RAJA PERMAISURI AGONG TERSELIUH KAKI KETIKA BERMAIN GOLF
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.
Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.
“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” titah Tunku Azizah di laman Instagram baginda.
GAMBAR IHSAN INSTAGRAM
Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini, lapor Bernama.
Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bandar Baharu: Pasukan bomba sedang berusaha mencari mangsa dalam sebuah Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang tiba di lokasi pada jam 6.27 petang.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 yang sebuah kereta jatuh ke dalam tasik berkenaan.
“Berikutan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah mangsa dalam kereta berkenaan.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan dengan bantuan BBP Selama, Perak.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani turut menyertai operasi ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, lapor HM online.
Beliau berkata, bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi berapa mangsa dalam kenderaan berkenaan.
“Operasi sedang dilakukan di lokasi terbabit.
“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang ke tasik itu untuk berjoging… mungkin tertekan minyak atau sebaliknya. Saya akan maklumkan kemudian, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Video: Media sosial
KEDAH 21/03/2021.
Makluman awal sebuah kereta dilaporkan terhumban ke dalam Tasik Serdang, Bandar Baharu pada petang tadi.
Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN TERLALU GHAIRAH KONGSI MAKLUMAT ANAK DI MEDIA SOSIAL
Kecanggihan teknologi yang menyebabkan munculnya pelbagai saluran media sosial pada hari ini menjadikan pelbagai maklumat dapat dikongsikan tanpa sempadan lagi.
Ada ibu bapa yang turut galak berkongsi mengenai pelbagai maklumat mengenai anak masing-masing di media sosial termasuklah sesi persekolahan yang baru bermula dua minggu yang lalu.
Sudah tentunya ada yang berpendapat ia adalah sebagai tanda kenangan dan sebagai salah satu cara untuk mereka mengabadikan memori berkenaan di media sosial supaya dapat dikenang di tahun mendatang.
Sedar atau tidak, tindakan itu sedikit sebanyak sebenarnya mendedahkan anak anda kepada risiko jenayah seperti kes culik dan pedofilia.
Dari tahun 2012 sehingga 2017, terdapat 482 kes kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang di Malaysia. Dengan mengambil statistik pada tahun 2017 pula, boleh dikatakan purata 4 orang kanak-kanak hilang untuk setiap hari di negara ini.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di dada akhbar, baru-baru ini turut menyatakan bahawa Polis Bukit Aman merekodkan 2,436 kes jenayah fizikal dan bukan fizikal dilakukan golongan pedofilia terhadap kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.
Lebih membimbangkan apabila kes jenayah seksual ini didapati meningkat mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 membabitkan 1,065 kes direkodkan sepanjang tahun lalu.
Sehubungan itu, Public Health Malaysia melalui perkongsian di laman Facebook berkongsi tip supaya ibu bapa tidak mendedahkan anak masing-masing dengan bahaya antaranya ialah:
Tidak mendedahkan nama dan maklumat peribadi anak-anak
Dimana anak-anak bersekolah
Nama kelas dan nama maklumat di sekolah
Gambar atau video anak-anak dihukum, didenda atau dimalukan
Lokasi anak-anak tunggu kenderaan untuk pulang
Gambar anak-anak dalam keadaan tidak berpakaian dengan sempurna
Gambar anak-anak dengan duit, barang kemas dan barang berharga
Selain itu, ibu bapa juga disarankan supaya privatekan akaun media sosial masing-masing.
Hati hati ya ibu bapa, jangan terlalu teruja untuk berkongsi maklumat anak-anak anda di media sosial kerana mungkin ada mata yang sedang memerhati.
Sumber: Public Health Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS PANGGIL SUAMI ISTERI ISU RENTAS NEGERI UNTUK ‘HONEYMOON’
KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil sepasang suami isteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu pergerakan rentas negeri yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.
“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen pada Jumaat.
“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak Polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.
“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.
“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya
Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.
“Lelaki itu telah menjelaskan ‘posting’ yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter,” katanya, lapor SINAR HARIAN.
Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.
“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MEMBAWA MASUK PELANCONG SELEPAS SEKATAN SEMPADAN DIBUKA
JERANTUT: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan Pahang mengambil langkah proaktif untuk menggerakkan aktiviti pelancongan dengan mempromosi melawat ke negeri Pahang.
Katanya, ini dilakukan sebagai memulakan langkah awal oleh kerajaan mempromosi ‘This Is Pahang‘ yang dilancarkan di Kuantan pada minggu lalu dan berharap pelancong dalam negara meletakkan impian dahulu, melancong kemudian (dream first and visit later), apabila sekatan lintas sempadan negeri dimansuhkan.
Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat dengan program Bird Watching di Kuala Tahan, hari ini
“Hasrat kerajaan negeri untuk memulihkan semula sektor ini di Taman Negara yang telah lumpuh berikutan musibah pandemik COVID-19 melibatkan kerugian hasil pelancongan, iaitu bernilai RM36 juta apabila cuma disinggahi seramai 46,000 orang pelawat tahun lalu (2020).
“Maka promosi awal bakal menggamit pelancong dalam dan luar negara untuk menghidupkan kembali sektor ini,” katanya di Majlis Penutupan Rasmi Taman Negara Bird Count (TNBC) kali kelapan di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Selain itu, kerajaan negeri menaiktaraf kemudahan rekreasi di Taman Negara Kuala Tahan, iaitu jambatan gantung (canopy walkway) melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 juta, Menara Bumbun Tabing (tempat melihat binatang liar) bernilai RM300,000 dan kemudahan prasarana di Kampung Kuala Sat sebanyak RM250,000.
Jambatan gantung (canopy walkway) dinaiktaraf dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 juta
“Projek naik taraf kemudahan awam di kawasan Taman Negara antara fokus bagi menarik ramai pengunjung selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk manfaat bagi pengusaha inap dan penggiat sektor ekopelancongan menjana semula pendapatan.
“Selain itu, Fraser Hill akan dijadikan taman bunga terbesar di negeri ini, projek seperti ini tidak mengusik dan terus mengekalkan landskap bagi menjamin alam semulajadi dan hawa dinginnya dengan menghubung kait persekitaran di situ,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIRKIT MELIHAT BURUNG DI SETIAP DESTINASI AKAN DIADAKAN TAHUN INI
JERANTUT : Bird Watching atau melihat burung akan menjadi produk baharu pelancongan untuk mengkaji spesies berasaskan keadaan geografi dan bentuk muka bumi seperti hutan, bukit, gunung, sungai dan paya atau sawah padi yang menjadi habitat dan kelainan spesies burung liar dan juga persinggahan burung hijrah.
Kerajaan negeri akan menjadikan program aktiviti melihat burung sebagai sirkit di setiap kawasan pelancongan mulai tahun ini untuk menarik ramai pengunjung dan peminat burung liar di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, penganjuran aktiviti tersebut akan dibuka kepada penyertaan pelancong tempatan dan antarabangsa selepas pandemik COVID-19 pulih dan sempadan negara di buka.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris (kanan sekali)
“Sebenarnya aktiviti melihat burung Taman Negara Kuala Tahan sudah pun tersenarai dalam kalendar Tahun Melawat Pahang sejak aktiviti ini bermula lapan tahun lalu malahan penyertaannya juga melibatkan pelancong dan peminat burung liar dari seluruh dunia sebelum ancaman pandemik COVID-19.
“Usaha Bird Group Taman Negara (BGTN) yang sangat komited serta bersungguh menganjurkan aktiviti ini amat dipuji malahan program ini secara langsung antara pengisian agenda produk pelancongan baharu di Pahang yang bertemakan This is Pahang dilancarkan di Kuantan pada minggu lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Taman Negara Bird Count (TNBC) kali kelapan di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Sempena majlis itu, Mohd Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang turut menyempurnakan acara meletakkan pelekat tema baharu pelancongan Pahang tahun ini, iaitu This Is Pahang pada tiga kenderaan.
Datuk Seri Mohd Sharkar meletakkan pelekat tema baharu pelancongan Pahang tahun ini, iaitu This Is Pahang pada tiga buah kenderaan disaksikan oleh ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri).
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin; Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris dan Pengarah Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.
Katanya, aktiviti sirkit melihat burung akan bermula di Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Hulu Cheka, Paya Kangsar (Pulau Tawar), Bukit Fraser, Janda Baik, Chini, Rompin, Tioman dan beberapa lokasi lain sepanjang tahun ini.
“Kesemua sirkit di lokasi berkenaan akan ditentukan oleh BGTN dan Tourism Pahang berasaskan habitat serta kelainan spesies unggas liar menerusi susunan jadual aktiviti (sirkit) bagi membolehkan pelancong dan peminat burung liar menyertai acara tersebut.
“Program ini mampu menarik ramai pelancong dan peminat burung liar di Pahang sekali gus memulihkan semula sektor pelancongan termasuk para penggiat berkenaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI SIPUT – Kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi tidak akan merestui hubungan sulit UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.
