KUALA LUMPUR: Ahli majlis tertinggi UMNO, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan ADUN Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.
AHLI MT UMNO, ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
“Sebulat suara,” katanya apabila ditanya berhubung perkara itu dipetik dari Malaysiakini.
“Ya, betullah tu,” kata Timbalan Menteri Komunikasi itu apabila ditanya sekali lagi sebagai pengesahan.
Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) di bangunan PWTC, malam tadi.
Kebanyakan ahli MT yang hadir enggan mengulas pertanyaan pemberita apabila ditanya mengenai perkembangan mesyuarat malam tadi.
Mesyuarat itu diadakan selepas Ahmad Faizal Azumu yang juga ADUN Chenderiang dan Timbalan Presiden BERSATU disingkirkan sebagai menteri besar Perak baru-baru ini.
Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya yang diusulkan oleh ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO MUNGKIN BERSAMA DAP DI PERAK: KEPUTUSAN MUKTAMAD DITENTUKAN DEMI KEPENTINGAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan UMNO akan membentuk kerajaan baharu Perak yang turut membabitkan DAP.
Menurut laporan Malaysiapost, beliau berkata, gabungan baharu itu mungkin berlaku sekiranya jajaran sebelum ini iaitu membabitkan PAS dan BERSATU gagal mencapai kata sepakat.
PRESIDEN UMNO, DR AHMAD ZAHID HAMIDI
“Kita akan lihat semua kemungkinan… saya sebut kita akan kekalkan jajaran terdahulu tetapi jika itu tidak dapat dilakukan tentu ada penyesuaian yang perlu dilakukan untuk penjajaran yang baharu.
“Semua kemungkinan itu akan ada itu tertakluk kepada keputusan muktamad yang akan dilakukan oleh pihak parti,” katanya kepada media selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta Ipoh, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah DAP antara penjajaran baharu berkenaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangan bersama parti lain berhubung krisis politik di negeri tersebut selepas ini.
Beliau juga mengiyakan pertanyaan wartawan bahawa perbincangan itu bukan sahaja membabitkan parti di dalam kerajaan, malah di pihak pembangkang.
Ditanya mengenai majlis menghadap beliau ke atas Sultan Perak, Ahmad Zahid berkata beliau menghargai keterbukaan baginda yang berkenaan menerima menghadap pemimpin utama parti di Perak.
Katanya, keterbukaan baginda boleh menterjemahkan bahawa keputusan yang dibuat oleh DUN Perak menerusi undi percaya, sebagai suatu proses demokrasi.
“Saya juga akan mempersembahkan cadangan nama untuk perkenan Tuanku, dan Tuankulah yang akan menentukan secara mutlak kerana itu kuasa Tuanku sepenuhnya siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas kerajaan Kedah merobohkan rumah ibadat yang dibina di atas tanah negeri adalah wajar, kata Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Dia yang juga dikenali sebagai Papagomo bagaimanapun menyelar perumpamaan todi daripada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang digunakan terhadap pemimpin MIC dan DAP.
Azri berkata kenyataan Sanusi itu biadabdantidakberetika sama sekali.
MENTERI BESAR KEDAH, MUHAMMAD SANUSI MD NOR/FACEBOOK
Dalam kenyataan itu, menteri besar Kedah menegur, termasuk kepada MIC dan DAP supaya jangan sampai mereka bergaduh pada masa depan hanya kerana mabuktodipopulariti dan mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.
Sanusi juga menyindir, seniorpolitician (ahli politik kanan) seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol.”
Pemimpin MIC mengatakan komen Sanusi itu menjengkelkan dan menteri besar itu tidak sensitif.
Menurut Azri pula, Sanusi patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan sikapangkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut membuat hinaan kepada kaum India.
