SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengingatkan UMNO supaya akur bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.
Ketua Armada, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan.
GAMBAR HIASAN
“Sekiranya tidak bekerjasama, kita semua rugi dan berkemungkinan kalah nanti.
“BERSATU masih mengharapkan UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) supaya pertembungan tiga penjuru dapat dielakkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tiga fasiliti sukan di sekitar Shah Alam di sini hari ini.
Minggu lalu Utusan Malaysia melaporkan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).
Menurut sumber, keputusan berkenaan dibuat ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu mesyuarat di Janda Baik, Pahang.
Wan Ahmad Fahysal berkata, kedegilan UMNO untuk tidak bekerjasama dalam PN hanya mengakibatkan parti itu termasuk BERSATU dan PAS kalah dalam PRU-15.
Jelasnya, tiga parti itu berkemungkinan kalah sekiranya tidak bersama, sekali gus hasrat mewujudkan sebuah kerajaan stabil tidak kesampaian.
“Pilihan raya diadakan bagi memilih pihak yang boleh mewujudkan kerajaan stabil dan mempunyai majoriti kukuh serta tidak tergugat di Dewan Rakyat.
“Oleh demikian, kerajaan stabil diperlukan kerana tidak mahu rakyat diheret ke situasi politik tidak stabil,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurut seorang Ahli MT UMNO yang enggan namanya disiarkan, berkata UMNO bagaimanapun kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU diadakan.
DR AHMAD ZAHID HAMIDI
“Apa yang jelas, UMNO kekal istiqomah akan bertanding di PRU ke 15 atas nama BN. Sebab itu MT putuskan agar jenama BN diperkukuhkan.
“UMNO akan hantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara rasmi memaklumkan keputusan MT itu
“Ahli Parlimen UMNO kekal menyokong kerajaan PN sehingga PRU,” katanya kepada Malaysiapost.
Semalam, UMNO menafikan laporan dan spekulasi media yang mendakwa parti itu tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dan gabungan PN pada PRU-15.
Menurut Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO, sebarang kenyataan berhubung keputusan MT UMNO adalah tidak sahih.
Tegasnya, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepemimpinannya.
GAMBAR HIASAN
“Ibu pejabat (UMNO) memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat MT, kelmarin.
“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ahli MT UMNO berkenaan turut menafikan dakwaan yang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menggunakan kuasa veto menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memutuskan kerjasama dengan PN.
Sebaliknya isu berkenaan hanya dibangkitkan oleh Ahli MT yang berjawatan Menteri.
“Tetapi sebenarnya muslihat utama Menteri ini di malam tersebut ialah supaya UMNO menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Bagaimanapun presiden menjelaskan UMNO tidak pernah menerima sebarang surat rasmi berhubung tawaran jawatan berkenaan,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu tetap diadakan tahun ini.
Beliau berkata, walaupun tarikh pemilihan parti belum ditentukan, namun ia akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
“Perhimpunan agung parti wajib diadakan setiap tahun, namun Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang sepatutnya diadakan, terpaksa ditangguhkan berikutan COVID-19.
“Kita merancang untuk mengadakannya pada 31 Januari lalu, namun itu pun terpaksa ditangguhkan. Maka keutamaan ketika ini adalah untuk mengadakan PAU 2020 terlebih dahulu.
“Tetapi saya sudah berjanji dan memberi jaminan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan nasional akan tetap diadakan tahun ini,” katanya dalam satu program buat bicara hari ini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak akan menggadaikan prinsipnya untuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata, bukan sahaja DAP malah UMNO tidak pernah berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang, setakat ini.
“Di luar sana (ada sangkaan) seolah-olah UMNO mahu bersekongkol dengan parti yang didoktrinasi oleh pemimpin selama 22 tahun yang sangat bencikan parti terbabit dan akhirnya pemimpin itu berpelukkan penuh erat dengan parti itu, lapor BH Online.
“Terlalu awal untuk menyatakan kita mahu bergabung dengan parti itu atau parti ini. Kita tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan secara formal atau tidak formal.
“Tetapi kedinamikan politik itu tidak boleh dinafikan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan BERSATU serta Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir, kata sumber daripada parti itu.
Menurut sumber, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu.
GAMBAR HIASAN
“UMNO membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan BERSATU sebaik saja darurat kesihatan tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT UMNO.
