PUTRAJAYA – Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua anggota polis berpangkat koperal dibebaskan dari tahanan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah POCA 1959 oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.
Mereka ialah Zaidi Kanapiah, atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana,’ Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd. Hairy Mohammad, yang berusia lingkungan 35 hingga 40 tahun.
Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan rayuan Addy Kana dan dua polis selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengekalkan kesemua mereka dalam tahanan reman POCA.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata pihak responden gagal membuktikan dari segi undang-undang untuk menjustifikasi kesahihan penahanan perayu dibawah POCA.
“Rayuan perayu dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan, justeru semua perayu dibebaskan dari tahanan segera,” kata hakim itu.
Selain Tengku Maimun, empat lagi Hakim yang turut bersidang ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Dalam prosiding yang dibuat melalui dalam talian Zoom itu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mewakili perayu iaitu Addy Kanan dan dua anggota polis manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti mewakili responden iaitu Asisten Superitendan Khairul Fairoz Rodzuan, Majistret Mahkamah, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia, lapor KOSMO online.
Pada 2 November lalu, Kosmo! melaporkan ketiga-tiga mereka kekal dalam tahanan reman Akta Pencegahan Jenayah POCA 1959 selama 38 hari bermula 30 Oktober sehingga 6 Disember 2020 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PADAH HINA SULTAN PAHANG, BURUH DIPENJARA SEHARI, DENDA RM8,000
TEMERLOH: Seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelek mengenai Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Facebook tahun lalu.
Hakim Manira Mohd Nor juga memerintahkan Yusaini Razab @ Che Soh, 42, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda itu.
Yusaini dituduh membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelek dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook menggunakan nama profil Al Naml yang menyentuh Sultan Abdullah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, yang telah dibaca pada 9 malam, 7 Mac tahun lalu di sebuah rumah di Maran.
Pada penghakimannya, Manira berkata, hukuman itu mengambil kira rayuan tertuduh, selain kesalahan tertuduh yang serius melibatkan penghinaan kepada institusi kesultanan.
Ia diharapkan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat secara amnya, tambah beliau.
“Kamu kena lebih berhati-hati selepas ini semasa memuat naik apa-apa kandungan di media sosial.
“Penghinaan kepada institusi diraja adalah sesuatu yang perlu dikekang dan mahkamah perlu memberi pengajaran,” katanya.
Yusaini didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Dia juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Tertuduh ditangkap pada 17 Jun tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada orang awam yang membawa kepada rampasan sebuah telefon pintar yang dipercayai digunakan tertuduh bagi memuat naik hantaran tersebut, lapor Bernama.
Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon hukuman sewajarnya kerana tindakan tertuduh memuat naik komen jelek terhadap institusi diraja adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, dan mengganggu keharmonian rakyat.
Yusaini yang tidak diwakili peguam pula merayu hukuman denda terhadapnya diringankan memandangkan pendapatan bulanannya hanya sekitar RM1,500 dan dia menyara ibu yang tua, selain telah insaf atas kesalahannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menjelaskan bahawa siasatan isu konsesi balak di kawasan Lenggeng, di sini tidak melibatkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Mohamad Zakkuan Talib berkata, sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
“Sebagaimana yang dimaklumkan semalam (Khamis), SPRM Negeri Sembilan bukan sahaja menyiasat isu konsesi balak di kawasan Lenggeng namun, turut menyiasat keseluruhan kawasan konsesi balak melibatkan YNS sejak 2014 lagi.
“Ini kerana SPRM Negeri Sembilan menyiasat segala aduan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem tadahan air serta jalan di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Justeru, beliau berharap semua pihak jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana siasatan masih dijalankan.
Pada Khamis, SPRM Negeri Sembilan dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu salah guna kuasa dan penyelewengan konsesi balak melibatkan YNS.
Pada 16 April lepas, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan Negeri Sembilan akan memberi kerjasama kepada SPRM selain tidak akan berkompromi dalam hal tersebut, lapor Bernama
Kenyataan Aminuddin itu dibuat susulan sehari sebelumnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin dilaporkan mendesak supaya kerajaan negeri menghentikan kerja pembalakan seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng yang didakwa melibatkan sebuah yayasan di negeri in
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seorang imam didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul isterinya.