“Saya harap menteri besar Kedah dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India di atas percakapaannya yang jelas melemparkan penghinaan kepada masyarakat India Malaysia,” katanya pada satu kenyataan disiarkan Malaysiakini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemimpin MIC membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengaitkan pengkritiknya dalam isu perobohan kuil di negeri itu dengan analogi mabuktodi.
Presiden MIC, S Vigneswaran dalam reaksi terhadap kenyataan pemimpin PAS itu meluahkan rasa kecewa tetapi tidak mahu bertindak serendah Muhammad Sanusi.
PRESIDEN MIC, S VIGNESWARAN
“Saya kalau nak menghina seperti dia, saya pun boleh. Tetapi saya tak mahu jadi serendah dia dan berfikiran sempit.
“Apa dia ingat semua orang mabuk? Kalau seorang terlibat dalam kes seks, semua orang pun akan terlibat jugakah,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Vigneswaran selanjutnya berkata, Menteri Besar Kedah itu telah merosakkan semua kerja kerasnya untuk meyakinkan masyarakat India supaya memilih parti tersebut.
Menerusi kenyataan di Facebook semalam, Muhammad Sanusi berkata isu perobohan struktur atas tanah yang diwartakan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan perkauman, agama atau diskriminasi.
Katanya, isu di Taman Bersatu itu, bukan sahaja kuil, malah gelanggang silat telah dirobohkan di bawah akta sama, begitu juga di lokasi lain di Alor Setar ada gerai, parkir kereta, setor, pagar, dapur, bangsal turut dirobohkan.
“Kenapa MIC dan DAP tidak bersuara tentang gelanggang silat di pinggir kuil itu? Seniorpolitician seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata sedikit kekecohan diapi-apikan pihak berkepentingan pada waktu ini adalah risiko terpaksa dihadapi untuk membina masa depan lebih tenteram dan harmoni.
“Jangan sampai kita bergaduh pada masa depan hanya kerana mabuktodipopulariti, mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang,” katanya.
TIMBALAN PRESIDEN MIC, S SARAVANAN/ASTRO AWANI
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, S Saravanan turut menyifatkan Muhammad Sanusi tidak beradab apabila menggunakan analogi todi dalam kenyataannya.
“Komen menteri besar ini menunjukkan dia punya tahap kematangannya dalam politik. Seorang ahli PAS yang kuat agama bertindak macam orang yang tidak ada tamadun.
“Apa yang dia cakap menunjukkan bahawa dia mempunyai mentaliti yang rendah. Saya tidak hairan. Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada seseorang yang tiba-tiba dapat jawatan,” katanya.
Saravanan juga menyifatkan PAS sekarang sedang mabukpolitik.
“Mabuk dengan todi lebih baik daripada mabuk politik. Dalam politik, PAS sudah tidur dengan semua parti. Tinggal satu parti saja dia tak tidur, parti komunis,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor membidas pihak yang menghentamnya dalam isu perobohan kuil di negeri berkenaan.
Menerusi kenyataan di Facebook, Muhammad Sanusi berkata isu perobohan struktur atas tanah yang diwartakan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan perkauman, agama atau diskriminasi.
Katanya isu di Taman Bersatu itu, bukan sahaja kuil, malah gelanggang silat telah dirobohkan di bawah akta sama, begitu juga di lokasi lain di Alor Setar ada gerai, parkir kereta, setor, pagar, dapur, bangsal turut dirobohkan.
GAMBAR HIASAN
“Kenapa MIC dan DAP tidak bersuara tentang gelanggang silat di pinggir kuil itu? Seniorpolitician seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,” katanya dipetik dari Malaysiapost.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata sedikit kekecohan yang diapi-apikan pihak berkepentingan pada waktu ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi untuk membina masa depan lebih tenteram dan harmoni.
“Jangan sampai kita bergaduh pada masa depan hanya kerana mabuk todi populariti, mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.