“UMNO juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan timbalan perdana menteri,” katanya kepada Malaysiakini.
Hubungan UMNO dengan BERSATU sememangnya diketahui umum bermasalah dan umpama retak menanti belah.
Ia selepas mesyuarat MT UMNO pada Januari lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan BERSATU menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun UMNO masih gagal mengabsahkan keputusan berkenaan selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan hujung bulan lalu dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).
GAMBAR HIASAN
UMNO juga sebelum ini turut dikaitkan dengan spekulasi yang parti itu menjalinkan kerjasama dengan PKR bagi menjatuhkan kerajaan PN.
Sementara itu, seorang lagi sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa Ahmad Zahid telah menggunakan kuasanya menolak kerjasama dengan BERSATU dan PN.
Dakwa ahli MT berkenaan, majoriti ahli MT bersetuju penyertaan parti itu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.
Bagaimanapun katanya, Ahmad Zahid menolak cadangan itu.
Malah katanya, Ahmad Zahid juga turut menolak tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk UMNO.
“Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN, seperti dilakukan semasa PRN Sabah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru.
“Begitu juga dengan jawatan timbalan perdana menteri, (namun) presiden menggunakan kuasanya menolak cadangan itu,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Kemasukan UMNO ke Sabah sejak 30 tahun lalu, termasuk menjadi tunjang kerajaan negeri selama 28 tahun membawa banyak kebaikan kepada negeri itu.
Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kehadiran parti nasional itu ke Sabah antara lain mendekatkan lagi hubungan di antara rakyat negeri ini dengan Semenanjung.
Beliau berkata, UMNO memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini dengan tumpuan terhadap aspek pembangunan dan pembaharuan ke arah kemajuan negeri.
“Selama tiga dekad bertapak di Sabah, ia satu tempoh yang panjang. Banyak yang kita lalui termasuk pelbagai rintangan dan semua itu mendewasakan kita (UMNO Sabah).
AHMAD ZAHID HAMIDI
“Kita mencapai banyak kejayaan walaupun banyak halangan. Selama tempoh 28 tahun menjadi kerajaan di Sabah, ia mendekatkan rakyat negeri ini dengan pemimpin dan rakyat di Semenanjung dengan Sabah serta Sarawak.
“Ia jelas memperlihatkan UMNO berjaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Sabah dengan fokus dalam aspek pembangunan dan pembaharuan negeri memang sukar dilupakan semua pihak,” katanya pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-30 UMNO Sabah, di sini, malam ini.
Ucapan Ahmad Zahid dibuat secara persidangan video dari Kuala Lumpur berikutan kekangan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Majlis diadakan di Bangunan UMNO Sabah itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor; Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan beberapa pemimpin awal parti itu ketika mula bertapak pada 21 Februari 1991.
Ahmad Zahid berkata, walaupun UMNO kini bukan lagi parti tunjang kerajaan negeri, namun DNA parti itu masih wujud dalam pemimpin yang mengetuai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Ketua Menteri Sabah ketika ini (Hajiji) ada DNA UMNO. Ketua Menteri Sabah sebelum ini pun (Mohd Shafie Apdal) ada DNA UMNO walaupun berlainan parti,” katanya, lapor BH Online.
Beliau berkata, walaupun UMNO kini hanya sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan negeri, ia tidak menjejaskan perjuangan parti itu untuk membela rakyat.
“Apa yang penting ialah rakyat, kita lupakan perbezaan pendapat atau parti. Ia adalah kesungguhan UMNO Sabah untuk menjalin kerjasama dengan semua parti kerana kita berpijak kepada realiti.
“Sebab itulah GRS, walaupun ia sebuah gabungan banyak parti adalah satu acuan yang wajar dialu-alukan dan diterjemahkan. Jangan ada rasa marah kepada rakan, yang penting perjuangan mesti diteruskan,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinannya sokongan akar umbi UMNO Sabah kekal kukuh dalam memastikan kesinambungan perjuangan UMNO di Sabah.
Sempena majlis itu, Bung Moktar turut menyampaikan penghargaan kepada beberapa pemimpin lama dan bekas pemimpin UMNO Sabah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN – serta parlimen – pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi UMNO Terengganu Ahmad Said berkata pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan jika dilihat dengan rekod keputusan PRU sebelum ini.
