Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Union Berlin 1 (Proemel 4) Bayern Munich 1 (Lewandowski 67)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: Real Madrid menghidupkan kembali usaha mengejar gelaran La Liga apabila menewaskan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.
Real, yang berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir, kini berkedudukan ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.
Ia malam yang mengecewakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang melalui 26 perlawanan tanpa kalah dalam liga semenjak Februari.
Ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri. Real juga menjadi pasukan terakhir menewaskan Atletico dalam liga.
“Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.
PENGENDALI REAL MADRID, ZINADINE ZIDANE
“Ada kritikan yang membuatkan kami kecewa, tapi ada juga yang membuatkan kami menjadi lebih kuat.
“Kami bersaing dengan sangat bagus sejak minit pertama hingga penamat, kami mesti berpuas hati semuanya berjaya diselesaikan.”
Real berada di depan selepas 15 minit menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Real Madrid 2 (Casemiro 15, Oblak 63-gs) Atletico Madrid 0
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUBANG JAYA : Kanak-kanak parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini, petang hari ini.
Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4 petang ketika mangsa dan lelaki itu berada di rumah.
“Mangsa parah ditikam di perut sebelum disedari ahli keluarganya yang kemudiannya menghubungi polis.
“Anggota polis yang tiba berjaya lelaki itu, manakala mangsa pula dikerjakan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 241 individu semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk tidak mematuhi penjarakan fizik.
Antara kesalahan ingkar arahan PKP gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal dan aktiviti pusat hiburan
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sejumlah 202 individu telah dikompaun manakala 39 pula direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43), aktiviti pusat hiburan (41) dan lain-lain (2).
“Sebanyak 2,837 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,888 anggota telah membuat pemantauan di 3,566 pasar raya, 4,996 restoran serta 1,860 penjaja, 1,179 kilang, 3,557 bank dan 630 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dari KOSMO! Online.
Dalam pada itu katanya, Operasi Benteng semalam turut berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), satu tekong serta merampas enam kenderaan darat dan dua bot atau kapal.
GAMBAR HIASAN
“Sebanyak 125 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Ops Penawar (55 SJR); Ops Benteng PDRM (61 SJR) dan Ops Benteng Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak sembilan SJR.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas menyerang dua anggota polis menggunakan tukul besi dan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah di Damansara Damai di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, suspek berusia 48 tahun turut membaling pinggan kaca hingga menyebabkan seorang anggota berpangkat koperal kecederaan pada bahagian siku.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, dua koperal tersebut ke lokasi kejadian selepas menerima aduan ada individu mengamuk.
Katanya, sebaik tiba pihak polis memanggil pemilik rumah berkenaan sebelum tiba-tiba suspek membaling pinggan kaca sebelum membawa pisau dan tukul besi untuk menyerang.
“Suspek juga mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina penugasan yang dilakukan pihak polis.
“Susulan itu, kita membuat tangkapan terhadap suspek dan semakan mendapati ada lima rekod jenayah lampau atas namanya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan KOSMO! Online.
Turut dirampas dalam serbuan itu, tukul besi dan pisau yang digunakan suspek.
Menurutnya lagi, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
“Selain itu, dua anggota polis yang mengalami kecederaan ringan serta lebam pada anggota badan turut menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kira-kira 2,000 pasangan berkahwin kali pertama di Pahang sudah menerima insentif RM200 yang diumumkan kerajaan negeri awal tahun ini.
Permohonan bagi insentif itu boleh dilakukan pasangan yang layak melalui laman web Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan syarat utama pemohon memperoleh pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.
SYED IBRAHIM (KIRI) MENYAMPAIKAN INSENTIF KEPADA PASANGAN BADROLHISYAM RAHMAT DAN NUR AINUN HAFIZATUL S BAHARIN
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sehingga September lalu kerajaan Pahang sudah menyalurkan kira-kira RM300,000 kepada pasangan yang layak.