Tertuduh, Mhd. Khusni Selamat, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa di hadapan Majistret Tei Pei Si.
Pasangan itu difahamkan telah bercerai talak tiga selepas tertuduh melafazkan jatuh talak jika mangsa yang merupakan isteri kedua membuat laporan polis.
Menurut kertas pertuduhan pada pukul 7.30 malam 19 April lalu bertempat di sebuah Maahad Tahfiz di FELDA Bukit Mendi di Bera, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Susulan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
GAMBAR HIASAN
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kes, lapor Utusan Online.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar denda dan dibebaskan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUSPEK SEBABKAN KEMATIAN ANGGOTA POLIS DIREMAN 7 HARI
GEORGETOWN: Lelaki yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan kematian seorang anggota polis direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 35 tahun itu direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.
“Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, yang menunggang motosikal meninggal dunia ketika mengejar suspek di Jalan Utama, di sini.
Terdahulu, mangsa bersama dua anggota dari Balai Polis Dato’ Kramat terserempak dengan suspek ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Scotland, di sini.
Suspek bertindak memecut motosikal bagi melarikan diri sebelum tiga anggota polis terbabit mengejarnya sehingga ke Jalan Utama.
GAMBAR HIASAN
Lelaki itu yang menunggang secara berbahaya dikatakan menghimpit mangsa untuk meloloskan diri menyebabkan kedua-duanya terbabas sehingga kepala anggota polis berkenaan terhantuk pada tebing jalan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Seorang penangkap belut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membakar isterinya dengan menggunakan minyak petrol tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Irwan Che Abdullah,43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rohfadla Daud, 37, dengan membakar wanita itu menggunakan cecair petrol yang boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan dilakukan tertuduh di sebuah rumah di belakang Balai Islam Lundang, Kampung Lundang di sini pada kira-kira 10 pagi pada 2 Mac 2014, lapor KOSMO! Online.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat jika sabit kesalahan.
GAMBAR HIASAN
Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, hukuman boleh dilanjutkan dua kali daripada jangka masa maksimum jika sabit kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT LELAKI DIREMAN PUKUL PENGAWAL PERIBADI PUASA
KLANG – Empat lelaki yang disyaki terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi menggunakan rotan kerana berpuasa direman lima hingga tujuh hari bermula hari ini.
Kesemua suspek terdiri tiga pekerja kepada majikan terbabit dan pengawal peribadi masing-masing berusia 38 hingga 46 tahun.
Perintah reman iti dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terdahulu, keempat-empat suspek itu ditahan bermula pukul 9 malam di sekitar daerah ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan, lapor KOSMO Online.
Satu sidang akhbar berhubung perkembangan kes ini akan dilakukan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Sebanyak 14 ahli Geng Nicky termasuk dua adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mereka antara 16 yang dituduh hari ini, manakala dua lagi didakwa tanpa kehadiran kerana masih bebas, iaitu Nicky dan pembantunya, Niu Zhe, seorang warga China.
Empat belas tertuduh yang dibawa ke mahkamah ini antara 68 yang ditahan polis pada Mac lalu.
Mereka, yang termasuk lima wanita, tiba di mahkamah dengan kawalan ketat, lapor FMT.
Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA yang tidak membolehkan ikat jamin.
Mengikut pertuduhan, kes bagi 15 tertuduh, termasuk Nicky dan dua adiknya, Liow Wei Loon dan Liow Wei Kin, didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, kerana didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.
Nicky dan dua adiknya itu bergelar Datuk.
Sementara itu, kes seorang individu bernama Lim Kim Ming, pula didakwa mengikut 130W Kanun Keseksaan, kerana didakwa membantu kumpulan jenayah terancang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Dalam kalangan mereka yang didakwa hari ini, lima daripada mereka warga China termasuk Niu.
Hakim Jamaluddin Mat menetapkan 22 April tarikh sebutan semula kes.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid diberitahu bahawa enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lalu.