“Takkan dia (PAS) menang sekali kita nak beri terus kepada dia? Lagipun Terengganu ni kan negeri yo yo.. ia (pentadbiran) boleh berubah macam-macam,” kata Ahmad Said
Bekas menteri besar Terengganu itu turut membuat perbandingan antara PRU ke-10 (pada 1999) dan PRU ke-11 (pada 2004) membabitkan UMNO dan PAS.
GAMBAR HIASAN
Pada 1999 kerajaan Terengganu jatuh ke tangan PAS yang ketika itu bekerjasama dengan PKR.
Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh gerakan reformasi ekoran penyingkiran Anwar Ibrahim daripada UMNO.
Bagaimanapun BN kembali merampas Terengganu dengan jumlah kerusi yang kukuh pada PRU berikutnya dan PAS kembali menjadi pembangkang.
Umno dan PAS kini diikat oleh piagam bersama melalui Muafakat Nasional.
Bagaimanapun di Terengganu kerjasama itu dilihat rapuh dan Ahmad sudah beberapa kali menegaskan UMNO akan tetap bertanding di semua kerusi yang ada di negeri berkenaan.
Jika ia menjadi kenyataan pada PRU akan datang UMNO dan PAS akan bertembung sesama sendiri, selain kemungkinan dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod di sebalik kerjasama rasmi dalam Muafakat Nasional, PAS juga menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang diketuai BERSATU.
GAMBAR HIASAN
UMNO pula setakat ini secara umum dilihat memusuhi BERSATU.
Kata Ahmad UMNO memang yakin mampu memenangi semua kerusi yang ditandinginya nanti.
“Kita yakinlah sebab kita tengok Terengganu ni, sejarah dia… PAS perintah satu penggal saja,” katanya apabila ditanya tahap keyakinan UMNO Terengganu dalam merampas semula kerajaan negeri.
“Contohnya pada 1999 kita kalah 28-4 (kepada PAS). UMNO hanya tinggal empat kerusi, tapi bila 2004, apabila PAS tak mampu menunaikan tanggungjawab (seperti) UMNO (lakukan) sebelum itu, kita ambil 28-4. (Perubahan) 360 darjah berpusing,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambah Ahmad PAS menang di Terengganu pada 1999 bukanlah kerana kekuatan parti itu sendiri tapi penyokong UMNO ketika itu berpecah dengan wujudnya PKR.
Katanya UMNO dilanda isu besar ketika itu dan diburukkan lagi dengan pemilihan calon merupakan penyebab parti itu kalah.
Namun kata Ahmad dengan adanya isu semasa dan perbincangan dengan UMNO bahagian sebelum calon diputuskan parti itu mempunyai peluang untuk menguasai Terengganu.
“Taklah sampai kita tinggal 10 (kerusi),” katanya yang merujuk kepada keputusan PRU 2018 lalu.
Secara keseluruhan Terengganu mempunyai lapan kerusi parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala selebihnya – Hulu Terengganu dan Besut – dimenangi BN.
Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai BERSATU selepas PH membentuk kerajaan pusat.
Di peringkat DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.
Mengulas lanjut mengenai keputusan UMNO Terengganu untuk bertanding semua kerusi di negeri itu, Ahmad berkata PAS perlu faham, meskipun mereka menang pada PRU ke-14 dan mentadbir negeri tetapi rekod keputusan PRU sebelum ini wajar dilihat semula.
“Takkan dia (PAS) menang sekali kita nak beri terus kepada dia? Lagipun Terengganu ni kan negeri yo yo… Ia (pentadbiran) boleh berubah macam-macam.
“(Perkara sama) pernah berlaku di Kedah, sama juga – sekali (PAS) menang lepas tu UMNO menang balik,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Sebahagian pimpinan PAS menafikan wujud usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Presiden, Abdul Hadi Awang.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nasrudin Hassan berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.
GAMBAR HIASAN/MALAYSIAKINI
“Tidak dapat maklumat, tidak tahu,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada Rabu, tular dakwaan di media sosial bahawa wujudnya gerakan yang sedang berjalan bagi menjatuhkan Ahli Parlimen Marang itu.
Difahamkan, berlakunya perpecahan di dalam PAS yang kini terbahagi kepada dua kem membabitkan kumpulan Pro-Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kumpulan Pro-UMNO.
