KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang 6.30 petang semalam.
Turut dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah isteri beliau Toh Puan Seri Norliza Mahmud.
GAMBAR HIASAN
Bekas Menteri Besar Terengganu ketika dihubungi Bernama, menzahirkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya bertambah baik setelah kehilangan deria bau dan rasa baru-baru ini.
“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan di HSNZ yang telah memberi rawatan terbaik kepada saya dan keluarga. Begitu juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal disahkan positif wabak itu pada 19 Januari lepas setelah membuat ujian calitan berikutan berasa kurang sihat ketika berkebun beberapa hari sebelum itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Leong Mun Yee berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyenaraikan atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan dalam kumpulan yang diberi keutamaan bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.
Dia yang sudah pun melayakkan diri menerusi acara 10 meter platform seirama bersama gandingannya, Pandelela Rinong, berkata vaksin itu dapat memberi jaminan kepada atlet bagi menghadapi temasya terbesar dunia berkenaan.
“Keutamaan sudah pasti perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan. Namun, kami juga berharap atlet yang layak dapat dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin sebelum beraksi pada Sukan Olimpik nanti.
Atlet terjun negara, Leong Mun Yee
“Ini akan membuatkan kami berasa lebih selamat untuk pergi ke luar negara terutama ke Tokyo nanti,” katanya yang akan membuat penampilan kelima pada Sukan Olimpik selepas Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Sementara itu, atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy turut senada dengan Mun Yee dan menyifatkan ia akan lebih memudahkan mereka sekiranya perlu melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik di luar negara.
“Mmang sangat bagus kalau kerajaan beri vaksin kepada atlet yang layak ke Sukan Olimpik. Kami pun mungkin akan keluar negara bagi melakukan persiapan.
“Jadi, sedikit sebanyak vaksin itu bantu meningkatkan lagi tahap keyakinan kami bagi melakukan persiapan dan dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti COVID-19,” kata Khairulnizam yang layak ke Tokyo bagi kelas laser lelaki.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Invovasi dan Teknologi (MOSTI), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membolehkan atlet negara ke Sukan Olimpik menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum ke Tokyo.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut menggalakkan atlet yang akan bertanding di Tokyo mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, lapor BH Online.
Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan selama setahun akibat pandemik COVID-19 akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini dijangka sengit dan mendebarkan apabila buat julung kali jentera Benelli turut bersaing kelas perdana CP150.
Ini selepas pasukan berpangkalan di Seremban, TKKR Racing Team bercadang menggunakan jentera Benelli.
Prinsipal pasukan, Bobie Farid berkata, TKKR bakal menurunkan dua pasukan bagi menghadapi kelas perdana itu dengan pasukan senior kekal menggunakan jentera Yamaha manakala junior bersaing dengan motosikal Benelli.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Selepas 27 musim bersaing, kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS masih didominasi Honda dan Yamaha,” kata Bobie.
“Menerusi percaturan terbaru ini, pasukan kami berniat merancakkan lagi persaingan dalam kelas perdana itu.”
Sebelum ini, pasukan yang berada di tangga kelima daripada lapan pasukan keseluruhan dalam kelas CP150 bagi musim lalu itu sudah melakukan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun bersama jentera Benelli, lapor BH Online.
“Buat masa ini, kami akan menggandingkan dua pelumba muda, Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dan Mohd Faiz Zekri Sabri dalam pasukan junior CP150,” kata Bobie mengenai senarai pelumbanya musim ini.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Persaingan musim 2021, jentera Benelli secara rasminya akan turun litar buat kali pertamanya. Jadi, kami tidak akan menetapkan sasaran untuk tahun pertama ini kerana kami memerlukan banyak lagi data daripada perlumbaan sebenar untuk terus memajukan jentera ini,” tambahnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JALALABAD: Seorang pengebom bunuh diri memandu sebuah kenderaan dipenuhi bahan letupan ke dalam pangkalan tentera Afghanistan di sini, hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan anggota keselamatan dalam serangan didakwa dilakukan Taliban.
