SUAMI ISTERI DISYAKI DERA ANAK KANDUNG DIDAKWA PAGI INI
MELAKA: Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini pada 29 Januari lalu akan didakwa di mahkamah.
Kedua-dua suspek dijangka berhadapan dua pertuduhan kerana mendera dan membunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata polis sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi tindakan lanjut.
GAMBAR HIASAN
“Kedua-dua suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama danSeksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada 29 Januari lalu, seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, lapor BH Online.
Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Susulan itu, pasangan suami isteri berusia 38 dan 32 tahun itu yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak itu direman tujuh hari sehingga 5 Februari lalu sebelum disambung seminggu lagi bagi membantu siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut akibat ditikam selepas berlaku pergelutan dengan abang iparnya di Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa dikatakan ditikam selepas bertengkar dengan abang iparnya berhubung isu dalaman rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata susulan dari itu berlaku pertengkaran mulut, provokasi dan pergelutan di antara suspek dan mangsa.
“Dalam kejadian ini mangsa tidak berpuas hati kerana suspek mengeluarkan perkataan tidak baik kepada emaknya sehingga berlaku pergelutan.
“Suspek mengalami kecederaan di bahagian bawah dada manakala mangsa mengalami kecederaan akibat tikaman di bawah dada.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam oleh doktor bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH Online.
Arifai berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati motif kejadian ini disyaki kerana mangsa mencampuri urusan dan masalah rumah tangga suspek dan isterinya.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Polis menemui dan merampas sebilah pisau lipat berukuran 17 sentimeter di lokasi dipercayai digunakan dalam pergelutan antara suspek dan mangsa.
“Susulan itu polis memberkas empat lelaki dan lima wanita berusia antara 25 hingga 72 tahun disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Kesemua mereka sedang ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah wang yang besar RM2.973 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaunnya tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dalam hujahnya berkata, perkara itu didedahkan pegawai penyiasat pengubahan wang haram Superintendan Foo Wei Min perpindahan wang dari 1MDB ke akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat dan Asisten Komisioner D Rajagopal mengenal pasti peringkat pertama dan kedua.
“Jejak wang terperinci dijalankan ke atas akaun Najib mendapati pergerakan wang dari Good Star membabitkan AS$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara tahun 2011 dan 2012, lapor Bernama.
“Peringkat (kedua) Aabar sebanyak AS$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara tahun 2011 dan 2012 dan peringkat (ketiga) Tanore sebanyak AS$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada tahun 2013.
“Menerapkan kaedah penilaian kewangan masuk dahulu keluar dahulu, pada akaun Ambank Najib, jejak wang itu menunjukkan sejumlah RM2,973,896,219.96 yang diterima Najib dalam akaun 9694, dikembalikan ke akaun Tanore sebanyak RM2,034,350,000.
Wang baki RM939,546,219.96 dalam akaun 9694 Najib dipindahkan untuk dibelanjakan oleh bekas PM dalam empat kategori yang besar,” katanya pada pendengaran permohonan pendakwaan bagi pelucutan hak RM114,164,393.44 dan barang kemas dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd yang didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, lapor BH Online.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucutan hak terhadap Obyu Holdings untuk melucutkan barangan tersebut termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB.
GAMBAR IHSAN NSTP
Najib dan UMNO adalah pihak ketiga dalam permohonan itu.
Muhammad Saifuddin berkata, dalam kes UMNO, tuntutan mereka mengenai wang tunai yang dirampas adalah derma politik, jelas tidak masuk akal kerana bagi seseorang yang menafikan mempunyai pengetahuan atau kaitan dengan wang itu, kini mengemukakan tuntutan sebagai pemilik sebenar.
“Tuntutan yang dikemukakan Najib dan UMNO yang wang tunai dirampas adalah sumbangan politik adalah alasan lemah berbanding bukti menunjukkan sebaliknya.
“Tidak ada apa pun yang dapat dilakukan untuk menutup kesalahan daripada wang tunai yang dirampas,” katanya.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala peguam Datuk Hariharan Tara Singh mewakili UMNO.
Mahkamah menangguhkan kes itu pada 11 dan 15 Mac ini untuk mendengar penghujahan Muhammad Shafee dan Hariharan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENJUNJUNG KASIH DILANTIK PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS BEBAS DARURAT
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menjunjung setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, berkuatkuasa serta merta.