Perunding jualan di premis berkenaan, Chua Sook Shin @ Miss Juraiporn Chua, 29, berkata keenam-enam jam tangan itu berharga dalam lingkungan RM20,000 hingga RM40,000 seutas dan telah dibayar secara tunai oleh seorang individu yang berjumlah RM142,410.
“Pada 3 Mei 2018, saya bertugas dari jam 10 pagi hingga 10 malam di premis itu. Selain saya, turut bertugas pada hari itu adalah rakan sekerja saya bernama Jowy Kong Kim Kee (Jowy). Kira-kira 12 tengah hari, empat orang pelanggan lelaki masuk dalam kedai dan bertanyakan mengenai beberapa jenis jam tangan jenama Omega.
“Saya kemudian membantu Jowy untuk melayan keempat-empat lelaki itu dan selepas diterangkan oleh Jowy, mereka telah memilih enam utas jam tangan itu dan seorang daripada mereka telah membuat pembayaran keseluruhan secara tunai berjumlah RM142,410,” kata saksi pendakwaan kelima itu ketika membacakan penyataan saksinya semalam di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
Pada 6 Oktober tahun lalu, dalam ucapan pembukaan kes pada hari pertama perbicaraan itu pihak pendakwaan akan membuktikan Hasanah telah melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) dengan sebahagiannya digunakan bagi pembelian enam utas jam tangan mewah sehingga menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Malaysia.
Chua berkata, beliau telah menguruskan dan menerima pembayaran bagi pembelian keenam-enam utas jam tangan itu serta merekodkan butiran berkenaan dengan model jam tangan yang dibeli berserta harga dalam sistem, Point of sales (POS).
“Saya kemudian mengeluarkan enam invois untuk keenam-enam utas jam tangan berkenaan. Saya juga mengeluarkan satu borang, Customer Relationship Management Form kepada pembeli dan tujuan borang ini diberikan untuk menyimpan data pelanggan yang membeli jam dari kedai kami,” katanya.
Bagaimanapun, wanita itu berkata beliau tidak dapat mengecam keempat-empat individu yang datang membeli jam tangan itu kerana ia sudah lama berlaku.
Model jam tangan yang dibeli ialah Omega Seamaster Aqua Terra, Omega Seamaster Diver 300, Omega Speedmaster Moonwatch dan Omega Constellation Ladies.
Saksi pendakwaan itu berkata pada November 2018, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke kedai jam tangan dan bertanyakan butiran pembelian keenam-enam utas jam tangan berkenaan, lapor BERNAMA.
“Saya membuat semakan dalam sistem POS dan mengesahkan pembelian keenam-enam utas jam tangan itu dari kedai kami. Saya juga telah mencetak salinan invois yang telah dikeluarkan untuk pembelian jam berkenaan untuk diserahkan kepada pihak SPRM,” katanya.
Sementara itu, pegawai di Etihad Airway, Emi Azura Samsudin, 41, memberitahu mahkamah bahawa wanita bernama `Hasanah’ telah membuat penerbangan ke Abu Dhabi bersama dua individu pada 8 April 2018 dan ketiga-tiganya pulang ke tanah air pada 10 April 2018.
Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir bersambung hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Polis menahan pemandu bas ekspres yang terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 265.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, di sini, awal pagi tadi yang mengakibatkan 14 individu cedera.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, berkata penahanan dibuat selepas pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 19 rekod saman lampau individu bagi kesalahan trafik selain tiga rekod saman lampau bagi bas yang dipandunya itu.
Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah itu turut cedera di kaki.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan awal juga mendapati faktor pemandu terlelap seketika antara punca kejadian yang mengakibatkan dua penumpang cedera parah, manakala yang lain cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang parah adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang cedera di kepala dan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang cedera di pinggang, lapor BH ONLINE.
Mohamad Nordin berkata siasatan mendapati bas dari Kulim ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik di sebelah kiri parit (longkang) jalan.
“Kesemua mangsa berusia antara 14 hingga 59 tahun itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan sedang menerima rawatan,” katanya.
Mohamad Nordin berkata, kejadian berlaku di kawasan selekoh sewaktu bas berkenaan sedang menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!