Serangan menjelang pagi itu berlaku di wilayah bergolak Nangarhar, di mana Taliban sudah melaksanakan beberapa serangan terhadap tentera kerajaan.
Ia berlaku dua hari selepas Pentagon memaklumkan, Taliban tidak menunaikan janji yang dibuat dalam perjanjian ditandatangani dengan Washington tahun lalu, termasuk mengurangkan keganasan dan memutuskan hubungan dengan Al-Qaeda, lapor AFP.
GAMBAR IHSAN AFP
Pejabat gabenor wilayah Nangarhar berkata, lapan anggota tentera itu terbunuh apabila pengebom itu merempuh pangkalan itu dengan menaiki Humvee.
Timbalan Ketua Majlis Wilayah Nangarhar, Ajmal Omar, mengesahkan serangan itu, namun memaklumkan jumlah anggota tentera yang maut adalah 15 orang, dan lima tercedera.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata kumpulan Itu bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Pejabat gabenor memaklumkan, pihak tentera merampas sebuah kenderaan lagi yang turut dipenuhi bahan letupan berhampiran bandar Jalalabad, ibu negeri Nangarhar.
Wilayah Nangarhar kerap menjadi sasaran serangan DAESH.
Dalam kejadian berasingan, dua bom di jalanan meletup di Kabul hari ini, namun tiada individu yang terkorban, kata polis.
Insiden keganasan tercetus di seluruh Afghanistan walaupun Taliban dan kerajaan negara itu sedang mengadakan rundingan damai sejak September tahun lalu.
GAMBAR IHSAN AFP
Namun, rundingan itu masih gagal mencapai kata sepakat.
Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) pimpinan Joe Biden mendakwa Taliban tidak mengurangkan keganasan walaupun sudah menandatangani perjanjian dengan Washington tahun lalu, yang menyatakan kumpulan itu perlu berbuat demikian.
Perjanjian itu memaksa Taliban menghentikan serangan terhadap anggota tentera AS, mengurangkan keganasan dengan mendadak serta melakukan rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan di Kabul.
Sebagai balasan, AS akan mengurangkan jumlah tenteranya dari negara itu secara berperingkat, dan mengeluarkan semua tenteranya menjelang Mei tahun ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Kerajaan India memerintahkan penggantungan perkhidmatan internet di sempadan di luar ibu negara ekoran tunjuk perasaan petani, kata pegawai hari ini.
Menurut pegawai, perkhidmatan itu telah digantung di daerah Singhu, Ghazipur dan Tikri – pusat di mana ribuan petani memenuhi jalan selama lebih dua bulan memprotes terhadap tiga undang-undang ladang kontroversi kerajaan persekutuan, lapor agensi berita China, Xinhua.
“Adalah perlu dan segera untuk memerintahkan penggantungan sementara perkhidmatan internet di wilayah Singhu, Ghazipur dan Tikri, dan kawasan bersebelahan mereka di Wilayah Ibu Kota Nasional (NCT) Delhi dari 11:00 malam (waktu tempatan) pada 29 Januari hingga 11:00 malam (waktu tempatan) pada 31 Januari,” lapor pemberitahuan yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri persekutuan.
Menurut kementerian, langkah itu diambil untuk menjaga keselamatan masyarakat dan menghindari darurat umum.
GAMBAR IHSAN XINHUA
Ini adalah penggantungan kedua yang berlaku dalam seminggu.
Pada Selasa lalu, internet dihentikan di banyak wilayah Delhi sejurus perhimpunan traktor petani masuk ke ibu kota, mencetuskan pertempuran antara mereka dan pasukan kerajaan, dipetik dari Bernama.
Seorang petani mati dan banyak yang lain termasuk polis cedera dalam pertempuran itu.