“Insya-Allah, dengan kerjasama dan komitmen ahli jawatankuasa, tugas dan tanggung jawab diamanahkan ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya selaras dengan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,” katanya ringkas kepada BH Online malam tadi.
Pengumuman mengenai lantikan Arifin itu dibuat Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan media petang tadi yang turut menyenaraikan anggota jawatankuasa berkenaan, terdiri daripada bekas pegawai kanan dalam kerajaan, pakar dalam pelbagai bidang serta Ahli Parlimen.
Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai; bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.
TUN ARIFFIN ZAKARIA
Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai pakar pelbagai bidang termasuk pakar bedah jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Tan Sri Ter Leong Yap; Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr R Palan; bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara, Datuk Sallehuddin Saidin; Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Andrew Kiyu Dawi anak Usop.
Seramai tujuh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang juga menganggotai jawatankuasa itu iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Penubuhan jawatankuasa itu mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di negara ini dan menamatkannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI: Seorang penunggang basikal dilaporkan terbunuh selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah treler di Kawasan Perusahaan Perai di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 petang itu, mangsa, K. Gunalan, 46, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 7.22 petang mendapati mangsa tersepit pada bahagian hadapan treler.
GAMBAR IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
“Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah treler yang dikatakan melanggar penunggang basikal tersebut.
“Bomba telah membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum mayat berjaya dikeluarkan pada pukul 7.44 petang,” katanya, lapor KOSMO! Online.
Menurut jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital sebelum mayat diserahkan kepada polis.
Operasi berkenaan dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Perai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh oleh dua kumpulan iaitu Geng 18 dan 21 di taman perumahan di Klang Utama, di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan reman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
“Semakan mendapati, kesemua suspek yang ditangkap itu mempunyai rekod jenayah melibatkan kes kekerasan, samun dan mendatangkan cedera,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Nurulhuda berkata, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan hati kedua-dua kumpulan kerana melaporkan kejadian gaduh melibatkan kumpulan lain menyebabkan rakan mereka telah ditangkap dan dipenjarakan, lapor BH Online.
Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa suspek yang masih bebas yang terlibat secara langsung di dalam kes tersebut.
“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki dikenali sebagai Daniel Arvind Peter, 23, V Mahendran, 38, G Balamurugan, 27, dan G Navaratnam, 29, boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Nurulhuda memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan.
Pada Jumaat lalu, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun yang mendakwa anaknya ditetak ketika berada di luar rumah oleh sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan luka di tangan, kepala dan badan akibat diserang dengan menggunakan senjata tajam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS RAMPAS PISTOL JENAMA GLOCK SERTA SEUNIT MAGAZINE
GEORGETOWN: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’Ais mengumumkan kejayaan pasukan itu melakukan rampasan dan tangkapan melibatkan kes pemerasan dan rampasan senjata api.
GAMBAR IHSAN PDRM
Susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, bahawa anaknya telah diugut dengan senjatapi oleh dua lelaki.
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya telah menjalankan risikan dan bertindak menahan dua lelaki tempatan di sekitar Georgetown berumur di antara 27 dan 34 tahun.
GAMBAR IHSAN PDRM
Polis telah merampas sepucuk pistol jenama Glock beserta seunit magazine dan 7 butir peluru hidup.
Kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Semalam tular isu seorang wanita di Melaka menerima alat tulis yang dipesannya dalam talian disarung dengan seluar dalam.
Ia mencuri perhatian orang ramai kerana kebetulan dikongsi selepas tular video cara pengendalian barangan melibatkan syarikat penghantaran popular J&T Express Malaysia.
Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih belum jelas bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Pembeli Ayunormaslinda Abu Hassan ketika dihubungi Malaysiakini mempertahankan bahawa dakwaannya itu sahih dan bukan direka-reka.
Mangsa , Ayunormaslinda Abu Hassan
Penghantar dan penjualnya juga menafikan membuat kerja nakal itu.
Ayunormaslinda semalam berkongsi gambar pesanannya – empat bekas pensil kanak- kanak – yang dibungkus dalam kotak tetapi bersarung seluar dalam wanita berwarna merah jambu.
“Hari ini barang yang suami order (pesan) sampai dengan kotak dibalutkan menggunakan seluar dalam ini.