“Ada beberapa serangan politik kepada Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu kuil yang diputar belit dari sudut fakta sejarah, (ada dakwaan 30 tahun dan ada juga mendakwa 50 tahun), sedangkan pihak berkuasa mempunyai rekod sebenar tentangnya,” katanya.
Beliau berkata, bangunan itu hanya muncul beberapa tahun kebelakangan ini, daripada asalnya sebuah berhala yang diletakkan di perdu sebatang pokok.
“Sebelum ini mereka jugalah yang mengelak untuk mengakui bahawa satu tapak yang lebih besar, luas dan selesa telah diberikan untuk menggantikan tapak sebuah kuil yang terbabit dengan pelebaran rel keretapi di Alor Setar.
“Selepas diberi tapak baru, kuil pun didirikan, mereka kembali pula mendirikan kuil di tapak asal. Notis mengosongkan tapak itu telah dikeluarkan beberapa kali sebelum tindakan diambil oleh MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar).
“Kes itu juga diputar belit untuk membina persepsi bahawa PAS adalah pelampau agama yang mendiskriminasi agama lain. Kononnya kuil itu berusia lebih 100 tahun, padahal hanya dibina beberapa tahun lalu sahaja,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, tiada siapa dalam kalangan pemimpin politik kaum India dari MIC atau DAP berani mendedahkan fakta itu, sebaliknya mengapi-api sentimen kaum dan agama untuk menjadi jaguh.
“Jika ada sesiapa dari kalangan pemimpin politik, kaum dan agama cuba mengapi-apikan permusuhan, menghalang undang-undang ditegakkan, menuduh dan memfitnah di luar kebenaran, memutar belit isu undang-undang dengan mengheret kepada isu kaum dan agama, mereka tidak patut dibiarkan berwewenang.
“Perlembagaan Malaysia adalah suara untuk menjunjung kebenaran, keadilan, bukan bebas bersuara tentang kepalsuan, putar belit, fitnah dan adu domba. Hal ini sangat mudah difahami, tetapi sengaja dikesampingkan hanya untuk menjadi jaguh.
“Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadat. Ia berkuatkuasa ke atas semua struktur, binaan dan hadangan yang tidak diluluskan,” katanya.
Sebelum ini, Presiden MIC, M Saravanan menyatakan kekecewaan terhadap Menteri Besar Kedah berhubung tindakan merobohkan kuil Hindu di negeri berkenaan.
Menerusi kenyataan, Menteri Sumber Manusia itu berkata, Sanusi memungkiri janji yang dibuat kepada beliau serta Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique pada Julai lalu.
Saravanan berkata tindakan Sanusi itu dikhuatiri akan mengurangkan sokongan masyarakat India pada masa akan datang yang beranggapan mereka ditipu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan Belanjawan 2021 ditolak di peringkat jawatankuasa kerana didakwa tidak menepati janji kepada rakyat.
Memetik laporan Malaysiapost, Puad berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin didakwa tidak menepati janji sebaliknya melakukan helah hanya untuk mendapat sokongan kelulusan Belanjawan 2021 di peringkat dasar.
AHLI MT UMNO, DR MOHD PUAD ZARKASHI
“Memang PM ke 8 tidak hormati janji mereka. Rupanya janji supaya MP sokong Bajet di peringkat Dasar hanya helah.
“Rakyat kena kencing, Ahli Parlimen pun kena kencing. Saya tumpang baca komen rakyat dalam banyak grup WhatsApp dan Facebook (FB) termasuk FB Datuk Najib,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Puad berkata, ternyata rakyat marah kerana janji yang ditaburkan tidak ditepati.
“Justeru tolak sahajalah (Belanjawan) di peringkat jawatankuasa bajet beberapa Kementerian lain seperti KPKT dan KKMM.