“Sekiranya pihak pentadbiran berfikir bahawa dengan menghentikan perkhidmatan internet, mereka akan dapat menghentikan pergerakan mereka, mereka akan keliru. Semakin mereka ingin membisikkan suara petani, semakin besar pula protes,” kata jurucakap Kesatuan Bharatiya Kisan (petani), Rakesh Tikait.
Semalam, parti pembangkang di India memboikot ucapan Presiden Ram Nath Kovind ke Parlimen.
Sebelas pusingan perbincangan antara petani yang memprotes dan kerajaan persekutuan gagal mengakhiri kebuntuan yang sedang berlaku.
Sejak tunjuk perasaan itu melanggar undang-undang, Perdana Menteri India, Narendra Modi mempertahankannya sebagai pembaharuan besar untuk peningkatan petani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMBAU: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa setelah terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Hentian Tinggi Pedas di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Maznur Hidayah Mazli, 19, dari FELDA Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dua jam kemudian.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa jenis Honda dan treler yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, lapor KOSMO! Online.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin. Setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh.
“Mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian hadapan treler,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Anuar berkata, mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurutnya, bedah siasat dijalankan pagi tadi dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : “Kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini kerana tahu satu hari nanti pasti akan berpisah dengan adik.
“Cuma, emak saya yang paling sedih kerana terlalu sayangkan adik memandangkan sudah menjaganya sejak kecil lagi,” kata Tuhfah Nazihah Md Tarmidi.
Tuhfah Nazihah, 25, meluahkan kesedihannya itu apabila adik angkatnya, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 6, atau lebih mesra dipanggil Amir diserahkan semula kepada keluarga kandungnya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL TUHFAH NAZIHAH
Dalam satu video dimuat naik Tuhfah Nazihah di Facebook, ibunya, Norlida Hassan, 47, dan adik-beradiknya yang lain menangis sambil memeluk Amir ketika perpisahan itu.
Mereka dilihat menyampaikan pesanan terakhir kepada Amir sambil mencium pipinya.
Berkongsi kisah sebenar, Tuhfah Nazihah berkata, video itu dirakam Selasa lalu oleh adiknya, Tuhfah Nazira, 22.
“Pada malam itu, ibu kandung adik (Amir) datang ke rumah emak saya di Rawang ditemani suaminya untuk mengambil semula Amir.
“Mereka datang dengan mengejut dan itu yang membuatkan kami sekeluarga tidak bersedia kerana mengikut persetujuan sebelum ini, ibu kandung adik mahu mengambil adik apabila usianya 10 tahun.
“Namun, kami tidak dapat berbuat-apa kerana menghormati permintaan ibu kandung adik dan melepaskannya pergi walaupun dengan berat hati.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL TUHFAH NAZIHAH
“Lagipun, niat asal kami hanya membantu menjaganya dan tidak pernah terlintas memisahkannya dengan keluarga kandung,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Tuhfah Nazihah, sehingga kini, ibunya masih bersedih kerana sudah lama menjaga Amir malah menyayanginya seperti anak kandung sendiri.
“Adik seorang yang ceria, petah berkata-kata dan cukup rapat dengan emak selain adik ketiga saya (Tuhfah Nazira).
“Jadi, pemergian adik memang memberi kesan terutama buat emak kerana kehadirannya selama ini menjadi penyeri serta penyejuk hati kami sekeluarga,” katanya
Berkongsi perihal adik angkatnya itu, Tuhfah Nazihah berkata, Amir dijaga ibunya sejak berusia dua bulan.
“Tidak lama selepas tamat berpantang, ibu kandung adik yang juga rakan saya meminta bantuan untuk menjaga adik.
“Kebetulan, emak memang sukakan budak jadi dia tidak keberatan untuk menjaga adik.
“Emak sudah terangkan pada adik mengenai statusnya dan dia faham malah ia sedikitpun tidak membuatkannya berasa tersisih.