“Sangat melampau,” tulisnya di Facebook yang mahu pihak J&T menyelesaikan perkara itu.
Wanita 32 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Ayu juga menjelaskan di Facebook Live bahawa pekerja J&T yang menghantar bungkusan tersebut juga tidak tahu apa yang berlaku.
Ketika dihubungi, Ayu bagaimanapun berkata pihak J&T Melaka sudah menghubunginya untuk menyelesaikan isu tersebut.
Laporan polis telah dibuat oleh mangsa
“Saya dah buat aduan tersebut di J&T dan mereka ada memohon maaf kepada saya dan berharap mereka dapat naikkan memo minta maaf atas perkara ini kerana menyebabkan kekejaman kepada saya dan juga bisnes saya.
“Selama lima tahun saya sebagai seller (penjual) memang menggunakan J&T ini, tapi bila terjadi begini saya anggap tidak wajar berlaku pada saya,” katanya yang juga seorang usahawan.
Ayu melalui laman media sosial Facebook, Mamaayu Admia Ayunormaslinda berkata dia telah merujuk dengan penjual yang menafikan perkara itu dilakukan mereka.
“Ya, saya dah tanyakan seller, mereka telah memberitahu mereka hantar dalam keadaan baik,” katanya.
Bagaimanapun, perkongsian Ayu itu menyebabkan dia ditimpa masalah baru kerana ada warga maya tampil mendakwa dia sengaja mereka-reka cerita, menyebabkan dia tampil membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, petang semalam.
“Anda semua telah buat ancaman yang tidak wajar sama sekali. Saya rasa kalau ia berlaku kepada awak, semua akan buat perkara yang sama saya buat.
“Mana mungkin barang yang kita dapat dalam keadaan macam itu kita tak marah?” soalnya.
Sementara itu, peniaga alat tulis itu yang enggan namanya didedahkan memberitahu Malaysiakini bahawa tidak masuk akal perkara tersebut dilakukan pihaknya.
“Kami hantar dari Ipoh, Perak. Kalau hantar bungkusan seperti itu, anda rasa J&T mahu terima? Bungkusan itu akan dihantar melalui banyak pusat pengagihan sebelum sampai kepada penerima.
“Kami terkejut dan sedih kerana ada yang tuduh kami yang bertanggungjawab. Apa yang penting sekarang ini, dapatkan orang yang cipta masalah ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah satu daripada dua pertuduhan membuat tuntutan palsu yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.
Tertuduh, Ibrahim Lamri, 59 tahun, didakwa mengarahkan kerani syarikat miliknya, CG Energy Resources Sdn Bhd yang beroperasi di Kompleks Makanan Halal Pahang di Taman Teknologi Pahang, dekat Gambang, menyediakan dan menandatangani dokumen iaitu invois tuntutan palsu untuk dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
GAMBAR IHSAN KOSMO ONLINE
Bagi pertuduhan pertama, Ibrahim didakwa mengarahkan kerani terbabit menyediakan tuntutan bayaran bulanan kepada kilang penapis minyak sawit tulen bagi bulan Mac 2019 dan pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengarahkan kerani berkenaan menyediakan tuntutan bagi bulan Mei 2019, juga untuk tuntutan bayaran bulanan kepada kilang penapis minyak sawit tulen, walaupun tidak ada pembekalan dibuat kepada peruncit berkenaan.
Jumlah tuntutan bagi bulan Mac ialah RM3,430.89 dan tuntutan bulan Mei pula berjumlah RM2,525.86, dipetik dari KOSMO! Online.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Hakim Datuk Zamzani Mohd Zain memutuskan hukuman itu selepas mendengar hujahan pembelaan tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Bagi pertuduhan kedua, Wan Shaharuddin memohon pertimbangan mahkamah mengguna pakai TIC (Take Into Consideration) berikutan pengakuan tidak bersalah dibuat tertuduh hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan.
ISMAIL SABRI YAAKOB
Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan SOP ketat termasuk dua individu pada satu meja.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tidak membenarkan pelanggan makan di restoran menjejaskan industri tersebut.
GAMBAR HIASAN
Menurutnya, ramai pengusaha kedai makan dan restoran kini mengeluh kerana jualan harian merudum sejak PKP dikuatkuasakan semula.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!