“Parlimen akan tamat 17 Disember ini. Rakyat mahu melihat Parlimen berfungsi membela kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Baru-baru ini, kebanyakan rakyat meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai dua kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan tindakan yang dibuat KWSP berhubung isu pengeluaran i-Sinar amatlah tidak wajar kerana duit caruman itu sebenarnya hak milik rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: BERSATU akan mengadakan perbincangan khas berhubung keputusan undi percaya yang tidak menyebelahi Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan berkata, apa yang diputuskan dalam DUN Perak itu akan diperincikan sebelum pendirian parti dijelaskan.
GAMBAR HIASAN
“Perkara ini insya-Allah akan dibincangkan pimpinan BERSATU dan saya harap kita sama-sama tunggu pandangan rasmi parti nanti,” katanya dalam hantaran Facebook milik beliau, hari ini.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden BERSATU gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibentangkan oleh ADUN Pengkalan Baru, Abd Manaf Hashim.
Sebanyak 48 undi menolak usul berkenaan dan 10 menyokong manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEPUTUSAN UNDI PERCAYA TIDAK MENYEBELAHI AHMAD FAIZAL
IPOH: ADUN Chenderiang yang juga Timbalan Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.
Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.
Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.
AHMAD FAIZAL AZUMU GAGAL PEROLEH UNDI MENCUKUPI KETIKA USUL PERCAYA DIBENTANGKAN PADA SIDANG DUN PERAK/ASTRO AWANI
Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.
ADUN Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 ADUN berdiri untuk menyokongnya.
Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat ADUN Perak.
Dia juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.
“Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda,” katanya dilaporkan Malaysiakini.
Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Disember ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berkata walaupun MIC sebuah parti komponen BN, ia wajar diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas jika didapati menghasut orang ramai melanggar undang-undang.
Sambil memberinasihat kepada MIC, Sanusi berkata, sebagai sebuah parti politik berdaftar pertubuhan itu tidak boleh membela orang atau pihak yang didapati melanggar undang-undang.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
“Saya ingin memberi nasihat kepada MIC Kedah dan MIC pusat, terutama sekali apabila kita terbabit dalam politik melalui sebuah parti… Parti kita ada perlembagaan, perlembagaan kita diluluskan oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).
“Contohnya, dalam isu kuil, apabila kuil dibina di tempat yang tidak dibenarkan, ia melanggar undang-undang.
“Adakah MIC ditubuhkan sebagai parti politik untuk menghasut orang ramai melanggar undang-undang?
“Kalau dia ditubuhkan untuk menghasut orang ramai, MIC patut diharamkan di negara ini. (Ia) tidak boleh dibenarkan bergerak bebas,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman MIC Kedah yang menganggap negeri Jelapang Padi Malaysia itu bukan lagi sejahtera untuk didiami masyarakat berbilang kaum.
Sementara itu dalam reaksi segera MIC, presidennya, SA Vigneswaran, membidas PAS dan menganggap parti itulah yang sepatutnya diharamkan kerana didakwa menyokong organisasi tidak rasmi antarabangsa.
“Jika membela hak masyarakat dan agama masing-masing ditafsirkan sebagai menghasut, (maka) PAS yang sepatutnya diharamkan.
“Ini kerana kita dengar ada banyak aduan terhadap mereka ketika menjadi pembangkang, (misalnya) sentiasa melakukan demontrasi berhubung isu antarabangsa.
“Dari dulu lagi banyak rakyat menganggap PAS menyokong organisasi antarabangsa yang berkaitan dengan pengganas.
“PAS juga suka mencampur tangan isu negara lain yang bercanggah dengan pendirian Malaysia bahawa kita tidak wajar masuk campur dalam hal kedaulatan negara lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU-15,” jelasnya, memetik laporan MingguanMalaysia.
NAIB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Namun, Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada pertembungan antara BN dan PN memandangkan PAS juga menyertai PN bersama BERSATU.
Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan PAS ketika beliau mempengerusikannya.
Bagaimanapun, selepas PAS membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, PAS atau BERSATU.
Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.
GAMBAR HIASAN
Tambahnya lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan PAS sudah bersama PN.
“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!