“Cuma, kami sangka dapat menjaganya lebih lama, sekurang-kurangnya sehingga dapat mengajarnya mengaji dan solat dengan betul tetapi hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Di sebalik perpisahan itu , Tuhfah Nazihah yakin Amir akan dijaga dengan baik oleh keluarga kandungnya.
“Adik kenal ibunya kerana kami sekeluarga pernah mempertemukan mereka beberapa kali sebelum ini terutama ketika Aidilfitri.
“Cuma, mungkin adik perlu membiasakan diri tinggal di rumah baharu ,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN SERAI: Seorang pekerja kilang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang masuk simpang di Kilometer 92.5, Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Zuriatun May Yusoff, 28, dari Matang Gerdu di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun sedang menghala ke Taiping sebelum dia membelok masuk simpang kanan jalan.
“Tiba di tempat kejadian motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dari arah Bagan Serai menghala ke tempat kerjanya di kilang Comfort Rubber Glove Matang itu tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu hadapan Perodua Viva yang sedang membelok ke kanan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor KOSMO! Online.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Sebelum memutuskan peruntukan jumlah kerosakan infrastruktur di seluruh negara akibat banjir,pada Selasa lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat lawatan bersiri di negeri Pahang hari ini dan esok.
Daerah yang dilawati hari ini adalah Raub, Lipis, Bera, Temerloh dan Maran.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, lawatan tersebut merupakan keprihatinan Tengku Zafrul terhadap penduduk yang dihadapi musibah.
Katanya, lawatan itu dibuat sebelum mengumumkan dana yang akan diperuntukkan sama ada membina baharu atau membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir mengikut negeri dan daerah.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib
“Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan dana sebanyak RM200 juta bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir.
GAMBAR IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN MARAN
“Setiap Ahli Parlimen yang kawasannya terkena banjir seperti di Perak, Sabah, Sarawak dan Pahang dipanggil mesyuarat bersama Tengku Zafrul untuk menyenaraikan jumlah dan nilai kerosakan infrastruktur termasuk rumah penduduk.
“Setiap premis-premis awam, sekolah, balai raya, masjid, surau, rumah penduduk yang teruk dilanda banjir akan dinilai sama ada akan dibaiki, dibaik pulih atau dibina baharu.
“Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai daerah masing-masing dan data menyeluruh akan dibentangkan pada Selasa ini pada mesyuarat bersama Menteri Kewangan, “katanya.
GAMBAR IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN MARAN
Beliau berharap agar Menteri Kewangan itu dapat menilai dan memberi peruntukan dana mengikut keperluan setiap daerah yang terjejas.
Esok, Tengku Zafrul dijangka membuat lawatan ke Paya Besar dan Sungai Lembing di Kuantan serta Daerah Pekan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Sebanyak 75 kontak rapat wabak Covid-19 yang dikuarantin di rumah masing-masing di sini menerima sumbangan makanan keperluan asas daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, KRT yang membantu antaranya ialah dari Hulu Langat, Ampang, Pandan dan Kajang.
Beliau berkata, bantuan tersebut akan diserahkan kepada APM untuk diagihkan kepada mereka yang dikuarantin.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
“Ini menunjukkan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada masyarakat di negeri Pahang yang berada dalam kesusahan kerana Pahang baru sahaja dilanda bah besar dan pada masa sama ada masyarakat yang terkesan akibat wabak covid-19 ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin
“Mereka perlu dikuarantin di rumah selama 10 hari dan kami bimbang jika ada yang kekurangan bekalan makanan di rumah.
“Justeru kami mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan makanan asas kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada Program Sukarelawan MTSP Pahang di sini, hari ini.
Katanya, KRT daripada Selangor itu turut memberikan sumbangan banjir kepada penduduk terjejas banjir di daerah ini.
Beliau menambah, bantuan tersebut juga menunjukkan tanggungjawab masyarakat kepada masyarakat lain ketika menghadapi musibah.
“Bagaimanapun ketika membantu, setiap masyarakat perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan agar penularan wabak covid-19 dapat diputuskan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!