“Insentif ini adalah antara usaha kerajaan negeri dalam membantu meringankan bebanan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
“Memandangkan pelaksanaan dan sambutan diterima sangat menggalakkan, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sudah menyatakan kesediaan untuk meneruskan pemberian insentif ini pada tahun hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Moh Kahwin: Program Kahwin Beramai-ramai di Dewan Serbaguna Kampung Pandan 1, dekat sini, hari ini.
Pada majlis itu, Syed Ibrahim menyampaikan insentif kepada enam pasangan pengantin yang terpilih menerima sumbangan secara one–off daripada kerajaan negeri.
Sementara itu, pasangan Badrolhisyam Rahmat berasal dari Sungai Tong, Terengganu dan Nur Ainun Hafizatul S Baharin dari Kampung Kurnia, dekat Kuantan, menganggap usaha kerajaan Pahang sangat membantu mereka melengkapkan impian untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.
Badrolhisyam berkata, mereka tidak sangka terpilih untuk majlis Moh Kahwin memandangkan banyak persiapan dilakukan dalam masa singkat.
“Memang kami plan (rancang) nak kahwin hujung tahun, cuma ketika itu kami belum tetapkan tarikh. Apabila kami dapat tahu mengenai program (majlis) Moh Kahwin, kami cuba daftar dan terkejut apabila dimaklumkan penganjur bahawa saya dan isteri terpilih.
“Kelam kabut juga kerana isteri belum hadiri kursus kahwin… jadi, dia daftar awal bulan ini untuk kursus kahwin secara online (dalam talian) dan sehari selepas itu, terus siap sijil.
“Mungkin sudah rezeki kami dan saya sangat berterima kasih kepada semua pihak, termasuk kerajaan Pahang kerana mempermudahkan hasrat kami,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEIDSCHENDAM: Mahkamah antarabangsa menjatuhkan lima hukuman penjara seumur hidup kepada seorang pelarian Hizbullah semalam atas dakwaan membunuh bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri dan 21 individu lain pada tahun 2005.
BEKAS PM LUBNAN, RAFIQ HARIRI
Tertuduh, Salim Ayyash, 57, yang dibicarakan secara absentia (tidak hadir), didapati bersalah membunuh dan melakukan keganasan pada 18 Ogos lalu oleh Tribunal Khas di Belanda menerusi serangan nekad yang meragut pemimpin itu serta mencederakan 226 yang lain.
Dalam kenyataan yang dipetik dari BHOnline, ketika mengumumkan hukuman itu, Ketua Hakim David Re, berkata Salim terbabit dalam keganasan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai.
“Mahkamah berpuas hati dan perlu mengenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup untuk semua lima tuduhan jenayah dan hukuman akan berjalan serentak.
“Mahkamah itu turut mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Salim atas jenayah yang sangat berat dilakukannya,” katanya.
Salim masih kekal sebagai pelarian dan Ketua gerakan Hizbullah Syiah, Hassan Nasrallah, enggan menyerahkannya, atau mengiktiraf mahkamah itu yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Seramai 131 pesakit COVID-19 bukan warganegara yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) tiba pada jam 10.35 malam tadi.
Kesemua pesakit Kluster Genting tersebut dibawa menggunakan lima buah bas dan dua buah van dari Bentong dengan dikawal ketat oleh pihak polis.
Menurut PahangMedia, seramai kira-kira 90 anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan untuk berkawal dalam tempoh 24 jam di sekitar kawasan pusat kuarantin berkenaan.
Selain itu, beberapa sekatan jalan raya di kawasan berdekatan SUKPA juga akan diperketatkan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk.
Penggunaan SUKPA sebagai pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) adalah kerana stadium itu mempunyai kemudahan asas yang mencukupi untuk merawat kes-kes COVID-19 asymptomatic atau dengan gejala ringan dalam jumlah yang besar.
Selain itu, stadium ini juga berdekatan dengan hospital berpakar iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Sultan Ahmad Shah Medical Centre University Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC) Kuantan yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi untuk rawatan kes-kes kritikal.
Seramai 131 pesakit COVID-19 bukan warganegara tiba di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) pada jam 10.35 malam tadi