana kontrak itu daripada KLFA dan bukan KL United.
“(Saman) itu saya tidak tahu dan saya kena tanya peguam sama ada boleh pakai atau kalau dia mahu lawan, lawanlah. Saya tidak boleh mengulas lanjut sebab saya pun tidak tahu apa yang berlaku.
“Kalau dia mahu saman, biarlah. Kita pun boleh buat saman tetapi pada saya, salah. Sepatutnya datang berbincang dengan KLFA baru jumpa media. Jangan bincang kemudian sebab kalau sampai ke peguam, ada yang tidak kenalah,” katanya.
Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan apabila KL United bakal diheret ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes Simon itu.
Peguam Simon, Zhafri Aminurashid menegaskan ia adalah kes penamatan kontrak sebelah pihak di mana KL United tidak mahu meneruskan kontrak bersama Simon dengan alasan tidak munasabah.
“Jadi, kita akan mengambil dua tindakan iaitu tindakan sivil atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan mengenai kelayakan Simon yang memberi kesan kepada kariernya di mana ada pasukan yang mahukan khidmatnya tertanya-tanya kerana takut lesen tidak sah.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Tuntutan kedua adalah kepada FIFA di mana kes ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran kontrak kerana kontrak sudah ditandatangani namun atas sebab yang hanya diketahui mereka, mereka tidak meneruskan kontrak bersama Simon, lapor BH Online.
“Kita akan meminta ganti rugi dengan anggaran RM500,000 untuk kes FIFA selain pampasan RM3 juta untuk tuntutan sivil. Simon begitu kecewa dengan perkara ini dan tidak mahu selesaikan di luar mahkamah,” kata Zhafri dalam sidang media.
Sebelum ini, laporan media menyebut KL United memutuskan mengambil jurulatih lain meskipun sudah mengumumkan pelantikan Simon selepas sijil kejurulatihan bekas pengendali Timor Leste itu didakwa tidak diiktiraf AFC.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Perjuangan Lee Zii Jia selama empat minggu di Thailand secara tidak rasminya berakhir selepas dia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di Bangkok, sebentar tadi.
Peluang pemain perseorangan lelaki negara itu untuk ke separuh akhir sudah tertutup selepas tewas di tangan idolanya yang juga pilihan pertama kejohanan, Viktor Axelsen dari Denmark 15-21, 14-21.
Semalam, Zii Jia, 23, tewas dalam aksi pembukaan kumpulan di tangan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, lapor BH Online.
Esok, dia akan melengkapkan baki perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, yang juga sudah tidak berpeluang untuk ke separuh akhir selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mengekalkan momentum selepas menang aksi pertama Kumpulan B, semalam apabila tewas di tangan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 17-21, 9-21.
Mereka perlu menang ke atas pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dalam aksi terakhir kumpulan untuk layak ke separuh akhir.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!