KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti terbabit memberikan sokongan penuh kepada pembahagian jawatan yang dibuat.
“Mana ada (spekulasi tidak puas hati)… UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya ringkas dalam sidang media pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pemimpin UMNO dan BN tidak bersetuju dengan agihan portfolio.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah turut ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Dalam sidang media sama, Hajiji turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN yang memberi sokongan kepada beliau untuk memimpin kerajaan negeri.
“Sesungguhnya saya adalah Ketua Menteri kepada kerajaan Negeri yang inklusif dan akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat di Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik.
“Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar,” katanya lagi.
Sumber: ASTRO Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu membuktikan kerjasama erat parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan terima kasih kepada kepemimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersetuju mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri ke-16.
“Persepakatan ini membuktikan kerjasama erat parti dalam GRS sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mendapat sokongan rakyat negeri ini.
“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti-parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, semalam.
Pada masa sama, Muhyiddin turut berdoa supaya Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri baru.
Ini meskipun Zahid yang juga Presiden UMNO sebelum ini bertegas bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar.
“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan WARISAN sebelum ini.
“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.
“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pilihan raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu menyaksikan GRS tampil sebagai pemenang setelah menawan 38 kerusi.
Sementara itu WARISAN Plus sekadar memperoleh 32 kerusi. Tiga kerusi lain dimenangi calon bebas.
Hajiji, yang juga Ketua BERSATU Sabah sebelum ini dicadangkan oleh Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin sebagai calon ketua menteri.
Bung, yang menang di kerusi Lamag dan juga ahli Parlimen Kinabatangan dilihat calon utama BN untuk jawatan itu.
Kebuntuan calon ketua menteri GRS berakhir apabila dalam sidang media awal hari ini Hajiji mengumumkan dia dan rakan sekutunya dalam gabungan berkenaan sepakat mencalonkan dirinya sebagai ketua menteri.
Sidang media di Kota Kinabalu itu turut dihadiri Bung Moktar Radin.
Susulan itu, Jabatan Penerangan Sabah memaklumkan majlis angkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah yang baru dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok di Istana Negeri Sabah.
Sumber: Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Hajiji Mohd Noor yang juga Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Sabah diumumkan sebagai calon Ketua Menteri yg baru sebentar tadi.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media khas yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin.
Difahamkan majlis angkat sumpah akan berlangsung esok di Istana Negeri Sabah.
Sumber : Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Naib Presiden WARISAN, Jaujan Sambakong menafikan dakwaan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim bahawa parti itu cuba memikat tujuh ADUNnya untuk melompat parti.
“Siapa yang cakap ini… dia yang cakap,” kata Jaujan ketika ditemui di kediaman Presiden WARISAN dan bekas Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.
Jahid memberitahu portal berita Thevibes bahawa wakil rakyat PBS, termasuk dirinya dihubungi semalam untuk bekerjasama dengan WARISAN Plus yang kini memiliki 32 ADUN.
Semalam PBS menyangkal dakwaan bahawa parti itu menyertai WARISAN Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Parti itu juga mengulangi pendiriannya untuk kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang memenangi 38 kerusi dan mendakwa mendapat sokongan tiga ADUN BEBAS.
Jaujan juga enggan mengulas apabila ditanya apakah ADUN yang baru dipilih dari GRS telah bertemu Shafie di kediamannya malam tadi.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya apakah Warisan yang memenangi 32 kerusi dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu cuba untuk membentuk kerajaan negeri, Jaujan berkata, keputusan sudah dibuat dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan keputusan itu.
“Biar (kita) serahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (Juhar Mahiruddin)… kita hanya boleh menunggu,” katanya sambil menambah WARISAN menghormati keputusan pengundi.
Semalam BN Sabah dan Perikatan Nasional (PN) Sabah gagal mencapai kata sepakat mengenai calon Ketua Menteri setelah mengadakan pertemuan selama dua jam.
Susulan itu, Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin dan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri telah menemui Juhar petang semalam.
Bung memberitahu pihak media bahawa mereka telah meminta Juhar membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi Ketua Menteri berikutnya.
Menurut Bung, Juhar memberitahu dia memerlukan masa untuk membuat keputusan tetapi akan melakukannya secepat mungkin.
Sementara itu, semakin ramai pemimpin dan penyokong parti dilihat tiba di rumah Shafie bagi memberikan sokongan mereka.
ADUN yang baru dipilih, Mohammadin Ketapi (Segama) dan Peter Anthony (Melalap) dilihat tiba selepas jam 9 pagi.
“Saya hanya datang untuk jumpa Shafie,” kata Mohamaddin ketika ditanya apakah Shafie telah memberi sebarang arahan kepada mereka.
Dia mengatakan tidak pasti pada masa ini apakah WARISAN Plus akan dapat membentuk kerajaan baru.
“Itu saya tidak tahu. Saya perlu melihat apa yang berlaku. Saya belum tahu apa-apa,” kata Mohamaddin.
SUMBER : Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya memilih Bung Moktar Radin sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada BERSATU kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak.
“Kita telah bagi dua kali – satu di Perak, di mana BERSATU hanya ada empat ADUN dan UMNO ada 25.
“Tetapi kita setuju ADUN BERSATU (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
“Juga bila kita bentuk Kerajaan Persekutuan dengan BERSATU dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai Perdana Menteri,” katanya seperti dipetik laporan The Star.
Justeru katanya adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada BERSATU.
“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan Ketua Menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.
“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.
“Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh ADUN selain BN untuk menjadi ketua menteri… Tidak,” katanya.
Selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) berselisih pendapat mengenai calon Ketua Menteri.
BN mahukan Bung sebagai ketua menteri manakala BERSATU mencalonkan pengerusi partinya di Sabah iaitu Hajiji Noor.