Presiden MIC, S A Vigneswaran berkata, walaupun hubungan kerjasama itu banyak diperkatakan pemimpin politik, pihaknya yakin pengundi menolak dan tidak akan memberikan sokongan sepertimana diharapkan.
Menurutnya, adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk mana-mana pengundi UMNO memberikan undi mereka kepada DAP begitu juga ahli DAP yang perlu menyokong calon UMNO pada pilihan raya umum nanti.
GAMBAR HIASAN
“Walaupun kemungkinan ada pemimpin di belakang buat hubungansulit, akar umbi tidak akan ikut.
“Mereka (UMNO dan DAP) sendiri tidak boleh nak pastikan bahawa akar umbi DAP undi pada UMNO, atau UMNO akan beri undi kepada DAP atau sebaliknya kepada Keadilan (Parti Keadilan Rakyat).
“Jadi saya percaya, walaupun ada hubungan sulit, hubungan itu tidak dapat dilangsungkan dan tidak akan dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) Parlimen Sungai Siput di Pusat Khidmat MIC Sungai Siput, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, MIC tidak akan mencampuri urusan parti kompenan BN yang lain, namun sekiranya ia melibatkan hala tuju keseluruhan BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maka UMNO wajar membuat pendirian hala tuju yang sebenar, lapor Sinar Harian.
Katanya, pendirian MIC ketika ini adalah selari dengan ketetapan BN yang masih menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Pendirian BN ini kadang-kadang berbeza dengan pendirian UMNO, contohnya hubungan mereka dengan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), perkara yang berlaku (putuskan kerjasama) itu bukan hanya sekadar isu pembahagian kerusi, ia lebih kepada pendirian.
“Mereka ada alasan sendiri yang munasabah kerana itu ambil keputusan sedemikian, when there is a doubt, we just leaving it out, let them sort out their own issue,” katanya.
Vigneswaran berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kerjasama UMNO dengan DAP-PH yang dilaporkan media sejak kebelakangan ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Ketika beberapa negara Eropah menguatkuasakan langkah perintah berkurung bagi membendung wabak COVID-19 yang semakin meningkat, penganjur Olimpik Tokyo terpaksa mengumumkan larangan kehadiran penonton luar negara pada temasya itu atas faktor keselamatan.
Walaupun lebih 400 juta dos vaksin disuntik di seluruh dunia, penganjur Olimpik Tokyo 2020 masih berharap sukan musim panas itu sebagai peluang menunjukkan bukti kejayaan manusia dalam memenangi virus ini.
Bagaimanapun, Sabtu lalu Ketua Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto mengumumkan penonton kejohanan itu dari luar negara dilarang menghadiri temasya itu kerana dikhuatiri berisiko mengundang ramai orang luar ke Jepun.
“Kita harus memastikan persekitaran yang selamat dan aman bagi semua peserta. Ini keputusan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Larangan itu yang belum pernah dibuat sebelum ini akan menjadikan Olimpik Tokyo yang pertama berlangsung tanpa penonton dari luar negara di tempat kejohanan diadakan.
Sementara itu, penduduk di Poland, sebahagian Perancis dan ibu negara Ukraine berdepan langkah sekatan baharu, dengan kebanyakan kedai ditutup dan orang ramai digesa bekerja dari rumah.
Di bahagian lain Eropah, kekecewaan terhadap perintah sekatan terus meningkat, menyaksikan pergaduhan dan demonstrasi anti sekatan berlaku di bandar Kassel, Jerman, manakala ribuan menyertai tunjuk perasaan di Liestal, Switzerland dan London.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk ‘Tamatkan perintah berkurung’ dan ‘pemberontak Corona’, di Kassel, anjuran kumpulan yang berjaya menarik sokongan aktivis berhaluan kiri dan kanan serta anti vaksin dan ahli teori konspirasi.
Di Afrika, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mengulangi keraguan vaksinnya sendiri, dan menambahkan ia akan menjadi ubat herba yang belum pernah diuji walaupun dikatakan akan melindungi beliau dan keluarganya.
Menurut data AFP, wabak masih meningkat di seluruh dunia, dengan jumlah jangkitan COVID-19 baharu meningkat di seluruh dunia sebanyak 14 peratus sejak seminggu lalu.
Lebih satu pertiga penduduk Perancis kini berada dalam keadaan perintah berkurung kerana negara itu dan beberapa negara jiran Eropah, memerangi gelombang ketiga pandemik itu.