“Semua benda tidak pasti dan tidak jelas ini.. maaf, tidak berani hendak ulas,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar
Mengulas isu sama, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Husain Awang berkata, dakwaan itu hanyalah cerita yang diada-adakan bagi menjatuhkan karier politik pemimpin Pas.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar pula enggan mengulas mengenai wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
“Semua benda tidak pasti dan tidak jelas ini. Maaf, tidak berani hendak ulas,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemerhati politik berpendapat, persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan, sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat.
Jelas penganalisis politik Azmi Hassan, masalah timbul apabila persidangan Parlimen digunakan untuk menekan keabsahan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.
GAMBAR HIASAN
“(Persidangan Parlimen) tak jadi masalah. Masalahnya apabila ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk semak dan imbang bagi tangani pandemik (Covid-19).
“[…] Tetapi untuk tekan perdana menteri supaya letak jawatan, bubar parlimen, (dengan alasan) kerajaan tak cukup majoriti dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambah Azmi, sekiranya setiap anggota parlimen dapat mengemukakan surat akujanji untuk tidak membahas soal isu keabsahan kerajaan, maka tidak mustahil persidangan boleh diteruskan.
“Kalau ahli parlimen boleh buat surat akujanji supaya sidang diadakan dan mereka tidak akan biarkan ia gelumang dengan agenda politik. Jadi tak perlu digantung (persidangan Dewan Rakyat).
“Kita perlukan anggota parlimen untuk membahas isu kesihatan awam dan cara penyelesaian untuk tangani isu tersebut,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Permohonan kebenaran semakan kehakiman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu darurat akan didengar terlebih dahulu sebelum empat persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu adalah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat, lapor Bernama.
GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI
Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Ahmad Hanir Hambaly berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan untuk mendengar permohonan itu pada 4 Mac ini jam 2.30 petang menerusi prosiding secara dalam talian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian yang turut disertai SFC, S Narkunavathy dan peguam yang mewakili Anwar iaitu Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.
Dalam permohonan difailkan Anwar 25 Januari lepas, beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.
Anwar memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150 (3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Al-Sultan Abdullah supaya membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memfailkan permohonan untuk merujuk empat persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung isu sama (darurat).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen mempersoalkan tindakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa senjata semasa menjalankan operasi pemantauan dalam tokong Cina adalah keterlaluan, biadap dan tidak sensitif.
ADUN DAP itu dalam satu kenyataan menerusi portal berita The Rocket mengutuk tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan polis dan tentera untuk memeriksa tokong sambil membawa senjata api.
Beliau berkata tindakan tersebut melampau dalam penguatkuasaan undang-undang dan tidak menjaga sensitiviti agama.
Lee Chin Chen yang juga Setiausaha DAP Pahang turut mempersoalkan adakah layanan sama rata diberikan kepada semua agama oleh anggota polis dan tentera semasa memeriksa rumah ibadat lain.
Menurutnya, anggota polis dan tentera kehadiran pasukan keselamatan di tokong membawa senjata api secara tidak langsung menganggu para penganut menjalankan kegiatan keagamaan, lapor airtimes. my.
Tambahnya, kejadian ini menggambarkan kerajaan PN menjalankan politik diktator dengan mengarahkan pihak polis dan tentera memeriksa rumah ibadat.
GAMBAR IHSAN THE ROCKET
“Kerajaan dengan sewenang-wenangnya menghantar pasukan tentera ke kota untuk menunjukkan kekuatan kepada orang awam,
“Kerajaan PN telah membenarkan pembukaan tempat ibadat dengan bersyarat, tetapi ianya turut membenarkan polis dan tentera memasuki tokong dengan senjata.
“Saya percaya ramai pihak akan menutup rumah ibadat dan laksana aktiviti keagamaan secara online,” ujarnya.
Chin Chen turut mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk membuat permohonan maaf kepada masyarakat serta mengubah prosedur standard operasi (SOP) pemeriksaan.
“Bukannya enggan memberikan kerjasama, tetapi para penganut mempunyai pantang larang yang sendiri.
“Menghormati kepercayaan orang lain adalah satu perkara mustahak dalam memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum.
“Daripada membuang masa, polis sepatutnya memohon maaf dan buat penambahbaikan SOP pemeriksaan selain berbincang dengan pihak pengurusan semua rumah ibadah supaya insiden seperti ini tidak berulang, ” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!