Dalam perkembangan berasingan, The Star turut melaporkan bahawa Bung dan Hajiji telah menyerahkan akuan berkanun (SD) ketika mesyuarat semalam dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin.
Dipetik sumber, kedua-duanya kini menyerahkan keputusan pemilihan calon ketua menteri kepada Juhar.
Zahid mendakwa Juhar juga telah berunding dengan pakar undang-undang seperti Richard Malanjum, yang telah berkempen untuk WARISAN berhubung calon ketua menteri.
Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk menyatakan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah turut menyatakan bahawa Yang di-Pertua negeri mempunyai hak untuk melantik Ketua Menteri dengan jumlah wakil rakyat negeri yang paling banyak memihaknya.
“Isu berhubung Perkara 6(7) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zahid.
Tambahnya, istilah parti yang membentuk majoriti tidak semestinya bermaksud lebih 60 peratus daripada kerusi DUN.
“Kami (GRS) telah berikan dua nama iaitu Bung dan Hajiji.
“Ia hak Yang di-Pertua, tetapi saya harap (Ketua Menteri) adalah Bung Moktar,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah bakal berlangsung di Istana Negeri pukul 10.30 pagi esok.
Perkara terbabit dimaklumkan kepada media melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah selepas diberitahu pihak istana.
Pengamal media sudah mula menunggu di pintu utama Istana Negeri seawal pukul 6 pagi tadi.
Bagaimanapun, media masih berada di lokasi sama bagi memantau sebarang kemungkinan lain yang berlaku daripada semasa ke semasa.
Terdahulu, tinjauan di istana negeri setakat pukul 9 pagi ini mendapati tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pintu utama istana juga dikawal ketat pasukan keselamatan sejak pukul 8 malam kelmarin.
Sumber: Kosmo Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAMAN: Semua pemimpin dan ahli Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari bermula semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19.
“Sekiranya negatif (pada ujian saringan pertama), saya minta mereka ikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin wajib.
“Saya mohon maaf atas segala ketidakselesaan yang berlaku dan berdoa agar isu ini dapat diatasi segera atas kerjasama semua pihak,” katanya menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook rasminya hari ini.
Ahmad juga mengumumkan serentak dengan itu, semua aktiviti melibatkan Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga 10 Oktober depan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta semua individu yang pulang dari Sabah bermula semalam sehingga 10 Oktober depan supaya menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa dan Domestik.
Tambah beliau, individu terlibat juga diwajibkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selain perlu memakai gelang kuarantin.
Sumber: Kosmo ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAFIE TAK BOLEH DILANTIK, TIDAK MILIKI SOKONGAN MAJORITI
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak boleh dilantik Ketua Menteri yang baharu kerana tidak memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, ia selaras Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah yang memperuntukkan Yang di-Pertua Negeri perlu melantik Ketua Menteri dalam kalangan individu yang memiliki sokongan majoriti dalam DUN Sabah.
Selain itu, katanya, WARISAN yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, tidak boleh dibenarkan menubuhkan kerajaan negeri dan memilih Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri, kerana ia bertentangan prinsip demokrasi, selain menyebabkan kewujudan mana-mana gabungan politik sebagai tidak bermakna.
“Ketika ini, dikatakan WARISAN boleh menubuhkan kerajaan negeri dan melantik Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri, membelakangkan 41 kerusi milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya kerana mereka adalah parti yang menang kerusi tertinggi dalam PRN.
“Namun, berdasarkan logik dan pemahaman undang-undang Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah memperuntukkan calon Ketua Menteri memiliki sokongan majoriti dalam DUN, dan tidak hanya sekadar melihat parti mana memiliki kerusi terbanyak dalam pilihan raya walaupun tiada sokongan majoriti dalam DUN.
“Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah yang digunakan Mohd Shafie dalam cubaan terdesaknya untuk kekal berkuasa, tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah memperuntukkan jika parti menang majoriti kerusi dalam PRN, ketua parti itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dianggap memiliki sokongan majoriti dalam DUN, sekali gus membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.
Annuar berkata, GRS merangkumi BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah kerajaan negeri yang sah apabila berjaya meraih 38 kerusi, ditambah sokongan tiga kerusi Bebas, menjadikan keseluruhan 41 daripada 73 kerusi.
WARISAN pula hanya meraih 29 kerusi, ditambah dua kerusi PKR dan satu kerusi Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), menjadikan keseluruhan 32.
Selain itu, kata Annuar, dalam kes Tan Sri Musa Aman mencabar pelantikan Mohd Shafie di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini, hakim Datuk Yew Jen Kie turut memutuskan seorang Ketua Menteri yang dilantik perlu mendapat sokongan majoriti dan memiliki majoriti kerusi DUN.
“Situasi dihadapi WARISAN ketika ini tidak membabitkan Perkara 6(7), dan Yang di-Pertua Negeri tidak boleh melantik Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri,” katanya.
Annuar turut memaklumkan GRS sudah menghantar dua nama calon Ketua Menteri Sabah yang baharu untuk pertimbangan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Insya-Allah, esok Ketua Menteri Sabah yang baharu akan dilantik. Harapan baharu, perjanjian baharu. Sabah yang baharu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijangka mengumumkan Ketua Menteri baharu esok.
Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam mesej Twitter hari ini.
“Jam 2,30 petang tadi, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah) dan Datuk Hajiji Noor (Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah) sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.
“Tiga wakil rakyat BEBAS nyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jadi kita ada 41 kerusi bentuk kerajaan negeri. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden WARISAN) dan lain-lain cuma ada 32 (kerusi). Kita yang membentuk kerajaan.
“TYT (Yang di-Pertua Negeri Sabah) dijangka buat keputusan mengenai Ketua Menteri esok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!