Tetapi perintah sekatan lebih longgar dilaksanakan berbanding tahun lalu, dengan sekolah tetap dibuka dan salon rambut, pembuat kasut serta coklat dimasukkan ke dalam senarai perniagaan dibenarkan menerima pelanggan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KARACHI: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, positif COVID-19 semalam, kata pegawainya.
“Ketika ini, pejabat perdana menteri hanya dapat mengesahkan bahawa Perdana Menteri positif COVID-19 dan kini melakukan pengasingan kendiri,” kata pejabatnya.
Sementara itu, jurucakap Perdana Menteri, Shahbaz Gill, berkata Khan menderita batuk dan demam ringan dan keputusan ujian saringan semalam mendapati beliau positif.
Bekas pemain kriket berusia 68 tahun itu menerima suntikan vaksin Sinopharm buatan China pada Khamis, ketika negara itu berhadapan gelombang ketiga virus itu.
“Jangan kaitkan dengan vaksin COVID-19. Sistem imuniti badan hanya berkembang dalam beberapa minggu selepas vaksin diberikan. Pastikan orang tua terus diberikan (vaksin), begitu juga orang tersayang,” katanya.
Khan mungkin dijangkiti sebelum mendapat suntikan vaksin, dalam beberapa siri kunjungan awam minggu ini, kata Menteri Penerangan, Shibli Faraz kepada saluran televisyen Geo News.
Pada awal pagi semalam, penasihat kesihatan Perdana Menteri, Faisal Sultan menyatakan peningkatan kes positif virus sejak beberapa hari lalu sangat membimbangkan.
Beliau menyatakan jangkitan itu cukup terlihat membebankan sistem penjagaan kesihatan, terutama di wilayah Punjab yang paling ramai penduduk.
Angka kes mula meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sejurus selepas varian United Kingdom pertama kali dilaporkan di Karachi pada akhir Disember.
Lebih 620,000 kes dan hampir 13,800 kematian dilaporkan sejak wabak itu sampai ke negara ini, tetapi ujian saringan yang terhad menunjukkan bahawa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi, lapor Agensi.
Pakistan negara miskin yang mengelak perintah sekatan sepenuhnya, sebaliknya melaksanakan penutupan pintar yang menyaksikan kawasan kejiranan ditutup untuk jangka masa pendek, serta sekatan untuk makan di dalam kawasan tertutup dan perjumpaan besar.
Namun, banyak arahan sekatan telah diabaikan, dan Sultan mengkritik kurangnya penguatkuasaan pentadbiran dan kurangnya kepatuhan masyarakat.
Beijing telah menyumbangkan sejuta dos vaksin kepada Pakistan, yang mana negara dengan jumlah penduduk melebihi 220 juta itu telah mula memberikan vaksin kepada pekerja kesihatan dan orang yang berusia lebih 65 tahun.
Sebaik wabak itu dikesan, Khan menyatakan negara itu tidak panik, dengan mengatakan 97 peratus pesakit pulih sepenuhnya, namun beberapa bulan kemudian memberi amaran apabila orang tidak menganggapnya serius.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
2 PARLIMEN, 5 ADUN TEWAS PEMILIHAN DAP PULAU PINANG
GEORGETOWN: Anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh dan Ketua Wanita Pakatan Harapan Pusat, Chong Eng tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2021-2024.
Dalam keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengawas Pemilihan Wong May Ing, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal hanya mendapat 575 undi, manakala Eng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mendapat 417 undi.
Sejumlah 1,608 undi diberikan kepada 44 calon yang bertanding dan hanya 15 calon yang mendapat undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri manakala lima lantikan tambahan dibuat Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan tersebut.
Bagaimanapun, Ramkarpal turut terpilih pada lantikan lima tambahan itu.
Selain Ramkarpal, Ahli Parlimen yang turut tewas dalam pemilihan hari ini ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, manakala seramai empat lagi ADUN ialah Gooi Zi Sen (Pengkalan Kota), Heng Lee Lee (Berapit), Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan M Satees (Bagan Dalam) juga tewas.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan jawatannya sebagai pengerusi DAP yang disandang sejak 1999 dengan meraih jumlah undi tertinggi iaitu 1,211.
“Saya berharap semua yang dipilih akan berkerja keras dan membantu parti perangi tiga krisis iaitu krisis kesihatan, ekonomi dan krisis politik untuk memenangi undi rakyat,” katanya, lapor BERNAMA.
Pasangan adik beradik yang dipilih ialah Phee Boon Poh dan adiknya Boon Chee selain adik perempuan kepada Setiausaha Agung parti pusat Lim Guan Eng, Lim Hui Ying turut kekal dalam jawatankuasa negeri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!